Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih berkesempatan meneruskan hidup... Syukur juga kerana kita kini berada di bulan Ramadan yang mulia….
“Ramadhan kareem..."
Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Melakukan kebajikan pada bulan Ramadhan, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan sejumlah ganjaran. Secara tepatnya, pahalanya jadi berlipat kali gandanya.
Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud :- “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”
Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.
Ramadhan adalah salah satu bulan yang penuh cabaran dan penuh dengan peraturan. Namun begitu, ia juga salah satu bulan yang menjanjikan kerahmatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jika di sekolah, kita perlu patuh kepada peraturan dan tidak boleh dilanggar. Ia membuatkan kita sentiasa menjaga tingkahlaku, sekaligus membuatkan kita lebih terkawal dan berdisiplin dalam sekolah. Begitulah Ramadhan, bulan di mana kita cuba untuk mengenal lebih dalam lagi perihal diri dan memberi pendidikan kepadanya. Dalam bulan Ramadhan, diberikan cabaran untuk berpuasa. Bukan hanya berlapar dan dahaga tetapi juga menghindarkan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa. Di samping kita meningkatkan lagi amalan-amalan ibadah yang lain.
Justeru, ini memberikan peluang untuk menentukan sejauh mana kita mematuhi peraturan. Dengan mendapatkan tanda aras tersebut, kita mampu untuk menilai sejauh mana ikhlas, sabar, taat, patuhnya diri sendiri kepada sesuatu arahan.
Kita mampu untuk menipu orang lain tetapi bukan diri sendiri.
Ramadhan mendidik kita untuk sentiasa mendisiplinkan diri dan mengambil peluang. Semua sudah sedia maklum bahawa dalam bulan Ramadhan turunnya pelbagai kebaikan dan rahmat seperti yang telah dijanjikan. Juga, dalam bulan ini, segala amal baik mendapat kebaikan berlipat kali ganda.
Jadi, walaupun dalam keadaan badan yang mungkin sedikit lemah kerana tidak makan dan dahaga, ia sepatutnya tidak membataskan kita untuk melaksanakan tugasan harian seperti biasa. Apa yang menyedihkan ada segelintir masyarakat yang berpuasa tetapi tidak solat! Amalan puasa bagi orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Jadi, walaubagaimana letih atau lesunya kita berpuasa jangan sekali-kali kita meninggalkan solat kerana solat adalah merupakan perkara rukun ke 2 yakni yang wajib kita laksanakan. Hadis Nabi Saw. yang bermaksud ; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa yang disebabkan akhlak mazmumah itu. Alangkah ruginya bagi orang yang berpuasa tetapi tidak solat kerana mereka tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja.
Oleh itu tingkatkanlah segala amalan dan jadikanlah setiap tugasan harian yang dilakukan kerana ibadah kepada Allah Taala kerana dengannya kita akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Sememangnya banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam bulan Ramadhan. Jadikanlah amalan dan tabiat yang kita lakukan di sepanjang Ramadhan sebagai satu tabiat dalam bulan lain. Insya-allah akan menjadi lebih baik kita hari ini dari semalam. Jadikan pendidikan dari bulan Ramadhan untuk mempelajari tentang diri sendiri dan sentiasa mengambil peluang untuk membaikinya.