Selasa, 23 Februari 2021

PENTINGKAH SPM KEPADA PELAJAR?


 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sijil yang penting bagi setiap pelajar berwarganegara Malaysia. SPM adalah tahap sederhana (pertengahan) dari pencapaian pelajaran warganegara. Dilihat dari tempoh pengajlan yang dihabiskan  adalah lima tahun kedua selepas pengajian lima tahun pada peringkat rendah. Ertinya bagi mendapat  kelulusan SPM memerlukan tempoh biasa selama sepuluh tahun. Manakala bagi peringkat pengajian paling tinggi iaitu peringkat  Doktor Falsafah (phD) perlu tempoh normal sepuluh tahun lagi. Jadi, SPM berada pada bahagian tengah dari segi tempoh pengajian.

Banyak kepentingan kelulusan SPM. Antaranya:

1)   Kelulusan SPM yang baik diperlukan bagi menyambung pengajian kepada peringkat yang lebih tinggi.

2)   Kelulusan SPM kini menjadi syarat kelulusan akademik bagi  kebanyakan pekerjaan.

3)   Dengan kelulusan SPM yang cemerlang dapat diterima secara terus (tanpa STPM) bagi memasuki sesetengah pengajian di universiti.

Bagi orang yang tiada niat untuk melanjutkan pelajaran, memang bagi mereka merasakan SPM kurang penting.  Namun harus anda ingat, untuk  memohon pekerjaan di luar sana memerlukan sijil SPM. Pihak majikan akan meletakkan syarat kelayakan pelajaran terlebih dahulu. Hal ini bagi mengukur tahap kemampuan seseorang itu dalam sesuatu perkara. Contohnya, majikan akan tengok gred mata pelajaran untuk menilai adakah seseorang itu layak untuk berkerja dengan mereka. Majikan mesti lebih mengutamakan calon yang lebih layak berbanding calon yang kurang memuaskan mereka untuk bekerja.

Ada sesetengah orang berpendapat bahawa pendidikan tak semestinya melalui peperiksaan yang formal yang penting soft skills saja. Tapi sebenarnya pelajaran juga perlu seimbang antara akademik dan kemahiran. Jadi,  SPM sangatlah penting sebab ia macam satu kunci untuk kita rancang masa depan kita.

Oleh sebab itu, bagi anak-anak pelajar yang akan mengambil SPM nanti jangan mudah terpengaruh dengan kenyataan "SPM tak penting". Fokus pada SPM dan pilih subjek yang kamu minat dan letakkanlah target atau matlamat ke mana hala tuju kamu selepas SPM nanti dan kamu akan mencapai impian pada masa hadapan dengan lebih gemilang.

Semoga berjaya dengan cemerlang. 👌😉