Salam Mesra dan Salam Ceria untuk anda semua….
'For things to change I must
change first'……
Yupp…. Kita mesti berubah untuk Berjaya! Nasib diri tidak akan
berubah dan peluang masa depan juga tidak akan berubah melainkan diri kita sendiri
yang membawa perubahan terlebih dahulu. Dalam hidup, janganlah kita
mengharapkan orang lain atau suasana sekeliling berubah terlebih dahulu
daripada kita. Untuk kebaikan diri sendiri, kitalah yang perlu membawa perubahan
berkenaan, walaupun orang lain dan keadaan sekeliling tidak berubah.
Jadi, hari ini, Ummi ada sedikit perkongsian yang boleh kita
sama-sama renungkan iaitu Falsafah Minda Kejayaan yang boleh kita bina untuk kita sama-sama amalkan
dalam menuju kejayaan.