Isnin, 4 April 2016

KITA SEBAGAI HAMBA ALLAH

Pesan ummi untuk anak-anak tersayang....

Ingatlah asal usul kita... Kita berasal daripada setitis air yang tidak bererti. Lalu Allah jadikan ia segumpal darah. Dijadikan pula daripadanya seketul daging lalu membaluti setiap tulang yang ada di tubuhmu. Akhirnya, ditiupkan roh ke jasadmu dan dijadikan kamu insan yang mempunyai erti.

Sebagai hamba, kita wajib melaksanakan setiap amalan yang telah dipertanggungjawabkan. Jadikanlah wasiat Junjungan besar Nabi Muhammad, iaitu Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan dan peganganmu. Ikutilah segala tuntutan dan tinggalkan segala laranganNya.

Ketahuilah,walau di mana-mana saja kita berada, kita tetap berpijak di bumi Tuhan berbumbungkan langit Tuhan dan menikmati segala rezeki kurniaan Tuhan. Sanggupkah dirimu  engkar, tidak patuh pada setiap suruhanNya setelah Dia memberikan segala nikmat yang tak terhitung kepadamu?

Firman Allah yang bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka memperhambakan diri kepadaKu" (Surah Az Zariyat 51:56)

Sedarlah anak-anakku bahawa Allah menciptakan kita hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaNya....bukannya hidup sesuka hati menurut kehendak nafsu yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan...

Semoga anak-anak ummi semuanya dilimpahi nikmat dan rahmat Allah serta dikurniakan hidayahNya dan seterusnya berjaya dunia akhirat

Ahad, 3 April 2016

Salam Ceria untuk semua...


Sudah agak lama ummi tak update blog... Kali ni rasa tergerak hati untuk mulakan semula jari-jemari Ummi kembali menari-nari di atas keyboard ini.

Setiap hari Ummi diajukan pertanyaan yang hampir sama daripada anak-anak murid Ummi, khususnya pelajar-pelajar yang sedang dalam dilema dalam memohon UPU. Pesan ummi, buatlah pilihan yang terbaik... Untuk pemilihan ke Universiti Awam (UA) melalui UPU, pilihan 12 itu diambil kira berdasarkan;

  1. Merit
  2. Syarat Am
  3. Syarat Khas
  4. Lulus Temuduga 
  5. Kekosongan tempat 
Ada masa berbaki 2 hari sahaja lagi untuk anda mengemaskini UPU....
Semoga anda semua selamat