Sabtu, 11 April 2020

ELAKKAN STRESS WAKTU BELAJAR DI MUSIM PKP!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam kasih sayang buat semua๐Ÿ˜

Hari ini, masuk hari yang ke 25 kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayuh terus kekal kita berada di rumah. Agar segera kita dapat hapuskan rantaian wabak Covid-19 ini. Semoga kita segera kembali pulih menjalankan aktiviti seperti sebelum ini.

Sememangnya wabak ini memberikan kesan yang besar kepada bukan sahaja kita rakyat Malaysia, malah seluruh penduduk dunia turut terkesan dengan wabak ini.

Namun, kita amat bertuah menjadi warganegara Malaysia, kerana kerajaan kita telah dan sedang melaksanakan tindakan-tindakan paling wajar demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua. Tak payah dulu fikir pasal nak ke sekolah kerana cikgu-cikgu anda ada menyediakan pelbagai bentuk video, nota, latihan dan bimbingan untuk anda kekal belajar di rumah.


Pesan Ummi… dengar dan patuh arahan kerajaan. Belajar dan buat latihan di rumah dengan panduan guru-guru anda.  Kekallah duduk di rumah… InsyaAllah kita semua akan selamat.
Dalam kita menjalani PKP ini, Ummi tidak nafikan ada yang akan merasa stress atau tertekan akibat terkurung di rumah. Di sini, ingin Ummi kongsikan beberapa tips untuk anak-anak Ummi jadikan panduan agar sentiasa kekal positif.


Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan bertenang dan belajar untuk rileks. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta merta, ia memerlukan masa. Setiap kali anda merasakan tekanan ataupun stress, cuba buat teknik pernafasan dalam (sedut udara dan hembus beberapa kali). Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.

i.                 Baca Al Quran. Firman Allah dalam Surah Toha:20:2; “Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” Allah telahpun memberikan panduan kepada kita untuk membaca Al Quran kerana semakin kita dekat dengan Al Quran, semakin mudahlah hidup kita. (Peringatan untuk diri Ummi sendiri juga untuk sentiasa amalkan setiap hari.)


ii.                Dengar muzik yang menyenangkan. Tidak dinafikan bahawa sesetengah muzik boleh memberikan ketenangan kepada anda. Cuba anda mendengar muzik instrumen ataupun muzik akustik berbanding dengan muzik yang sedang trending dalam radio. Hal ini kerana kebanyakab muzik pada zaman sekarang akan menyebabkan stress anda semakin teruk.

iii.               Mandi. Masukkan mandian yang wangi ataupun aromaterapi kedalam tab anda. Sekiranya anda tidak memiliki tab, anda boleh menggunakan sabun yang mempunyai wangi-wangian yang anda rasa boleh memberikan ketenangan kepada anda.

iv.               Memulakan diari ataupun jurnal peribadi. Dalam tempoh PKP ini anda boleh mulakan untuk mencatat apa perasaan anda dalam diari atau buku jurnal peribadi anda. Ingat!! Tulis dalam buku jurnal peribadi anda..bukan tulis di muka buku ya!. Catat apa-apa yang mengganggu anda, apa yang anda tidak suka, dan punca-punca yang menyebabkan anda stress. Ini merupakan cara alternatif kepada anda untuk meluahkan semua masalah dan tekanan diri.

Okay rasanya cukuplah dulu tips untuk hari ini. Apapun, dalam tempoh PKP ini ambillah peluang sebanyak mungkin untuk anda belajar di rumah jangan fikir dulu untuk ke sekolah…. Sebab di rumah pun kita oleh belajar dan Berjaya kalau kita mahu!
(gambar hiasan dari internet)
 Semoga anda berjaya!๐Ÿฅฐ


4 ulasan: