Sesi Pembelajaran
tetap diteruskan walaupun kita kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) bagi menangani penularan wabak covid-19. Ini adalah kerana, belajar adalah
kewajipan seorang pelajar. Hidup tanpa belajar bagaikan hidup tanpa nyawa. Apapun
sebenarnya, masalah malas belajar sangat menghantui ramai pelajar tak kira di
peringkat manapun. Mengapa pelajar malas belajar? Ada banyak sebab yang
membolehkan keadaan ini terjadi. Di sini, ummi senaraikan 8 faktor yang mungkin
menyebabkan anda malas belajar:
1. Tiada matlamat yang jelas mengapa
mereka mesti belajar dan manfaat ilmu yang dipelajari itu dengan kehidupan masa
depan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.
2. Kurangnya minat dan
motivasi dalaman diri. Mereka ini tidak nampak adakah perlunya mereka
belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
3. Mudah berasa cukup selesa
dengan apa yang ada. Biasanya masalah ini berlaku kepada mereka yang datang
dari keluarga yang senang dan berada.
4. Tidak cukup rehat dan tidur
(penat main game pun salah satu punca penat). Otak kita memerlukan
istirehat yang cukup bagi membolehkan otak berfikir dengan baik dan segar.
Apabila otak yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, akan cepat penat
dan hilang kemampuan untuk menumpu. Maka itulah malas terjadi.
5. Keasyikan kepada permainan video (game) dan dunia
media sosial seperti facebook, tiktok, instagram, twitter, whatsapp dan
sebagainya juga adalah penyumbang utama kepada masalah ini.
6. Kurang bersenam atau melakukan aktiviti
yang menyegarkan badan. Ini menjadikan badan kita tidak dapat mengeluarkan
hormon-hormon tertentu yang boleh menyegarkan dan memberi tenaga untuk belajar
dengan berkesan.
7. Terlalu banyak minum
minuman berkafein seperti teh tarik, kopi, coca-cola, pepsi-cola dan sebagainya.
Ini menjadikan saraf-saraf tubuh dan otak terlalu bergantung kepada kafein ini
untuk bekerja. Apatah lagi jika diminum sebelum tidur. Otak akan terus bekerja
meskipun kita sedang tidur disebabkan kafein ini. Oleh itu, pada siang hari
kita menjadi letih dan malas.
8. Faktor persekitaran yang
tidak memberangsangkan. Jika anda bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang
lemah dan kurang semangat belajar, ataupun orang lain yang selalu cuba
merendah-rendahkan semangat dan kemampuan anda. Ini juga menjadikan anda malas
untuk belajar.
Rasulullah SAW ada berpesan "Allah
benci kepada pemuda-pemuda yang menganggur (malas).”
Malas adalah keadaan diri yang
tidak ghairah dalam menjalankan sesuatu perkerjaan. Rasa malas adalah penyakit
paling mengerikan yang dapat menghambat kejayaan seseorang.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua
rusuk kamu." (Riwayat al-Baihaqi)
Antara perkara yang boleh
dilakukan bagi mengawal hawa nafsu ini adalah dengan sentiasa melakukan
perkara-perkara kebaikan dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT, seperti yang
dinyatakan di dalam al-Qur’an :
Firman Allah SWT dalam Surah Al
Ankabut:
وَالَّذِينَ
جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّـهَ لَمَعَ
الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : “ Dan orang-orang
yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami,
sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan
mereka bergembira serta beroleh keredhaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan
bantuan) Allah bersama orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya ”.
[al-‘Ankabut : 69]
Semoga Allah SWT menjadikan anda
dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan sentiasa berusaha untuk
memperbaiki diri dan berusaha untuk kejayaan.
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan