Assalamualaikum dan Salam Ceria untuk semua….
Hari ini masih lagi nak bercakap tentang
isu Kelas Online tapi ramai yang tak ‘hadir’. 😭Sangat menyedihkan! Terutama bagi
pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sememangnya akan menduduki SPM. Walaupun
tarikh SPM ditunda tetapi seharusnya penundaan itu bukanlah memberi peluang
untuk calon-calon SPM bersantai-santai main game. Benarlah permainan computer ini
menyeronokkan tetapi ia boleh membuatkan seseorang itu ketagih sama seperti rokok,
alkohol dan dadah juga.
Apabila seseorang sudah mula mengalami
ketagihan permainan ini, mereka akan kurang memberi tumpuan terhadap perkara
yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka akan sentiasa rasa tercabar dengan permainan tersebut sehingga mereka
tidak mahu meninggalkan gajet mereka.
Jika ini yang berlaku kepada anda. Maka,
anda perlulah berusaha untuk membuang ketagih permainan komputer ini. Di sini
ada 3 tips bagaimana nak hilangkan ketagih main game. Harap dapat membantu anda.😉
1. Hilangkan Game Dari
Mindset
Caranya amatlah simple. Iaitu buang game tu. Yes. Kalau game tu
jenis install kat komputer macam DOTA, sila uninstall. Kalau game tu
jenis online pulak, buang link tu dari history browser. Pastikan mentality
anda kuat untuk tak install balik game tu. Cuba ‘puasa’ dari main game tu untuk
2 minggu. InsyaAllah lepas tu hilang ketagih main game.
2. Jauhkan Diri dari
Gajet
Kalau cara pertama tak jalan jugak, anda boleh buang dia punya
punca. Apa punca dia? Medium game tu lah.
Contohnya komputer, gameboy, dan lain-lain lagi.
3. Sedar Diri
Cara yang terakhir ialah kena sematkan ke dalam minda anda yang
anda ada urusan yang lagi penting. Ni lebih kurang dengan soal hidup dan mati
anda lah ni. SPM adalah penentu anda kelayakan anda di sekolah menengah. “Kalau
tak ada SPM, apa aku nak jadi?” sila Tanya soalan ni kepada diri anda!
Dah cuba 3 cara tu? Tak jalan jugak??? Hmm tepuk dada tanyalah akal
fikiran. Jangan tanya selera lagi dah….sudah sudah lah! Gi belajar kelas PdPR cikgu kamu duk tunggu tuh.
Dalam dunia tanpa sempadan,
setiap dari kita perlu peka dan menghadkan masa bermain game, lebih-lebih lagi
kepada anak-anak pelajar agar tidak berlebihan dan mengakibatkan sesuatu yang
tidak diingini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
✋😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan