Selasa, 19 Mei 2020

Nasihat Sebagai ubat

Salam ceria untuk anak-anak ummi semuanya...

Kita sering kali merasa sukar untuk mendengar kata-kata orang lain..kadang-kadang tidak tahu bagaimana untuk terima nasihat orang....atau mungkin merasakan nasihat orang lain selalunya tidak berguna.

Jika inilah yang anda rasakan...mungkin tips ini dapat membantu anda :-


  1. Jadilah seperti lembah yang rendah. Gunung yang tinggi tidak dapat menakung air, tetapi lembah yang rendah dapat menadah tasik. semakin rendah, semakin menadah ia. Begitu juga manusia. Ketepikan rasa ego dan bangga diri. Rendahkan diri buat seketika bagi 'menadah' nasihat-nasihat yang diberikan. Tidak kira siapa yang memberikan nasihat, ia tetap bernilai. Lembah tidak mengira air hujan, air sungai ataupun mungkin air kumbahan orang lain. Lembah tetap menadah dan terus menadah.
  2. Dedahkan diri kita kepada nasihat. Jangan sembunyikan diri kita daripada dinasihati. Berikan ruang komunikasi kepada semua orang untuk memperkatakan semua perkara. kita mungkin pernah mengkritik orang lain dan merasa idea kita jauh lebih baik. Begitu juga orang lain. Mana tahu idea mereka jauh lebih baik daripada kita. Mana tahu kita tidak sedar berapa banyak kesilapan yang kita lakukan.
  3. Anggap semua nasihat itu berguna. Tetapi tidak semuanya 'betul'. Biasanya nasihat diberi berdasarkan kepada pengalaman. Apabila pengalamannya adalah kejayaan, maka ikutilah nasihatnya. Apabila pengalamannya kegagalan, belajarlah daripada kesilapannya. Kita dapat mengambil manfaat daripada semua aspek, asalkan kita menganggap ia 'berharga' untuk diri.
  4. Yang pahit itu ubat, yang manis itu madu. Semuanya ada faedahnya. Tetapi, tidak semua yang pahit itu ubat. Ia mungkin getah yang beracun. Begitu juga yang manis tak semuanya madu. Sebab, kadang-kadang yang manis boleh menyebabkan kita menghidap penyakit kencing manis. Oleh itu berhati-hatilah dalam menerima nasihat daripada orang lain.
  5. Jangan jadi defensif. Sebaik sahaja menjadi defensif, kita cenderung menolak dan menyanggah semua  
Berlapang dada dan terimalah nasihat sahabat anda dengan hati yang terbuka. Kita tidak nampak diri kita melainkan kita suluh wajah kita dicermin. Sahabat yang baik adalah ibarat cermin yang dapat memberitahu dan menasihati kita ke arah yang lebih baik. Apa yang penting binalah hubungan yang baik dengan kawan-kawan yang positif. 

Sabtu, 16 Mei 2020

Perayaan Hari Guru 2020 Cara Baharu

Assalamualaikum dan Salam Mesra buat anak-anak semua

Hari ini seluruh Malaysia merayakan Sambutan Perayaan Hari Guru. Sebagaimana biasa, Hari Guru disambut pada tanggal 16 Mei namun bezanya kali ini sambutannya tidak secara bertemu muka hanya disambut atas talian, sambutan secara alam maya. 

Ummi percaya telefon bimbit guru-guru di Malaysia hari ini dipenuhi dengan kiriman Ucapan Selamat Hari Guru, ada yang mengirimkan foto yang kreatif dan tidak kurang juga video. 

Pada ruangan ini ingin ummi kongsikan video kiriman bekas anak didik ummi yang kini sudahpun bergelar mahasiswa. Jom kita saksikan 😊
Selamat Hari Guru buat semua guru-guru ummi dan juga semua guru di seluruh Malaysia. 
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu. 

Adios πŸ‘ŒπŸ˜‰

Khamis, 14 Mei 2020

BELAJAR CARA BAHARU TETAP PERLU ADA ADAB BERGURU

Assalamualaikum dan Salam Mesra buat semua


Pengumuman PM mengenai PKPB dilanjutkan lagi sehingga 4 minggu bermakna lambat lagi lah kita untuk kembali ke sekolah. Makna kata lain, kita masih lagi perlu terus belajar melalui Home Based Learning, belajar jarak jauh secara online bersama guru-guru anda.

Ummi terpanggil untuk berkongsi tajuk ini pada hari ini, berikutan rungutan dan sungutan daripada guru-guru yang kelas pembelajaran online semakin menyepi. Guru-guru terasa seolah-olah mengajar pokok kayu mati. Tiada respon dan feed back daripada pelajar. Jangan lah begitu wahai anak-anak harapan bangsa dan negara. Walaupun anda di rumah tidak berdepan dengan guru kamu, anda juga perlu jaga adab bersama guru. Adab berguru sangat ditekankan dalam Islam tak kiralah cara gaya manapun kamu belajar.


Di sini ingin ummi perturunkan antara adab berguru belajar norma baharu yang ummi petik daripada sahabat ummi, puan Shazura Akhmar;
  1. Beri salam kepada guru atau jawab salam guru anda (assalamualaikum/waalaikummussalam/selamat pagi) walaupun mereka tidak nampak anda. 
  2. Beri respon kepada makluman yang cikgu anda sampaikan contohnya Ya/Tidak, πŸ‘Œ, πŸ‘, Baik cikgu dan sebagainya.
  3. Jangan biarkan cikgu anda tertunggu-tunggu anda online. Hormati masa guru anda. 
  4. Jika anda diberi tugasan, siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru. 
  5. Pada akhir pengajaran, jangan lupa ucapkan Terima kasih cikgu, TQ, πŸ₯°. 
Rasanya bukannya susahpun kan. Anda sendiri pun tentunya tidak suka kalau diblue tick oleh kawan-kawan kan πŸ˜‰
Gambar kenangan yang diambil pada Januari 2020 bersama Mantan Pengetua. Tidak semoat nak bergambar ramai-ramai macam ni bersama Pengetua Baru 😒

Akhir kata untuk hari ini... jangan lupa, dua hari lagi hari keramat semua guru-guru di Malaysia. Jangan lupa ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru anda. Ummi sendiripun ada guru-guru yang mendidik ummi hingga sampai ke tahap ini. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang telah mendidikku, dan panjatan doa buat semua yang telah pergi termasuklah guru pertama ummi, almarhum Cikgu Yahya Mohamed, ayahanda ummi yang dikasihi semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan semua guru-guru ummi, semoga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman... aamiin.


Khamis, 7 Mei 2020

AYUH TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

Alhamdulillah pengumuman PKPB sedikit sebanyak menampakkan tanda-tanda yang wabak covid19 semakin pulih. Namun begitu kita masih lagi perlu stay at home. Masih lagi belum boleh ke sekolah. 

Bagi anak-anak calon SPM dan STPM jangan buang masa. Teruskan belajar.Ayuh kita teruskan perjuangan! Biarpun tarikh peperiksaan dilanjutkan namun anda semua perlu bersedia awal untuk menjejak jaya.

Anda perlu persediaan yang cukup untuk berjuang dan anda perlu berani untuk menghadapi ujian dan halangan. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentang bukan melemparkan kita ke bawah, sebaliknya menaikkan. Ummi tahu belajar di rumah sememangnya banyak ujian dan halangan tetapi bagi orang yang benar-benar tekad dia akan jadikan halangan itu sebagai satu cabaran untuk dia lebih berusaha dan berjaya.

Untuk mencapai sebuah kejayaan kita perlu korbankan beberapa perkara lain. Ingat... susah dahulu senang lenang kemudian.

Selamat maju jaya... πŸ‘ŒπŸ˜‰

Selasa, 5 Mei 2020

AKTIVITI SANTAI YANG BOLEH MERANGSANG MINDA

Assalamualaikum dan Selamat Kekal Di Rumah buat semua 

Kita masih lagi berada dalam Fasa 4 PKP. Masih lagi perlu kekal berada di rumah. Stay home. Stay safe. InsyaAllah kita doakan rantaian covid19 dapat segera putus dengan cepat dan wabak ini berakhir. 

Tentunya anda terasa bosan tidak dapat keluar rumah dan tidak dapat ke sekolah seperti biasa. Ummi juga rindu untuk beraktiviti seperti biasa tetapi sabar dulu kerana kita masih lagi dalam perjuangan berjuang memutuskan rantaian covid19 ini. 

Hari ini ummi nak  cadangkan 3 aktiviti yang pastinya selamat dan santai untuk membantu anda kekal aktif dan bermanfaat untuk perkembangan minda anda.

1- Bermain Permainan Board Games Interaktif

      Antara permainannya adalah seperti sahiba, monopoly, jutaria, saidina, risk, chess, congkak dan sebagainya. 

Secara tak langsung, aktiviti ini membantu anda berfikir secara kreatif dan kritis ketika membuat keputusan.

2- Aktiviti Mewarna

     Aktiviti ini dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan anda sehingga anda dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini. Apakata kalau anda penat belajar, luangkan sedikit masa anda untuk mewarna. Tentu seronok kan?



3- Bercerita menggunakan role play

     Permainan role play ini baik untuk melatih anda akan peranan orang lain. Ajak adik atau kakak anda untuk bermain permainan ini. Anda boleh bawak watak cikgu, watak mak cik kiah atau siapa saja. Pasti seronok. Permainan ini dapat melatih anda berkomunikasi dengan baik dan sangat digalakkan mempelbagaikan penggunaan bahasa anda. Cuba gunakan bahasa yang standard bagi memperkembangkan lagi Bahasa Melayu anda. Begitu juga jika anda menggunakan Bahasa Inggeris sudah pasti akan dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap. 

Ummi harap anak-anak ummi ada aktiviti yang sihat untuk dibuat pada masa lapang sepanjang PKP ini. 

Semoga bermanfaatπŸ˜‰πŸ‘Œ

Isnin, 4 Mei 2020

DISIPLIN PENTING DALAM HIDUP

Assalamualaikum & salam kejayaan buat semua

Hari ini ummi hendak menulis tentang disiplin. Sebut tentang perkataan Disiplin  ramai pelajar yang tidak suka, kenapa ya? Ada banyak alasan atau dalih yang membuat orang kita khusus anak-anak pelajar yang tidak suka untuk  menetapkan  aturan hidup dengan cara yang berdisplin. Namun sebenarnya, jika sudah terbiasa menerapkan disiplin dalam hidup, maka karakter kita akan terbentuk dengan sendirinya, dan akan memudahkan kita menjadi orang yang berjaya.
Melaksanakan tugasan sebagaimana yang dirancangkan pasti akan berjaya. 

Sebenarnya apa makna disiplin dalam hidup kita, dan apa pentingnya penerapan disiplin itu?

 Disiplin Membuat Tugas Kita Selesai Tepat Waktu
Perkara pertama yang wajib kita fahami mengenai disiplin adalah: Disiplin tidak pernah menjadi suatu batasan,  disiplin sebenarnya membantu kita untuk menyelesaikan tugas (sama ada besar ataupun kecil) sesuai dengan batasan waktu yang ada.
Dalam hal ini, anda dapat mulai membiasakan diri untuk menetapkan batasan waktu pada apa yang anda lakukan, sekalipun itu terlihat tidak perlu. Anda akan mendapati tugasan anda akan jadi bertambah baik dan lancar. 
Memang awalnya ianya memerlukan pengorbanan, namun bila anda  sudah biasa menerapkannya, maka semua akan terasa ringan, sementara tugas-tugas kita akan selesai mengikut apa yang kita target, bahkan melebihinya lagi. πŸ‘

 Disiplin Memberi Anda Kekuatan untuk Mengendalikan Hidup
 Contohnya anda ada target tertentu untuk dicapai seperti target untuk turun berat badan, diet, menabung, menyelesaikan membaca novel, bahkan menyiapkan tugasan.  Setelah berhasil mempertahankan tekad untuk melakukan tugas-tugas berat tersebut, dan benar-benar melakukannya, anda akan menemukan diri sendiri menjadi lebih kuat. Tidak ada lagi rasa bosan atau pun penyesalan kerana melewatkan sesuatu di hari ini. Anda pastinya akan bersemangat menantikan hari esok sambil membuat susunan jadual yang harus dikerjakan untuk esok hari. Semakin banyak pencapaian, semakin banyak pula halangan, semakin terlatih pula anda untuk hidup disiplin.
Yang menarik adalah, anda akan merasa ketagih pula untuk membuat perincian tugas yang harus diselesaikan hari ini, esok, dan juga jangka waktu panjang. Jangan pernah meragukan kemampuan  anda dalam hal ini sebelum anda mencubanya lebih dulu.

Disiplin Membawa Kebahagiaan
 Seharian belajar atau mengulangkaji pelajaran  mungkin akan menghadapkan anda kepada rasa jenuh serta kekuatan  fizikal tubuh yang menurun. Tetapi lain pula jadinya jika anda memiliki sikap disiplin diri yang tinggi. Hal tersebut secara automatik akan memberi kekuatan mental, dan hati akan bersemangat untuk menyelesaikan semua rintangan dengan baik.
Tidak ada lagi kata bosan atau rasa berat yang anda rasakan ketika bangun pagi, malahan akan timbul perasan senang kerana  anda tidak sabar untuk  mula menyelesaikan tugasan baru.

Disiplin Mengajarkan untuk Anda Mulakan Tugas  pada Waktu yang Tepat.
Ada kalanya kita mengalami kegagalan. Namun dengan adanya disiplin dalam diri, maka kegagalan tersebut tidak akan pernah menjadi sebuah batu halangan . Anda boleh merancang tugasan anda dengan lebih matang, serta melakukannya pada waktu yang tepat. Bila harus bekerja, bila harus belajar, bila pula waktunya bermain dan bersenang-senang.
Dengan disiplin dalam diri, kita akan terus berusaha meningkatkan hasil yang kita perolehi sebelumya. Tidak pernah menyerah, hingga batas akhir dan mendapatkan apa yang kita cita-citakan dalam hidup.

Disiplin Melekat Kuat kepada Apa Yang Ada Rencanakan
Selama kita menjalankan gaya hidup yang berdisplin, kita tidak akan merasa terganggu atau tertekan, kerana disiplin dan tujuan hidup kita akan berjalan beriringan. Disiplin hanyalah melekat pada perencanaan hidup kita. Maka secara automatik,  jika kita tidak memiliki perancangan hidup, maka tidak akan ada disiplin yang kita kerjakan. Begitulah sebaliknya, jika kita tidak ada disiplin dalam apa yang kita rancangkan, akan membawa kita kepada sia-sia belaka, sama halnya dengan bermimpi tanpa terbeban untuk melakukan suatu tindakan demi mewujudkannya menjadi nyata.

Begitu juga dalam halnya kita untuk mencapai kemenangan melawan wabak covid19 ini. Jika kita semua rakyat Malaysia akur kepada arahan pemerintah, patuh dan berdisiplin dalam mengamalkan cara hidup baharu, InsyaAllah kita mampu MENANG πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Bila semua masyarakat mengamalkan disiplin diri yang tinggi akan cepat kita bebaskan rantaian wabak ini dan kita akan kembali pulih seperti dulu.

Selamat maju jaya daripada ummi... semoga kita menang. Kita jaga kita.