Assalamualaikum dan Salam B' Wangsa buat anak-anak pelajar....
Belum habis-habis lagi isu malas ni rupanya. Semenjak dua menjak ni sibuk guru-guru memperkatakan tentang anak-anak didik yang tak 'hadir' PdPR. Tak hadir bukan disebabkan masalah internet tetapi kerana SIKAP. Hmmmm susah lah kalau diserang penyakit M ni. Penyakit malas ini memang cukup bahaya sebenarnya, bahayanya
hampir-hampir menyamai covid-19 kerana boleh membunuh jiwa dan ia juga belum
ada vaksin atau ubat yang dijual lagi mana-mana kedai atau farmasi. Iya, tiada
lagi ubat yang boleh melawan penyakit malas ini.😀
Walau apapun setiap penyakit ad acara untuk kita mencegahnya.
Salah satunya adalah dengan menghapuskan semua fikiran berbentuk negatif, dalam
erti kata lain, sentiasalah bersikap positif. Di sini ummi kongsikan 5 cara
lain yang mungkin boleh memotivasikan anda bila timbul penyakit malas.
1. Selesaikan Tugas Yang Paling Besar
Ya, selesaikan tugas yang paling besar yang perlu anda buat
terlebih dahulu. Biasanya perasaan malas ini datang apabila anda rasa terbeban
dengan banyak tugas, contohnya perlu menyiapkan banyak kerja sekolah dalam masa
yang singkat.
Untuk mengatasi masalah ini, cuba tetapkan untuk selesaikan
tugas satu per satu. Mulakan dengan menyelesaikan tugas atau kerja yang paling
besar dahulu, kemudian barulah dengan kerja yang lebih ringan. Ini cara terbaik
untuk mengelakkan rasa malas dari terus bersemadi di dalam diri anda.
2. Bersenam
Bersenam di antara cara yang mudah dan praktikal untuk
menghilangkan rasa malas. Tidak banyak bergerak boleh mengundang perasaan
malas, jadi lakukan senaman ringan seperti lari setempat, berjalan di sekitar
kawasan terdekat, skipping, atau boleh juga cuba senaman ‘lompat bintang’.
Secara langsung ia boleh melancarkan semula perederan darah
di dalam tubuh dan memberi tenaga kepada anda.
3. Fokus
Berikan fokus yang sebaiknya pada tugas atau kerja yang
perlu disiapkan, elakkan dari sikap suka menangguh kerja. Menangguh kerja akan
mencuri masa anda dan akan membebankan anda dengan kerja yang lebih banyak.
4. Rehat Seketika
Bawa bertenang dan rehat seketika, ini juga cara berkesan
untuk menghilangkan perasaan malas. Cuba segarkan kembali fizikal dan mental
anda dan tumpukan perhatian kepada tugas-tugas yang perlu di siapkan.
5. Beri Ganjaran Kepada Diri Sendiri
Menurut kajian, seseorang lebih seronok menyelesaikan
sesuatu tugas jika diberi ganjaran. Jadi apa kata anda beri ganjaran kepada
diri sendiri, letakkan satu matlamat apa hadiah yang bakal anda berikan kepada
diri anda jika berjaya menyelesaikan sesuatu tugas dalam jangka masa yang
ditetapkan.
Ini cara paling seronok untuk memotivasikan diri, siapa tak
suka jika diberi hadiah bukan?. Hadiah pula bergantung kepada apa yang anda
suka, tidak semestinya dalam bentuk barangan yang mahal-mahal sahaja. Belanja
diri sendiri dengan makan kek dan ice cream pun dah dikira beri ganjaran dah tu. Hmmm
makan ice cream musim hujan… ada ke?😋
Apapun yang penting adalah usaha. Jangan hanya tengok,
tunggu dan lihat saja. Anda kena USAHA! Orang putih kata DO IT! Bila? Sekarang
lah! Bila lagi?
Semoga anda dah tak malas-malas lagi. All the best
Tiada ulasan:
Catat Ulasan