Selasa, 14 Julai 2020

FOKUS BELAJAR UNTUK CEMERLANG


Assalamualaikum dan Salam Kecemerlangan untuk semua


Kenapa ada pelajar lebih Berjaya berbanding pelajar lain? 
Apakah rahsia mereka? Bagaimana mereka mengatur hidup mereka? Apakah kejayaan itu hanya milik mereka yang punya tahap IQ yang tinggi sahaja?

Tahukah anda? NAK berjaya memang tidak mudah. Kena ada banyak ilmu. Dengan belajarlah kita akan dapat banyak ilmu. Tapi untuk betul-betul dapat manfaatkan apa yang kita pelajari, kita harus FOKUS! Ya! Fokus masa belajar.


Apa jadi bila tak fokus? Kita akan membazir masa. Contohnya, ada dua jam untuk belajar tapi yang betul-betul kita fokus hanya 15 minit.

Mana hilang masa yang lain? Haaa, terbuang layan FB, IG, Whatsapp, berborak dengan kawan, tengok tv dan lain-lain. Akhirnya, tak tahu  dua jam tu dapat belajar apa je..

Orang yang tak fokus akan gagal. Setiap orang pernah gagal. Setiap kali gagal, kita perlu teruskan perjuangan.

Jom semak diri dan cari punca kenapa masih tidak berjaya.

Cuba cara ini untuk fokus dalam belajar.

1: Cari tempat belajar yang sesuai
Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.

2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya.
Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.

3: Cari teman belajar
Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.
Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:
  • Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert (suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.
  • Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.


4: Pilih snek sesuai
Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.

5: Take 5
Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat
  • Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.
  • Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.


6: Rasakan Bahang Motivasi
Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi
  • Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.
  • Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.
  • “Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, aku akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri”. Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
  • Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, membolehkan anda mudah dapat ke university yang terbaik. Mungkin dengan mendapat Semua A, anda akan mendapat tajaan pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.


7: Duduk dan Belajar
Dah cuba Cara 1 – Cara 6? Jadi, anda dah bersedia untuk belajar. Gunakan Flash Card untuk tulis nota. Buat nota dalam bentuk point penting supaya senang nak ingat. Susun ikut topik untuk mudah di baca.

Guna mnemonic singkatan. Contoh jika nak ingat kod warna untuk perintang (Elektronik), anda boleh hafal ringkasan cerita HAJI PAK MAT ORANG KAYA HENDAK BELI UBI KAYU PUTIH di mana setiap huruf pertama dalam perkataan tersebut adalah mewakili warna perintang. Mudah nak ingat kan?

Ingat info utama dahulu dalam suatu tajuk dahulu, Konsep penting perlu difahami sebelum mengingati tajuk kecil.

Ingat! Cara belajar yang berkesan boleh jimatkan masa. Study Smart lebih baik dari Study Hard.





Rabu, 1 Julai 2020

PENTINGNYA MEMILIKI MINDA YANG SIHAT

TEKANAN dan kemurungan boleh membawa anda memasuki lorong gelap yang akan memusnahkan kehidupan. Ada yang tidak tahan dengan tekanan, hingga terdengar  suara bisikan halus yang boleh membawa kepada tindakan yang tidak sepatutnya.

Dewasa ini, semakin hari semakin ketara kes penyakit mental dan bunuh diri. Hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau masalah kesihatan mental.  Ini bermaksud, tiga daripada 10 individu berusia 16 tahun ke atas mempunyai masalah kesihatan mental apabila wanita menunjukkan kadar lebih tinggi berbanding lelaki.

Kegelisahan, terlalu banyak berfikir perkara yang belum berlaku, sering bertanya kenapa dan bagaimana perkara itu berlaku antara penyebab otak banyak bekerja seterusnya membawa kepada tekanan.
Pentingnya kita memiliki minda yang sihat bagi menjamin kehidupan yang sihat dan menikmati hidup yang berkualiti.

Saya tidak menghidap sakit mental. Jadi adakah mental saya sihat?
Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental.
Amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat.

Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia - WHO)
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, - Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan menggunakan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan.(Adaptasi dari Kanada)

Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda: 
  Selesa dengan diri sendiri
  Selesa dengan orang lain 
  Selesa dengan persekitaran
  Dapat memenuhi tuntutan kehidupan

Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik

Bagaimana saya boleh mencapai dan mengekalkan minda yang sihat?
Anda boleh mencapai serta mengekalkan kesihatan mental yang positif mengikut panduan dan tip yang diberikan.

Langkah-Langkah Mudah Untuk Mencapai Kesihatan Mental Yang Baik
•  Mengamalkan cara hidup sihat
•  Berpandukan Kenyataan (Be Realistic)
•  Berfikir dengan positif
•  Buat keputusan secara bijak
•  Cari kawan
•  Dengar suara hati anda
•  Belajar menangani kritikan dengan baik
•  Belajar menjadi diri sendiri
•  Belajar untuk menyukai diri sendiri
•  Belajarlah berkata "TIDAK"
•  Rancang masa anda dengan baik
•  Jarakkan perubahan-perubahan dalam hidup
•  Bina keluarga bahagia
•  Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.
•  Amalkan nilai-nilai keugamaan dan moral yang baik.
•  Mengamalkan cara hidup sihat
•  Makan makanan seimbang
•  Mengekalkan berat unggul
•  Meluangkan masa untuk rehat dan riadah
•  Cukup tidur dan rehat
•  Berdasarkan Kenyataan (Be Realistic)
•  Mengenali kekuatan dan kelemahan diri anda.
•  Mensasarkan matlamat yang boleh dicapai.
•  Belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.
•  Berfikir dengan positif
•  Mengamalkan bercakap positif pada diri sendiri seperti:
Saya akan, saya boleh, saya akan cuba,saya juara, saya disayangi, saya menarik dsb.

Buat keputusan secara bijak.
•  Ketahui fakta-fakta yang berkaitan.
•  Buat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
•  Libatkan orang lain yang terlibat dalam membuat keputusan.
•  Cari kawan
•  Mempunyai kawan untuk berbual dan ketawa bersama.
•  Menghormati pandangan mereka dan bersabar.
•  Dengar suara hati anda
•  Suara hati/perasaan memberitahu anda apa yang sedang berlaku, apa yang anda perlukan, juga apa yang penting untuk diri anda.
•  Suara hati/perasaan akan memberitahui anda bila anda perlu menjaga diri anda seperti:
•  Mencari teman bila kesunyian.
•  Menangis bila bersedih.
•  Menyanyi dan tersenyum bila gembira.
•  Anda boleh berpura-pura untuk tidak berasa apa-apa namun anda tetap ada perasaan, berikut adalah beberapa perasaan yang kuat kita alami sesekali dalam hidup:
•  Keseorangan
•  Disayangi
•  Ketakutan
•  Kesedihan.
•  Tiada upaya
•  Malu
  Tidak salah jika anda meluahkan perasaan anda sesuai dengan tempat dan keadaan kerana dengan memendam perasaan jauh di dalm hati akan lebih mengganggu perasaan anda. 

Belajar menangani kritikan dengan baik.
  Kritikan yang jujur dan membina memberi maklumbalas tentang diri anda bahawa anda:
  Ambil tahu tentang orang lain atau
  Menyebabkan orang lain tidak menyukai anda, atau
  Anda didatangi masalah.
  Bila anda dikritik, anda boleh:
  Berada dalam keadaan selesa
  tarik nafas panjang
  nyatakan atau lafazkan perkataan "tenang" (relax).
  bayangkan anda berada ditempat yang selamat untuk beberapa saat.
  Buat keputusan apa yang patut diterima atau dipercayai. Anda tidak perlu menerima semua kenyataan yang dibuat mengenai diri anda, anda boleh memilih untuk menerima atau menolak kritikan tersebut, kerana anda sendiri yang lebih mengetahui tentang diri anda.

Belajar untuk menyukai diri sendiri.
Adalah BOLEH untuk menyukai diri anda dan menjadikan anda sahabat kepada diri anda.
Buatlah satu perkara baik setiap hari sebagai hadiah istimewa untuk diri anda.
Anda boleh bercakap perkara yang baik-baik tentang diri anda.
Anda boleh berhenti dari membuat perkara yang anda tidak sukai.
Anda tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai anda.
Belajarlah berkata "TIDAK"
Berkata "TIDAK" seumpama memberi hadiah kepada diri sendiri. Ia memberi masa, hak, ruang peribadi dan menghormati diri sendiri. Anda berhak untuk berkata tidak bila anda disuruh membuat perkara yang menyalahi undang-undang, tidak jujur atau yang bertentangan dengan kepercayaan anda dan ada kalanya anda perlu bertindak tegas. 

Rancang masa anda dengan baik.
Buat satu senarai semua perkara yang perlu dibuat dan amalkan.
Beri peruntukan masa yang bersesuaian dan laksanakan.
Kongsi masalah anda dan mendapat bantuan dari professional bila diperlukan.

Jangan simpan semua masalah dan kebimbangan diri anda.
Anda tidak bersendirian dan anda boleh berbincang dengan orang yang anda percayai. Mungkin mereka mengalami pengalaman yang serupa dan boleh memberi cadangan penyelsaian untuk anda.

Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.
Sentiasa pasrah/ redha dengan apa yang ada
Sentiasa jujur tanpa prasangka.

Berhati mulia.