Assalamualaikum dan Salam Kecemerlangan untuk semua…
Banyak survey / pemerhatian yang dibuat
untuk mengkaji kenapa boleh jadi sebegini rupa. Macam-macam alasan yang diberi.
Ada yang kata tak faham belajar online ni. Tak seronok… susah nak bagi tumpuan
dan macam-macam lagi, tapi apapun semuanya kembali kepada SIKAP. Hendak seribu
daya, tak nak seribu dalih. Semua adalah pilihan. Anda sendiri yang menentukan
apa pilihan anda!
Sememangnya untuk anda faham apa yang
cikgu ajar adalah dengan memberi fokus atau tumpuan yang penuh kepada apa yang
cikgu ajar. Anda perlu mempunyai satu method atau proses “Step-By-Step” untuk menyiapkan
diri anda bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna.
Hari ini ummi nak kongsikan satu teknik yang
diadaptasikan dari buku John R. Hayes, The Complete Problem Solver,
yang mana kaedah yang digunakan sangat efektif, iaitu kaedah M.U.R.D.E.R. MURDER adalah singkatan dari Mood-
Understand- Recall- Digest- Expand- Review. Ini boleh anda gunakan apabila anda
mahu memulakan PdPR anda.
KAEDAH M.U.R.D.E.R
M : MOOD
Sebelum memulakan pelajaran. Anda perlu sedar apakah mood yang anda
sedang berada sekarang. Jika negatif. Positifkannya.
Jika positif. Positif yang bagaimana ? Adakah anda terlalu happy? Terlalu Excited? Pastikan anda berada dalam keadaan sederhana
sahaja. Jangan terlalu happy dan terlalu sedih atau marah. Pembelajaran berlaku
apabila seorang pelajar berada dalam keadaan yang sederhana seronok dan
mempunyai MATLAMAT. That’s what sets you in the mood.
U : UNDERSTAND
Fahami apa yang guru anda sedang sampaikan. Untuk faham/ UNDERSTAND
anda perlu lakukan 3 proses tambahan ini. LISTEN -> NOTE DOWN -> ASK.
Apabila guru mengajar. Dengar baik-baik (Listen). Tulis sebarang poin
yang anda tidak faham (Note Down). Tanya pada cikgu poin yang anda telah
catat tadi (Ask). Dalam kelas PdPR anda boleh mesej secara personal
kepada guru anda kalua malu nak tanya dalam group. Lagi mudah bukan? Dengan bertanya,
kita akan lebih faham apa yang diajar. Belajarlah bertanya wahai anak-anak pelajar….
R : RECALL
Setelah faham. Cuba ingat semula poin-poin yang guru anda telah
ajar. Mungkin juga poin-poin atau fakta yang anda sendiri telah baca sebelum
mula kelas tadi. Gunakan imaginasi anda. Boleh juga anda tanya soalan pada diri
anda sendiri. Soalan membuatkan diri kita menjadi “Curious” rasa ingin
tahu. Apabila ingin tahu. Kita pasti mahukan jawapannya.
D : DIGEST
Apabila anda sudah faham. Sudah mampu untuk mengingati kembali
fakta atau poin penting. Kini masa untuk MENGHADAM (Digest) apa yang
anda telah pelajari. Untuk HADAM apa yang anda telah pelajari gunakan 2 Teknik
ini.
1. Tanya kembali pada diri “Adakah aku
benar-benar sudah faham tentang ini ?”
2. Tanya pada kawan “Apa yang kau faham tentang
ini”.
E : EXPAND
Expand bermaksud kembangkan. Sekiranya anda mengajar atau berkongsi
dengan rakan-rakan lain. Apakah yang anda akan lakukan? Apakah poin atau fakta
yang anda mahu cakap kepada mereka. Apabila kita belajar untuk diri kita,
motivasi belajar kita mungkin tidak setinggi mana. Namun apabila kita belajar
untuk mengajar. Motivasi diri kita pastinya berbeza. Cuba berkongsi ilmu dan
fakta yang anda telah pelajari kepada rakan-rakan lain pula. Hanya dengan video
call pun anda boleh cuba untuk kembangkan apa yang anda pelajari dengan
mengajar kawan anda. Sebaiknya berkongsi dengan kawan yang sudi mendengar dan
mahu belajar. Jangan buang masa dengan mereka yang tiada matlamat belajar.
R : REVIEW
Buat peta minda untuk “review” (pelajari kembali) apa yang anda telah belajar selepas kelas nanti. Anda boleh guna sahaja apa-apa teknik asalkan anda boleh catat dalam nota anda.
Buka senang nak senang. Semuanya kena usaha. Ingat !! Tiada kejayaan semudah petik jari sahaja…. Anda kena usaha. Yes... Do It! No matter how you feel, get up, dress up, show up and never give up!
Jangan putus asa.💪💪💪 Semoga anda semua berjaya dan berjaya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan