Anda sering menguap ketika sesi pembelajaran online di rumah? Kerap kali tertidur bila cikgu sedang mengajar di screen? Ikuti 6 tips mudah ini!
1. Kenal pasti
tanda mengantuk anda dengan segera.
Ini amat penting
terutamanya semasa sesi PdPR berlangsung. Simptom utama biasanya adalah
menguap. Jika tidak dikesan puncanya dari awal, dibimbangi anda akan tertidur
semasa cikgu sedang mengajar. Terlepas input penting, anda yang rugi!
2. Basuh muka.
Tak kiralah sama ada
anda belajar bersama guru atau belajar sendiri, anda patut bangun dan pergi ke
tandas untuk mencuci muka bagi menghilangkan rasa mengantuk. Kadang-kadang,
waktu anda berjalan menuju ke tandas itu juga satu cara untuk hilangkan
mengantuk. Sampai-sampai je dekat meja belajar, insha-Allah dah segar semula.
3. Buat senaman
ringan.
Jika tidak mahu ke
tandas, gerak-gerakkan tangan dan kaki anda. Buat senaman-senaman ringan yang
tidak memerlukan anda bangun dari tempat duduk anda. Goyang-goyangkan tangan
dan kaki.
4. Minum air
kosong dan hirup udara segar
Rasa mengantuk tu datang daripada kurangnya oksigen yang pergi ke otak kita. Maka bila anda sedang belajar di rumah, pilihlah ruang yang mempunyai pengudaraan yang selesa dan udara semulajadi yang nyaman. Paling mudah, banyakkan minum air kosong atau air mineral untuk kekal segar.
5.
Rehatkan mata seketika
Segarkan mata anda
dengan memandang benda-benda semulajadi terutamanya yang berwarna lembut
seperti hijau daun dan birunya langit. Luangkan seminit dua sebelum menyambung
semula untuk menelaah pelajaran.
6.
Berwuduk
Bagi Muslim, amatlah
baik bila diamalkan berwuduk untuk mengembalikan kesegaran tubuh dan minda.
Terutamanya apabila belajar di waktu tengah malam, ambillah wuduk dan
tunaikanlah solat-solat sunat. Kemudian sambung kembali belajar. Insha-Allah,
rasa mengantuk yang juga permainan syaitan itu akan hilang!
Tips yang sangat
membantu bukan? Semoga waktu belajar dapat dimanfaatkan secara maksimum bila
anda segar dan kekal fokus.
Kekallah aktif
belajar di rumah! Semoga anda Berjaya!
Cadangan tersebut sangat bagus untuk pelajar
BalasPadam