Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam B’
Wangsa buat semua
Sekadar gambar hiasan (bukan gambar ummi ni ye 😆)
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan
yang Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan inisiatif pembelajaran
dari rumah atau home-based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Ianya akan dilakukan secara berterusan sehingga sesi
persekolahan dibuka semula.
"Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya
melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning
sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang
seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.
"Walaupun keadaan di negara kita InsyaAllah akan
kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat
bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia
terkesan termasuklah negara-negara jiran kita," katanya dalam Perutusan
Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada 10 April yang lalu.
"Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah
sayangnya. Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin
akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin
keadaan telah kembali pulih. Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di
rumah," ujar Perdana Menteri kita yang sangat prihatin.
Ummi harap anak-anak pelajar sekalian dapat menerima konsep
pembelajaran di rumah ini dengan hati yang lapang kerana walaupun dalam keadaan
PKP ini kita tetap perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Teruskanlah
kekal dan belajar di rumah agar anda tidak tertinggal ke belakang.
Buat Kerja Sekolah di Rumah yang Diberikan oleh Cikgu
Ummi percaya majoriti ramai guru kelas mewujudkan group
whatsapp / telegram untuk para pelajar.
Melalui konsep Home Based Learning yang disenut oleh PM baru ini,
cikgu-cikgu matapelajaran setiap hari akan
memberikan kerja sekolah yang perlu dilakukan di rumah. Jadi, anak-anak
pelajar tetap dapat belajar dan teruslah belajar biarpun hanya di rumah kerana
kita tidak dapat jangka bila wabak ini akan benar-benar pulih.
salam sayang daripada ummi 🥰🥰🥰
Tiada ulasan:
Catat Ulasan