Anak-anak
adalah harta berharga bagi ibubapa. Boleh jadi anak-anak menjadi tiket untuk ke
syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi juga menjadi tiket untuk melangkah ke
pintu neraka. MashaAllah. Betapa penting dan berharganya anak-anak kepada
mereka bukan? Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang anda
rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang anak,
anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InsyaAllah. Dalam hati mereka pasti
berkata-kata “ Jadilah anak yang baik ye anak…”
Berikut
diperturunkan resepi untuk menjadi anak yang baik…
1. Jadilah penyejuk mata. Anak
yang baik merupakan penawar duka dan penyejuk mata ibu dan ayahnya. Taatlah perintah
Allah, patuhilah suruhan Rasul dan ikutilah pesanan ibu dan ayah. Ini adalah
petanda anak yang menjadi penyejuk mata. Firman Allah , “Dan orang-orang yang berkata: "Ya
Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang
menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi
orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Furqan:74)
(Surah Al-Furqan:74)
2. Penuhi impian ibu dan ayah. Setiap
ibu dan ayah pasti mempunyai impian tersendiri terhadap anak-anak mereka. Jadi,
anak perlu tahu apakah impian ibu dan ayah terhadap anda. Seterusnya, cubalah
sedaya upaya memenuhi impian mereka. Mereka pasti gembira.
3. Usah bebankan ibu dan bapa anda. Tiada ibubapa yang sanggup membiarkan anaknya
dalam kesusahan. Tetapi, ramai anak-anak yang tergamak membiarkan ibubapa
mereka susah. Maka, usah bebankan mereka. Jangan meminta benda yang mereka
tidak mampu berikan. Buatlah sendiri
kerja yang mampu anda lakukan.
4. Jangan tunggu disuruh. Anda
semestinya tahu dan faham tugas seharian. Jadi, tunaikanlah tugas itu tanpa
disuruh oleh ibu dan ayah. Apatah lagi, apabila dimarahi baru mahu buat.
5. Mampu berdikari. Anak
yang baik tidak hanya bergantung sepenuhnya kepada ibubapa mereka. Atur dan
susun sendiri kehidupan saudara. Berikan kepercayaan kepada ibubapa. Tunjukkan yang anda mampu membuat sendiri tanpa bantuan mereka. Ibubapa anda pasti
bangga.
6. Tidak minta dimanjakan. Anda
perlukan kasih sayang ibu dan ayah. Tetapi, anda jangan minta untuk terlalu
dimanjakan. Kesannya, anda menjadi individu yang takut menghadapi cabaran. Tunjukkan
semangat waja anda.
7. Jujur dan bertanggungjawab. Jangan
sesekali mengkhianati tanggungjawab terhadap ibubapa. Apatah lagi memalukan dan
menjatuhkan maruah mereka. Justeru, jujurlah dalam semua tindakan. Ingatlah segala
harapan.
8. Bersikap baik dengan adik-beradik lain. Jangan
bersikap berat sebelah. Anda baik dan mesra dengan kawan-kawan tetapi
bergaduh dan tidak mempedulikan adik-beradik lain. Tiada ibubapa yang suka
keadaan ini wujud dalam kalangan anak-anaknya.
9. Selalu mendoakan mereka. Anak
yang baik adalah anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ibu
dan ayahnya di dunia dan akhirat. Ini adalah petanda anak yang soleh. Justeru,
jangan lupa mendoakan ibu dan ayah anda. Bahkan, doa daripada seorang anak yang
soleh amat bermanfaat bagi ibubapa samada yang masih hidup apatah lagi yang sudah meninggal dunia.
10. Jika kita jadi anak yang baik hari ini, insyaallah kita akan dikurniakan anak-anak yang baik bila kita sudah menjadi ibubapa nanti. Ingat tu!!!
10. Jika kita jadi anak yang baik hari ini, insyaallah kita akan dikurniakan anak-anak yang baik bila kita sudah menjadi ibubapa nanti. Ingat tu!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan