Sabtu, 8 September 2012

Petua Memberi Tumpuan Semasa P&P



Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:  

· Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut.  Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

· Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. 

· Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

· Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

· Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

· Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

· Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

· Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

· Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. 

· Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas


· Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.  

· Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan. Gunakan kaedah labah-labah ketika di dalam kelas. cuba baling segumpal kertas ke arah labah-labah. labah-labah akan bergerak menuju ke arah kertas sebaik sahaja kertas itu melekat pada sarangnya. namun labah-labah akan segera meninggalkan kertas tersebut apabila didapatinya kertas itu bukanlah makanannya. jika kamu baling kertas buat kali yang kedua, labah-labah tadi tidak akan lagi pergi kepada kertas itu kerana ia tahu kertas tidak boleh dimakan. Labah-labah pun tahu fokus..... :-) 

·     Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas 




JADILAH ANAK YANG BAIK



Anak-anak adalah harta berharga bagi ibubapa. Boleh jadi anak-anak menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi juga menjadi tiket untuk melangkah ke pintu neraka. MashaAllah. Betapa penting dan berharganya anak-anak kepada mereka bukan? Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang anda rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang anak, anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InsyaAllah. Dalam hati mereka pasti berkata-kata “ Jadilah anak yang baik ye anak…”
Berikut diperturunkan resepi untuk menjadi anak yang baik…

Isnin, 16 Julai 2012

FALSAFAH MINDA KEJAYAAN


Salam Mesra dan Salam Ceria untuk anda semua….

'For things to change I must change first'…… 
Yupp…. Kita mesti berubah untuk Berjaya! Nasib diri tidak akan berubah dan peluang masa depan juga tidak akan berubah melainkan diri kita sendiri yang membawa perubahan terlebih dahulu. Dalam hidup, janganlah kita mengharapkan orang lain atau suasana sekeliling berubah terlebih dahulu daripada kita. Untuk kebaikan diri sendiri, kitalah yang perlu membawa perubahan berkenaan, walaupun orang lain dan keadaan sekeliling tidak berubah. 

Jadi, hari ini,  Ummi ada sedikit perkongsian yang boleh kita sama-sama renungkan iaitu Falsafah Minda Kejayaan yang  boleh kita bina untuk kita sama-sama amalkan dalam menuju kejayaan. 




Ahad, 15 Julai 2012

APA ITU KAUNSELING?


Salam mesra semua....
Pernah tak anda berkunjung ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling di sekolah anda? Jika tidak, kenapa??? Apabila ditanya kenapa....Biasanya jawapan-jawapan yang negatif tentang Bilik bimbingan dan kaunseling akan didengar....Hmmm maknanya anda belum cukup kenal apa itu Unit Bimbingan dan Kaunseling yang lebih sinonim dengan panggilan UBK. Kata orang tak kenal maka tak cinta....nanti kalau dah cinta susah pula ya...asyik nak datang ke Bilik Kaunseling aje kerjanya...So, mari kita belajar serba sedikit mengenai apa itu Bimbingan dan Kaunseling...

Ahad, 8 Julai 2012

KOMPONEN MOTIVASI DIRI


Salam mumtaz untuk anak-anak ummi semua...

Hari ini Ummi nak sambung lagi bicara ummi mengenai motivasi yang Ummi sebut semalam.

Iaitu mengenai Komponen-komponen yang perlu ada dalam motivasi diri:
 
Niat Belajar
Perlu sedar bahawa anda belajar adalah kerana Allah. Bila anda membetulkan niat, anda akan dapat ganjaran pahala yang besar.

Menetapkan Matlamat
Matlamat perlu jelas, khusus, boleh dicapai, dibataskan oleh waktu dan bersifat cemerlang. Bila anda menetapkan matlamat, anda perlu jelaskan pada diri anda tentang sebab-sebab anda mahukan matlamat itu.




Sabtu, 7 Julai 2012

Apa Itu Motivasi???

Salam mesra untuk anak-anak pembaca sekalian....

Hari ini Ummi nak berkongsi tentang apa itu motivasi. Ramai pelajar yang menyebut perkataan 'motivasi' namun tahukan anda apakah itu motivasi???

MOTIVASI ITU DORONGAN. IA ADA DALAM DIRI.

Anak-anak, sebenarnya tidak ada orang yang mampu mengubah sikap anda mengenai kejayaan melainkan anda sendiri! Ya...motivasi sebenarnya ada dalam diri anda. Orang lain hanya mampu menyedarkan anda mengenai potensi yang ada pada anda.

Motivasi itu adalah diambil dari perkataan Bahasa Ingeris yang terbit dari dua suku kata iaitu 'motive' dan 'action'. Dalam bahasa yang mudah, ia bermaksud 'bertindak menurut landasan yang betul untuk menuju matlamat kecemerlangan'.

Ahad, 1 Julai 2012

Otak Kanan, Otak Kiri


Salam anak-anak semua...


Hari ini Ummi nak cerita sedikit mengenai organ yang sangat penting yang ada pada kita iaitu otak. Hmmm.... tentunya anak-anak biasa mendengar orang menyebut tentang otak kanan dan otak kiri kan...Jadi, mari kita tengok apakah dia otak kanan dan otak kiri tersebut...


Otak manusia terbelah menjadi dua bahagian. Kedua bahagian otak tersebut adalah berbeza tugasnya. Otak kanan bertanggung jawab terhadap tubuh dan bahagian kiri pula sebaliknya. Hal ini bererti bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua-dua belahan otak ini berbeza fungsi..




Selasa, 19 Jun 2012

Susah dahulu, senang kemudian


Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum…..

Salam ceria untuk anda semua....hari ini, suka Ummi nak berkongsi satu rangkap peribahasa Melayu untuk kita kongsi bersama ;


“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-lenang kemudian.”


Susah Belajar hanya setahun dua saja, kemudian akan jadi senang seumur hidup.

Janganlah terpengaruh oleh keseronokkan yang sebentar cuma.
Membuang masa, banyak bermain dan banyak berehat hanya akan memberikan rasa keseronokkan yang sebentar saja. Apalah sangat,  seronok hari ini jika selepas itu anda akan gagal selama-lamanya. 

Khamis, 14 Jun 2012

HORMATI GURU

Salam mesra Ummi ucapkan untuk semua...

Hari ini tiba-tiba jer Ummi teringat satu analogi yang pernah Ummi sampaikan kepada anak-anak pelajar Ummi di sekolah. Jadi, untuk entri kali ini Ummi nak share lah analogi tersebut kepada anda semua...

"Guru laksana teko. Murid pula umpama cawan. Kedudukan teko semestinya berada di atas cawan. Jika cawan berada di atas teko, sudah tentu manfaat air tidak akan dapat masuk ke dalam cawan. Begitulah juga, jika cawan berada di bawah teko tetapi kedudukannya agak jauh dari teko, sudah tentulah air tidak akan dapat masuk sepenuhnya ke dalam cawan....malah mungkin akan terpercik keluar dari cawan"


Khamis, 7 Jun 2012

Meniru orang-orang yang Berjaya 1


Salam ceria semua…..

Hari ini Ummi hendak berkongsi salah satu daripada tip penting untuk Berjaya iaitu Meniru Orang-orang Yang Berjaya. (Hmmmm…jangan salah faham….orang-orang ni bukan bermaksud orang-orang yang ada di sawah padi buat penghalau burung tu yer…)

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap.  Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan kerana itulah Ummi selalu berpesan kepada anak-anak Ummi, bahawa “ kita ialah, apa yang kita fikirkan ”.  Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan. 

Isnin, 4 Jun 2012

Pesanan Musim Cuti Sekolah

Salam ceria untuk semua...

Minggu ini kita masih lagi dalam mood cuti sekolah. Hmmmm...bila sebut pasal cuti ni tentunya ramai anak-anak di luar sana yang memang bercuti sakan samai lupa buku. Bagi yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM tentunya pihak sekolah telah membuat perancangan yang baik untuk kalian kan... Biasanya kalau minggu pertama ada kelas atau kem kecemerlangan akademik maka minggu kedua akan diberi cuti untuk rehat.Manakala bagi kelas yang tiada peperiksaan awam tahun ini biasanya guru-guru akan membekalkan dengan 'homework' yang secukupnya....secukup rasa kot...Pesanan Ummi jangan sampai tinggal dua hari lagi sekolah nak buka baru la terhegeh-hegeh nak siapkan homework...Jangan!!!!!


Khamis, 24 Mei 2012

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dan Diploma


Salam semua...
Seminggu dua ini, Ummi ramai pelajar-pelajar Ummi yang datang bertanya tentang perbezaan antara Asasi, Matrikulasi atau Diploma. Hmmmm...rasa-rasanya dah banyak kali Ummi ceritakan isu ini especially waktu Bimbingan Kelompok dalam kelas. So entry kali ini Ummi share isu ni lah yer...
Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.

Pesanan Untuk Bakal Mahasiswa/siswi

Seminggu dua ini, masing-masing sibuk bercerita tentang kemasukan anak atau saudara mara ke IPT atau Matrikulasi. Lazimnya saat begini, ibubapalah orang yang paling sibuk menguruskan persiapan anak-anak untuk mendaftar di universiti.
Pesanan kepada bakal mahasiswa, anda sebenarnya memikul tanggungjawab yang besar. Satu perkara yang perlu selalu bermain dikotak fikiran anda ialah mengimbangi antara matlamat diri, tanggungjawab dan amanah keluarga.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila secara rasminya menjadi warga kampus yang akan dipanggil siswa dan siswi universiti ialah seperti berikut:

Utamakan Cita-cita Bukannya Cinta

Ahad, 20 Mei 2012

Teknik Belajar Cemerlang


Salam Mumtaz untuk anak-anak ummi yang ceria seluruhnya....

Haaaa... bagaimana dengan tip yang ummi berikan sblm ni??? Blh tak anak-anak amalkan?
Kali ini Ummi ingin kongsikan beberapa teknik belajar cemerlang...harap ia membantu anak-anak semua....

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu:
a) Ingat 10% apa yang dibaca
b) Ingat 20% apa yang didengar
c) Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d)Ingat 70% apa yang dicakapkan
e) Ingat 90% setelah dipraktikkan


TIP PELAJAR CEMERLANG

salam....

Musim ni adalah musim pelajar-pelajar cemerlang SPM 2011 menerima habuan mereka. Untung nasib mereka adalah ditentukan hasil daripada usaha jerih perih mereka yang bersungguh-sungguh dalam peperiksaan mereka. Ummi sendiri baru sahaja pulang daripada menghantar anak ummi mendaftar ke Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM Serdang. Jelas tergambar kegembiraan di wajah-wajah anak-anak yang berjaya mendapat tempat di Pusat Asasi ini....Pesan ummi kepada anak-anak yang di sekolah "jadikanlah kejayaan kakak-kakak atau abang-abang kita yang berjaya ini sebagai satu dorongan yang bleh membakar semangat anak-anak untuk mengikut jejak langkah mereka..."



Pada ruangan kali ini, ingin Ummi kongsikan tip untuk jadi pelajar yang cemerlang...


IBUBAPA PEMANGKIN KECEMERLANGAN ANAK


Dalam kehidupan hari ini, masa ibu bapa bersama anak-anak semakin berkurangan. Keadaan ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh perubahan zaman yang menyaksikan perkara seperti:
* Beban kerja yang semakin bertambah.
* Ibu bapa yang dua-duanya bekerja.
* Anak-anak yang semakin sibuk dengan kelas tambahan dan aktiviti sekolah.
Semua keadaan di atas membuatkan masa kita dengan anak-anak semakin terhad.  Bagi anak-anak, mereka menilai kasih sayang melalui masa yang diberikan oleh ibu bapa untuk bersama mereka.  Tidak ada suatu apa pun yang boleh menggantikan masa.  Semakin banyak masa yang kita berikan kepada mereka semakin terasa oleh mereka akan kasih sayang kita. Tetapi apabila kuantiti masa untuk bersama anak-anak terhad disebabkan oleh keadaan, maka adalah penting masa yang terluang itu dimanfaatkan secara berkualiti. 
Berikut adalah beberapa petua yang boleh dikongsikan bersama:

Salam Pengenalan

Salam untuk semua anak-anak ummi....

Hari ini tiba-tiba je ummi terfikir untuk buat blog. Bukannya apa...biasanya ummi berpesan melalui buletin, pamplet dan melalui lisan di sekolah. Jadi...memandangkan dah ada teknologi ni...apa salahnya kalau ummi berpesan melalui wadah ini.

Oleh kerana post kali ini adalah post pengenalan, maka kita sembang-sembang perkenalan jer lah yer. Ummi adalah guru bimbingan dan kaunseling a.k.a. kaunselor pelajar di sekolah. sebagaimana kaunselor lain, ummi suka untuk memberi bimbingan kepada pelajar atau anak-anak remaja.

ok....rasanya cukup lah tu untuk sesi pengenalan kita. Ummi benar-benar mengharapkan yang Ummi dapat memberikan sumbangan yang besar di sini khususnya untuk anak-anak sekalian....  

jumpa lagi....wassalam