DEFINISI KAUNSELING
·
Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris
“Counseling”.
·
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang
sistematik berasaskan prinsip psikologi.
·
Kaunseling dilaksanakan oleh kaunselor profesional
untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh.
·
Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala
yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya.
·
Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan
tidakan yang wajar untuk masa depan.
·
Kaunseling bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan
diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ;
- Memahami dirinya yang sebenar
- Mengetahui kelebihan dan kekurangan
- Apa yang boleh dilakukan dengan mudah
- Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah
- Apa yang tidak boleh dilakukan langsung
·
Secara ringkasnya, kaunseling ialah suatu proses ;
~ Pertolongan yang profesional
~ Perhubungan dan interaksi dua hala
~ Pembelajaran semula
~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif
~ Pertolongan yang profesional
~ Perhubungan dan interaksi dua hala
~ Pembelajaran semula
~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif
PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA
·
Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang
baik dan tidak ada yang jahat.
·
Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai
potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat.
Dustin
dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan
bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu
sendiri.
- Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.
- Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.
- Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.
-
Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana
ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.
TUJUAN KAUNSELINGMemberi Maklumat
- · Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
- ·Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
- Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya
Menggalakkan Celik Akal- Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
- Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
- Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
- Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
Memberi Sokongan· Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.Penyelesaian Konflik· Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)· Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkanMemperbaiki hubunan klien dengan masyarakat· Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain· Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.Jangan sampai jadi begini....MATLAMAT KAUNSELING- · Menolong mengubah tingkah laku
- · Membantu membuat keputusan
- · Membentuk kemahiran daya-tindak
- · Mempercepatkan seseorang menjadi rasional
- · Memperbaiki hubungan interpersonal
- · Memahami dan mengelolakan kecemasan
KESIMPULANSecara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;· Memahami diri dan situasinya· Mengenal pasti keperluannya· Menerima realiti hidupnya· Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya· Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannyaDan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Ok...harap dapat membantu anda memahami makna kaunseling sebenar....hingga berjumpa lagi...wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan