Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam kasih sayang
buat semua๐
Hari ini, masuk hari yang ke 25
kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayuh terus kekal kita berada di
rumah. Agar segera kita dapat hapuskan rantaian wabak Covid-19 ini. Semoga kita
segera kembali pulih menjalankan aktiviti seperti sebelum ini.
Sememangnya wabak ini memberikan kesan yang
besar kepada bukan sahaja kita rakyat Malaysia, malah seluruh penduduk dunia
turut terkesan dengan wabak ini.
Namun, kita amat bertuah menjadi
warganegara Malaysia, kerana kerajaan kita telah dan sedang melaksanakan
tindakan-tindakan paling wajar demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua. Tak
payah dulu fikir pasal nak ke sekolah kerana cikgu-cikgu anda ada menyediakan
pelbagai bentuk video, nota, latihan dan bimbingan untuk anda kekal belajar di
rumah.
Pesan Ummi… dengar dan patuh
arahan kerajaan. Belajar dan buat latihan di rumah dengan panduan guru-guru
anda. Kekallah duduk di rumah…
InsyaAllah kita semua akan selamat.
Dalam kita menjalani PKP ini,
Ummi tidak nafikan ada yang akan merasa stress atau tertekan akibat terkurung
di rumah. Di sini, ingin Ummi kongsikan beberapa tips untuk anak-anak Ummi
jadikan panduan agar sentiasa kekal positif.
Salah satu cara mengatasi masalah
stress adalah dengan bertenang dan belajar untuk rileks. Namun, jangan berharap
tekanan tersebut akan hilang serta merta, ia memerlukan masa. Setiap kali anda
merasakan tekanan ataupun stress, cuba buat teknik pernafasan dalam (sedut
udara dan hembus beberapa kali). Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.
i.
Baca Al Quran. Firman Allah dalam Surah
Toha:20:2; “Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya
engkau menanggung kesusahan.” Allah telahpun memberikan panduan kepada kita
untuk membaca Al Quran kerana semakin kita dekat dengan Al Quran, semakin mudahlah
hidup kita. (Peringatan untuk diri Ummi sendiri juga untuk sentiasa amalkan
setiap hari.)
ii.
Dengar muzik yang menyenangkan.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah muzik boleh memberikan ketenangan kepada
anda. Cuba anda mendengar muzik instrumen ataupun muzik akustik berbanding
dengan muzik yang sedang trending dalam radio. Hal ini kerana
kebanyakab muzik pada zaman sekarang akan menyebabkan stress anda semakin
teruk.
iii.
Mandi. Masukkan mandian yang wangi
ataupun aromaterapi kedalam tab anda. Sekiranya anda tidak memiliki tab, anda
boleh menggunakan sabun yang mempunyai wangi-wangian yang anda rasa boleh
memberikan ketenangan kepada anda.
iv.
Memulakan diari ataupun jurnal
peribadi. Dalam tempoh PKP ini anda boleh mulakan untuk mencatat apa
perasaan anda dalam diari atau buku jurnal peribadi anda. Ingat!! Tulis dalam
buku jurnal peribadi anda..bukan tulis di muka buku ya!. Catat apa-apa yang
mengganggu anda, apa yang anda tidak suka, dan punca-punca yang menyebabkan
anda stress. Ini merupakan cara alternatif kepada anda untuk meluahkan semua
masalah dan tekanan diri.
Okay rasanya cukuplah dulu tips
untuk hari ini. Apapun, dalam tempoh PKP ini ambillah peluang sebanyak mungkin
untuk anda belajar di rumah jangan fikir dulu untuk ke sekolah…. Sebab di
rumah pun kita oleh belajar dan Berjaya kalau kita mahu!
(gambar hiasan dari internet)
Tips yg berguna ๐๐
BalasPadamTips yg berguna ๐๐
BalasPadamTerima kasih atas sokongan ๐๐๐
BalasPadamtahniah ummi
BalasPadam