Ahad, 20 Mei 2012

TIP PELAJAR CEMERLANG

salam....

Musim ni adalah musim pelajar-pelajar cemerlang SPM 2011 menerima habuan mereka. Untung nasib mereka adalah ditentukan hasil daripada usaha jerih perih mereka yang bersungguh-sungguh dalam peperiksaan mereka. Ummi sendiri baru sahaja pulang daripada menghantar anak ummi mendaftar ke Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM Serdang. Jelas tergambar kegembiraan di wajah-wajah anak-anak yang berjaya mendapat tempat di Pusat Asasi ini....Pesan ummi kepada anak-anak yang di sekolah "jadikanlah kejayaan kakak-kakak atau abang-abang kita yang berjaya ini sebagai satu dorongan yang bleh membakar semangat anak-anak untuk mengikut jejak langkah mereka..."



Pada ruangan kali ini, ingin Ummi kongsikan tip untuk jadi pelajar yang cemerlang...




1. Optimistik
Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk  menempah kejayaan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’
2. Jangan bersikap pesimistik
Pesimistik maksudnya sentiasa putus harapan dan mengalah  sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan   semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan  sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.
3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang.
Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.
4. Tumpuan sepenuh hati
Fokus 100% dalam kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi.Jangan jadi ‘bidan terjun’ ke dewan peperiksaan.
6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’
7. Lengkapkan peralatan
Sediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar.
8. Tepati waktu belajar
Tepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
9. Dapatkan bantuan guru atau rakan
Dapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
10. Hormati guru
Hormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
11. Bersoal jawab dengan guru
Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
12. Beri pandangan membina
Sentiasa memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
13. Berbincang dengan rakan
Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
15. Tubuhkan kumpulan studi
Adakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang rajin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.
 16. Sering masuk perpustakaan
Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.
17. Baca akhbar
Dapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan        gossip atau artis.
18. Menonton rancangan yang sesuai
Tonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti ‘Discovery’) dan berita semasa.
19. Lakukan peperiksaan kendiri
Lakukan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.
20. Sediakan jadual waktu belajar harian
21. 
Sertai ceramah motivasi & seminar peperiksaan
Ikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri serta memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Beli buku rujukan & buku kerja.
Ini dapat memantapkan persediaan pelajar.
23. Masuk kelas tuisyen
Ikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Sanggup manghadapi cabaran
Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa, gangguan sms dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.
25. Jaga kesihatan fizikal
26. 
Makanan seimbang
27. 
Malu bertanya sesat jalan
28. 
Sembahyang
29. 
Doa
30. 
Tawakkal

- Selamat Berjaya -



11 ulasan:

  1. Lani pun nak masuk u jgk nanti....insyaallah.... doakan Lani yer....

    BalasPadam
  2. Good...insyaallah Lani kalau kita nak mesti dapat...bak kata org arab 'man jadda wa ja'... Yg penting Lani kena usaha bermula dr skrg

    BalasPadam
  3. seronok mase kat U.... rase mcm nak back to U again la!!! :)

    BalasPadam
  4. MoniQue; ambik la peluang yg ada skrg...tempat dah dekat ni so apa tggu lg....grab yr opportunity dear

    BalasPadam
  5. boon akan gunakn tips umi ini sebaik mungkin jer... hidup sbagai pljr STPM ni cabaran nya persekitaran ..kalu lewa dgn keseronokan..akan lalai.. so, mmg kna control btol2 :)

    BalasPadam
  6. betul tu boon... di mana kita berada bukanlh persoalannya...yg penting ialah matlamat kita. halakan usaha boon ke arah mencapai target boon. Ummi yakin dan percayalah siap usaha yg gigih akan dibalas dgn kejayaan yg cemerlang...all the best to u boon

    BalasPadam
  7. thanks umi :) thanks for ur support :)

    BalasPadam
  8. thanks umi :) thanks for ur support :)

    BalasPadam
  9. thanks umi :) thanks for ur support :)

    BalasPadam
  10. insyallah K.Ayu... insyaallah... mungkin tahun depan....

    BalasPadam
  11. ilmu sepanjang hayat...dari buaian ke liang lahat.... insyaallah ilmu akan jd pelindung dan kekuatan bg kita

    BalasPadam