Rabu, 29 April 2020

KITA MASIH DALAM PKP: PATUH DAN TAATILAH ARAHAN PEMERINTAH

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua

Hari ini hari pertama kita masuk ke Fasa ke empat Perintah Kawalan Pergerakan bagi mencegah pandemik covid-19.

Kredit gambar Harian Metro 

Perkhabaran gembira ummi dengar tentang pengisytiharan negeri Kelantan merupakan negeri kedua Zon Hijau. Walaupun Kelantan diisytiharkan zon hijau namun kita masih tetap kena stay safe at home. Tunggu dan dengar arahan pemerintah. Pihak kerajaan telah dan sedang merancang pelbagai cara untuk mencegah dari penularan wabak covid-19 ini. Kita tidak mahu jadi seperti sesetengah negara yang cepat mengakhiri lockdown tapi kemudiannya wabak covid19 kembali menggila. Wai ‘iyazubillahi min zaalik.

Taat dan patuhlah kepada arahan pemerintah kerana ianya wajib kita patuhi. Wajib patuh kpd pemerintah.

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemerintah) di antara kamu.” (QS. An Nisa’: 59)

Ibnu Abi ‘Izz dalam Syarah Aqidah Thahawiyah, berkata, “Hukum mentaati ulil amri adalah wajib (selama tidak dalam kemaksiatan) walaupun mereka berbuat zalim,  kerana kalau keluar dari ketaatan kepada mereka akan menimbulkan kerosakan yang berlipat ganda dibanding dengan kezaliman penguasa itu sendiri.” (Lihat: Syarh Aqidah At Thahawiyah, hal. 381)

Jadi, just stay safe at home. Kekal duduk di rumah sambil itu jangan lupa belajarlah dengan cara baharu dengan pandian dan bimbingan guru-guru anda melalui atas talian. 

Sayang anak-anak ummi... Semoga berjaya.😊

Selasa, 28 April 2020

KITA MASIH DALAM PKP. KEKAL BELAJAR JANGANLAH JEMU

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang buat semua 😊

Apa khabar anak ummi semuanya? Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ini merupakan fasa 3 yang terakhir. Maknanya, esok masuk fasa ke 4 kita dalam PKP ini. 

Rindu nak ke sekolah? Sabar lah dulu ya. Kita duduk di rumah, stay home, stay safe tapi dalam pada itu kita kekal belajar di rumah. Jangan sibuk nak ke sekolah tapi cuba usahakan diri untuk terus belajar. InsyaAllah nanti akan tiba masamya kita dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Cuma buat masa ini kita kena banyakkan bersabar dengan ujian Allah ini.

Saya percaya ramai anak-anak pelajar kini dah mula rindu nak ke sekolah...kan??😊

 Allah beri dugaan setimpal dengan kemampuan kita.. Kerana Dia yang menciptakan kita, Dia jugalah yang lebih mengetahui keupayaan kita. Allah juga tidak pernah menzalimi diri kita tetapi kitalah yang sering menganiaya diri kita sendiri.

Aturan Allah semuanya sempurna dan tiada sedikit pun yang pincang. Tapi kita manusia sering saja bertindak di luar batasan. Suruhan Allah tidak kita patuhi, larangan Allah pula kita langgar sesuka hati kita. Sudahnya, diri kita sendiri yang terhukum. Menanggung akibat dari setiap apa jua yang telah kita lakukan. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Seandainya bukan di dunia, akhirat setia menanti.

Belajar jangan berhenti wahai anak-anakku.  Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Belajar dari mereka yang dekat dengan kita, belajar dari mereka yang terlebih dahulu mengenal dunia. Belajar dari setiap apa jua yang berlegar dari sekeliling kita, mengambil ibrah dari setiap peristiwa. Belajar dari buku dan kitab, dari Al-Quran. Belajar dari alam, ciptaan Ilahi yang pelbagai. Buat anak-anak pelajar sekolah belajarlah dengan guru-guru mata pelajaranmu yang disalurkan melalui atas talian. Belajar cara baharu.  Jadi, belajar janganlah jemu. Buatlah ulangkaji, buat latihan demi latihan untuk perbaiki prestasi mata pelajaran khususnya yang lemah. Latihan matematik wajib buat tiap-tiap hari. 

Ingat ya... jika lemah atasilah kelemahan itu. Jika lelah carilah tempat untuk berpaut. Kemudian teruskan langkah. Jika kalah jangan terus mengalah. Berlari lebih laju. Jika gagal jangan terus menyerah. Ubah strategi.

Belajar untuk menjadi lebih baik, jangan berputus asa. Wahai anak-anak harapan bangsa dan negara. Belajarlah lagi.

Nah... ummi up lagi gambar untuk hilangkan rindu kat sekolah 😊

Semoga kita akan cepat kembali pulih seperti sedia kala. 
Salam sayang daripada ummi 😘

Isnin, 27 April 2020

BAGAIMANA CARA UNTUK ATASI MALAS BELAJAR DI MUSIM PKP?

Assalamualaikum dan Salam Mesra buat semua... 

Kita masih lagi dalam PKP. Jadi, semua orang tidak boleh ke sekolah belajar seperti biasa. PM dah umum yang murid-murid kena belajar secara Home Based Learning. Belajar Cara Baharu. Tapi masalahnya, ada lagi pelajar-pelajar yang tak belajar yang tak buat apa-apa ni dekat rumah. Jangan malas-malas ya! Tiada alasan untuk berjaya. Ingat tu 👌😊

Ummi ada cara untuk bantu anda dalam mengatasi sifat malas. Berikut adalah langkah-langkah untuk anda atasi rasa malas:

1. Kenali Masalah Utama
Setiap kali anda berasa malas, ia mesti disebabkan oleh sesuatu, betul? Sifat malas ini adalah simptom, bukannya masalah itu sendiri.
Jadi cuba tanya diri sendiri, kenapa anda tidak mempunyai semangat dan motivasi? Adakah anda sudah letih, penat, tidak berpuas hati, takut, sakit dan sebagainya?

Kenalpasti kenapa anda berasa seperti itu dan kemudian berdepan dengannya, jangan larikan diri.

2. Selesaikan Masalah Utama
Setelah anda mengenalpasti punca sikap malas itu, cuba selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu, barulah anda fokus apa yang anda ingin lakukan.

Ia mungkin sukar, tetapi jika tidak diselesaikan, sampai bila anda nak berterusan macam ini. Sila pertimbangkan beberapa contoh ini:
 • Jika anda penat, cuba rehatkan diri. Setiap orang perlukan masa untuk mereka sendiri.
 • Jika anda tidak pandai, dapatkan bantuan daripada sesiapa yang pandai.
 • Jika anda tidak bersemangat dan putus asa, cuba dapatkan kembali semangat tersebut dengan mengubah tempat kerja, ubah persekitaran dan sebagainya.

3. Sediakan To-Do-List
Anda boleh membuat to-do-list, hal ini dapat membantu anda menjadi lebih teratur. Apabila membuat senarai ini, ianya perlulah logik, releven dan sesuai dengan jangka masa yang diperuntukkan.
Sediakan senarai itu sehari atau seminggu lebih awal agar anda lebih senang untuk mengatur masa dan cuba pastikan anda terikat dengan jadual tersebut.

4. Mulakan Sesuatu Walaupun Sedikit
Semua perkara mesti ada permulaannya, jika anda inginkan sesuatu perlulah bermula dari sekarang, walaupun ianya sedikit.
Namun, untuk bergerak dan memulakan sesuatu itulah yang paling susah. Tetapi apabila sudah mula bergerak sedikit demi sedikit, lama-lama anda akan terbiasa dan akan nampak hasilnya.
Jika anda masih malas dan banyak berikan alasan, semakin sukar bagi anda untuk memulakan sesuatu. Jadi mulalah lakukan sesuatu!


5. Tinggalkan Apa Jua Penghalang
Antara sebab kita menjadi malas adalah disebabkan oleh gangguan, contohnya seperti gadget, media sosial, permainan dan sebagainya. Tiada masalah menggunakannya, cuma kalau tidak secara terkawal, ia boleh memakan diri sendiri.
Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengatur masa, bila boleh bersosial dan bila boleh bermain game. Matikan phone apabila sedang melakukan kerja, agar tidak mudah diganggu dengan notifikasi dan sebagainya.

6. Disiplinkan Diri
Jangan berhenti rehat jika tidak perlu. Siapkan terlebih dahulu tugasan yang anda perlu siapkan, kemudian ambillah rehat sekejap sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.

Disiplin perlu memainkan peranan yang penting dalam kes ini, dan juga paling sukar buat pertama kali. Sila lakukan apa yang anda sudakh  senaraikan dalam To-Do-List yang ada sudah buat.

7. Jangan Sesekali Berputus Asa
Sekali lagi, hidup ini bukannya lurus dan ada kalanya ia bengkok, ada kalanya ia bergunung-ganang. Apa jua yang berlaku, jangan berputus asa dengan apa kerjaya yang anda ingin usahakan.
Kerap ingatkan diri sendiri betapa jauh yang anda ingin capai dalam kerjaya anda. Dapatkan nasihat pakar sekiranya boleh. Jangan biarkan usaha anda selama ini disia-siakan.


Tips Tambahan Menghilangkan Sifat Malas

 1 Kerap ingatkan diri tentang matlamat, dan kenapa anda membuat sesuatu perkara tersebut dan cuba bayangkan kesan jika anda berputus asa.

 2 Bekerja dengan orang yang rajin, ia boleh mengelakkan anda daripada menjadi malas.

 3 Tidur awal, bangun awal.

 4 Cuba minum air yang sejuk apabila anda rasa malas kerana ia boleh meransang otak anda, meningkatkan pergerakan badan, lantas melakukan kerja.

 5 Guna teknik 20/10 yang di mana 20 minit anda lakukan sesuatu tugasan dan 10 minit adalah masa untuk rehat. 45/15 juga boleh digunakan.


Kesimpulan

Untuk menghilangkan sifat malas dalam diri adalah 100% bergantung pada individu itu sendiri.
Ia bermula dengan matlamat hidup yang dia ingin capai, dan terus berusaha untuk mencapainya.

Jangan malas-malas ya. Ingat, kita masih lagi dalam PKP. Masih lagi tifak boleh ke sekolah. Jadi anda perlu belajar di rumah. Semoga anda tidak ketinggalan. Anda juga boleh berjaya jika anda mahu!

 Salam mesra daripada ummi 😉

Selasa, 21 April 2020

AYUH! PUTUSKAN RANTAIAN WABAK COVID-19

KITA MAMPU LAKUKANNYA 👍🏾


Sama-sama kita teruskan duduk rumah dan patuhi arahan PKP serta sentiasa menjaga kebersihan seperti yang disarankan oleh kerajaan agar penularan wabak #COVID19 dapat diputuskan.

Isnin, 20 April 2020

Ingat Allah... hati akan tenang!


Assalamualaikum & Salam B’ Wangsa buat anak-anak didik tercinta...

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"  ( surah Ar-Ra'd  ; 28 )

Jadi... anak-anak didik sekalian, rindu nak gi sekolah?  Sabarlah ya.  macamana rindu membuak dada sekalipun anda mesti Stay at Home! Kekal belajar di rumah supaya kita boleh bebaskan rantaian wabak Covid-19 dengan cepat dan kita bakal kembali ke sekolah seperti sebelum ini.

Jaga diri... jangan stress. Banyakkan beribadah... ingat Allah... InsyaAllah hati akan tenang 😘



Ahad, 19 April 2020

JOM BANTU IBUBAPA DI RUMAH SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Assalamualaikum dan salam mesra



Kita telah masuk ke Fasa ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani wabak Covid-19. Wabak ini  telah membantutkan hampir 90% tugasan harian kebanyakan individu di seluruh dunia. Sekolah ditutup, ibu bapa perlu melakukan tugasan kerja di rumah, malahan hubungan sosial dan pergerakan terbatas.



Hal ini, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada semua individu, tidak kiralah anak kecil mahupun individu dewasa, termasuk juga golongan ibu bapa.



Apa yang membimbangkan adalah bila mana tekanan yang dihadapi golongan ibu bapa turut memberikan impak kepada anak-anak.



Pesan Ummi buat anak-anak, cuba elakkan daripada menimbulkan ketegangan kepada ibubapa anda. Bagaimana caranya?  Anda boleh ringankan beban ibubapa dengan membantu mereka di rumah.



Banyak benda yang boleh anda lakukan untuk ringankan beban ibubapa anda.


  1. Tolong Ibu memasak. Sepanjang cuti PKP ini, anda ada banyak masa lapang selain belajar secara online melalui Home Based Learning yang cikgu-cikgu anda usahakan. Seusai anda belajar, bolehlah anda bantu Ibu anda memasak. Anda tentu akan rasa seronok kerana berpeluang untuk belajar memasak dan mungkin boleh mencuba pelbagai resepi baru bersama ibu anda.
  2. Tolong cuci pinggan mangkuk. Bila dah memasak tu tentunya ada banyak pinggan mangkuk yang perlu dicuci buka. Sebagai anak yang baik, basuhlah pinggan mangkuk tanpa disuruh. ini akan menyenangkan hati ibu anda selepas penat seharian di dapur.
  3. Tolong kemaskan bilik tidur. Lipat selimut anda dan kemaskan tempat tidur bebaik sahaja anda bangun setiap hari. 
  4. Tolong jemur dan lipat baju. Rasanya tugas ini tak lah berat untuk anak-anak lakukannya kan. Menjemur kain bukannya ambil masa yang lama begitu juga dengan melipat baju. Anda boleh santai-santai tolong lipat kain baju sambil anda menonton televisyen bersama keluarga. Tentu seronok bukan.
Hmmm apa lagi yang boleh anda tolong?? Tanyalah ibu ayah anda. Ada tak apa-apa yang boleh saya tolong? Sudah tentu pertanyaan ini akan mendatangkan rasa bahagia di hati ibu ayah anda. Jadi, apa lagi? 
Petua HEBAT untuk Ibubapa semasa PKP

SENAMAN DI RUMAH.

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang buat semua 😍

Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan stress-stress jangan moody-moody ya! Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah bertujuan untuk membasmi penularan wabak Covid-19.

Ramai yang ummi dengar rungutan dan keluhan yang dibuat melalui laman sosial yang merungut hanya bangun, makan dan tidur, sekali gus bimbang akan kenaikan berat badan dalam tempoh ini. Alasan mereka tidak dapat keluar jogging, berzumba atau ke gym seperti yang biasa mereka buat sebelum ini.

tiada alasan untuk anda tidak bersenam

Bagaimanapun, sebenarnya dengan duduk di rumahpun ada boleh bersenam bagi mengekalkan anda kekal sihat dan cergas. Ummi sendiripun baru sahaja selesai berzumba sendiri di rumah.  Anda pun boleh lakukan 4 senaman ringkas waktu pagi yang akan ummi kongsi di bawah ini yang sememangnya banyak manfaat kepada anda.

Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi:
 • Meningkatkan kecergasan otak.
 • Menguatkan sistem ketahanan tubuh.
 • Meredakan sakit kepala.
 • Elak stress.
 • Meningkatkan daya konsentrasi / fokus
 • Membantu membentuk tubuh ideal.
 • Menyihatkan jantung.
 • Memperlambatkan proses penuaan semulajadi.

4 Senaman Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Setiap Pagi, 6 Minit Saja!

1. Squats

Salah satu kebaikan senaman squats adalah ia sangat berkesan untuk membakar lebih banyak lemak. Lebih banyak otot yang anda ada di tubuh anda, lebih banyak kalori anda akan membakar semasa latihan dan semasa berehat.


2. Push Ups

Senaman push-ups membantu menguatkan otot. Apabila anda lakukan push up, dengan automatiknya anda sedang menguatkan otot-otot di bahagian lengan, peha, betis dan abdomen.


3. Plank

Selain menguatkan otot abdomen, senaman plank boleh mengurangkan risiko kecederaan di bahagian belakang dan tulang belakang (spine). Peningkatan metabolisme juga akan berlaku kerana terdapat lebih dari 1 otot yang terlibat semasa melakukan plank.


4. Bicycle Crunch

Senaman bicycle crunch ini menguatkan otot perut. Ia juga sangat cepat untuk membakar kalori tubuh.

Semoga senaman ini dapat melegakan stress anda dalam masa anda kekal di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Ahad, 12 April 2020

Home Based Learning Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam B’ Wangsa buat semua

Sekadar gambar hiasan (bukan gambar ummi ni ye 😆)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home-based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya akan dilakukan secara berterusan sehingga sesi persekolahan dibuka semula.

"Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.

"Walaupun keadaan di negara kita InsyaAllah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada 10 April yang lalu.

"Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya. Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah," ujar Perdana Menteri kita yang sangat prihatin.

Ummi harap anak-anak pelajar sekalian dapat menerima konsep pembelajaran di rumah ini dengan hati yang lapang kerana walaupun dalam keadaan PKP ini kita tetap perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Teruskanlah kekal dan belajar di rumah agar anda tidak tertinggal ke belakang.

Buat Kerja Sekolah di Rumah yang Diberikan oleh Cikgu

Ummi percaya majoriti ramai guru kelas mewujudkan group whatsapp / telegram untuk para pelajar.  Melalui konsep Home Based Learning yang disenut oleh PM baru ini, cikgu-cikgu matapelajaran setiap hari akan  memberikan kerja sekolah yang perlu dilakukan di rumah. Jadi, anak-anak pelajar tetap dapat belajar dan teruslah belajar biarpun hanya di rumah kerana kita tidak dapat jangka bila wabak ini akan benar-benar pulih.

salam sayang daripada ummi 🥰🥰🥰

Sabtu, 11 April 2020

ELAKKAN STRESS WAKTU BELAJAR DI MUSIM PKP!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam kasih sayang buat semua😍

Hari ini, masuk hari yang ke 25 kita dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ayuh terus kekal kita berada di rumah. Agar segera kita dapat hapuskan rantaian wabak Covid-19 ini. Semoga kita segera kembali pulih menjalankan aktiviti seperti sebelum ini.

Sememangnya wabak ini memberikan kesan yang besar kepada bukan sahaja kita rakyat Malaysia, malah seluruh penduduk dunia turut terkesan dengan wabak ini.

Namun, kita amat bertuah menjadi warganegara Malaysia, kerana kerajaan kita telah dan sedang melaksanakan tindakan-tindakan paling wajar demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua. Tak payah dulu fikir pasal nak ke sekolah kerana cikgu-cikgu anda ada menyediakan pelbagai bentuk video, nota, latihan dan bimbingan untuk anda kekal belajar di rumah.


Pesan Ummi… dengar dan patuh arahan kerajaan. Belajar dan buat latihan di rumah dengan panduan guru-guru anda.  Kekallah duduk di rumah… InsyaAllah kita semua akan selamat.
Dalam kita menjalani PKP ini, Ummi tidak nafikan ada yang akan merasa stress atau tertekan akibat terkurung di rumah. Di sini, ingin Ummi kongsikan beberapa tips untuk anak-anak Ummi jadikan panduan agar sentiasa kekal positif.


Salah satu cara mengatasi masalah stress adalah dengan bertenang dan belajar untuk rileks. Namun, jangan berharap tekanan tersebut akan hilang serta merta, ia memerlukan masa. Setiap kali anda merasakan tekanan ataupun stress, cuba buat teknik pernafasan dalam (sedut udara dan hembus beberapa kali). Ulang sehingga rasa tekanan tersebut hilang.

i.                 Baca Al Quran. Firman Allah dalam Surah Toha:20:2; “Kami tidak menurunkan Al Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.” Allah telahpun memberikan panduan kepada kita untuk membaca Al Quran kerana semakin kita dekat dengan Al Quran, semakin mudahlah hidup kita. (Peringatan untuk diri Ummi sendiri juga untuk sentiasa amalkan setiap hari.)


ii.                Dengar muzik yang menyenangkan. Tidak dinafikan bahawa sesetengah muzik boleh memberikan ketenangan kepada anda. Cuba anda mendengar muzik instrumen ataupun muzik akustik berbanding dengan muzik yang sedang trending dalam radio. Hal ini kerana kebanyakab muzik pada zaman sekarang akan menyebabkan stress anda semakin teruk.

iii.               Mandi. Masukkan mandian yang wangi ataupun aromaterapi kedalam tab anda. Sekiranya anda tidak memiliki tab, anda boleh menggunakan sabun yang mempunyai wangi-wangian yang anda rasa boleh memberikan ketenangan kepada anda.

iv.               Memulakan diari ataupun jurnal peribadi. Dalam tempoh PKP ini anda boleh mulakan untuk mencatat apa perasaan anda dalam diari atau buku jurnal peribadi anda. Ingat!! Tulis dalam buku jurnal peribadi anda..bukan tulis di muka buku ya!. Catat apa-apa yang mengganggu anda, apa yang anda tidak suka, dan punca-punca yang menyebabkan anda stress. Ini merupakan cara alternatif kepada anda untuk meluahkan semua masalah dan tekanan diri.

Okay rasanya cukuplah dulu tips untuk hari ini. Apapun, dalam tempoh PKP ini ambillah peluang sebanyak mungkin untuk anda belajar di rumah jangan fikir dulu untuk ke sekolah…. Sebab di rumah pun kita oleh belajar dan Berjaya kalau kita mahu!
(gambar hiasan dari internet)
 Semoga anda berjaya!🥰


Khamis, 2 April 2020

7 langkah penjagaan diri di rumah yang patut anda buat bagi mengelakkan stress.


Mungkin ketika kali pertama PKP diumumkan, bermula 18 hingga 31 Mac 2020, anda masih tidak berasa tekanan. 2 minggu sahaja perlu membataskan pergerakan. Tetapi apabila perintah itu dilanjutkan sehingga 14 April 2020, pastinya ada di antara anda mula berasa tertekan. Semuanya mula menjadi serba tidak kena. Lebih-lebih lagi jika anda duduk berseorangan. Hari-hari tengok drama dan filem di televisyen pun boleh tambah stress!

Jadi bagaimana untuk mengatasi keadaan ini? Jangan risau sudah tentu ada cara dan langkah penjagaan diri yang boleh dilakukan.


Langkah penjagaan diri di rumah

Tekanan dan kegelisahan berdepan tempoh perintah kawalan bersama berita-berita berkaitan kes Covid-19 pastinya tidak boleh dielakkan. Namun, ia tidak bermakna anda harus membiarkan diri terus dilanda tekanan mental.

Berikut 7 langkah penjagaan diri di rumah yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan diri terus mengalami tekanan dan kegelisahan.

1. Dapatkan maklumat sahih

Dengan kemudahan dan kemajuan teknologi, kita boleh mendapat pelbagai maklumat dengan cepat dan mudah. Segalanya di hujung jari, bukan? Tetapi dalam masa yang sama, kemajuan ini juga boleh menyebabkan kebanjiran maklumat yang adakalanya tidak sahih sama sekali. Kesannya, apabila anda terbaca info yang tidak tepat, ia cenderung menyebabkan anda lebih tertekan dan mengalami kegelisahan malahan mungkin ketakutan. Jadi, bagi mengelakkan sebarang masalah yang  tidak diingini, namun dalam masa yang sama ingin terus up to date dengan isu Covid-19, pastikan anda mendapatkan maklumat daripada sumber sahih seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


2. Bataskan maklumat tentang Covid-19

Tiada salah untuk kekal up to date. Tetapi anda dinasihatkan untuk membataskan jumlah pendedahan liputan media yang anda baca. Memantau secara berterusan sebarang kes dan berita di media tentang Covid-19 akan meningkatkan rasa bimbang dan tertekan dalam diri. Ada masanya anda perlu rehatkan diri. Wujudkan sempadan berapa banyak berita perlu anda baca, tonton atau dengar setiap hari bagi membolehkan anda untuk menumpukan perhatian kepada kehidupan dan mempunyai kawalan terhadap diri. WHO mencadangkan untuk mendapatkan maklumat sahih bagi mempersiapkan dan mengambil langkah praktikal untuk melindungi diri dan keluarga anda.


3. Penjagaan diri

Langkah penjagaan diri di rumah seterusnya paling utama sepanjang tempoh perintah kawalan untuk menjaga diri sendiri. Ia termasuklah dengan memfokuskan kepada perkara yang boleh anda kawal seperti penjagaan kebersihan diri. Selagi boleh, kekalkan tabiat rutin penjagaan diri dan aktiviti normal seperti pengambilan makanan berkhasiat, dapatkan tidur secukupnya dan lakukan perkara yang anda gemari, contohnya berkaraoke di rumah. Cuba lihat tempoh perintah kawalan ini dari sudut positif. Jika selama ini anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, kini ia adalah masa untuk anda tidur malam 8 hingga 9 jam tanpa gangguan.


4. Terus berhubung

Dalam masa tertentu, bersendirian perkara yang menyeronokkan. Bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan diri. Bagaimanapun, untuk jangka masa panjang seperti tempoh perintah kawalan ini mungkin sedikit sebanyak anda akan mengalami tekanan.Berjauhan bukan bermakna anda terputus hubungan, bukan? Anda boleh terus berhubung dengan ahli keluarga mahupun rakan melalui media sosial, panggilan telefon atau panggilan video. Menerima sokongan dan keprihatinan daripada individu lain boleh membantu menyeimbangkan dan memberikan kestabilan serta keselesaan pada diri. Tempoh perintah kawalan yang diumumkan kerajaan satu perkara bersifat sementara. Jika setiap individu melakukan tanggungjawab dengan mematuhi saranan untuk duduk di rumah, pastinya penularan wabak Covid-19 dapat dibendung. #StayAtHome

5. Kekal pemikiran dan harapan positif

Tidak dinafikan semakin hari, peningkatan kes semakin meningkat. Tetapi cuba untuk fokus mengenai sesuatu yang positif. Jika selama ini anda sukar meluangkan masa bersama keluarga, maka ini kesempatan buat anda bersama keluarga dan anak-anak. Jadi gunakanlah sebaiknya tempoh masa ini. Ia satu langkah penjagaan diri di rumah yang amat kita perlukan sekarang. Untuk kekal positif, berdoalah agar keadaan yang dialami seluruh dunia ini akan pulih.

6. Terima emosi dan perasaan

Sekiranya anda berdepan emosi bercampur baur, tertekan, gelisah, bimbang atau kecewa, percayalah ia adalah normal, terutamanya dalam situasi sekarang. Jadi apa yang boleh anda lakukan seandainya berdepan keadaan ini, biarkan diri anda untuk menerimanya dan meluahkan apa yang dirasai. Anda boleh luahkan kepada rakan baik, menulis di dalam jurnal atau melepaskannya melalui sesuatu yang kreatif seperti lukisan. Paling penting, jangan pendamkannya.

7. Berehat

Langkah penjagaan diri di rumah yang boleh anda cuba ialah untuk berehat. Tenangkan minda dan emosi anda. Kurangkan masa menghadap skrin, cuba lakukan yoga atau sebarang aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah. Anda mungkin boleh bermain puzzles, membaca buku, melukis atau belajar bahasa baru secara atas talian. Sekiranya anda masih perlu melakukan tugasan kerja di rumah ketika tempoh perintah kawalan ini, pastikan anda memberikan diri rehat 5 minit setiap jam. Buatlah air minuman atau sekadar lelapkan mata. Ini boleh mengurangkan tekanan pada mata. Dapatkan bantuan Diharapkan perkongsian tip dan langkah penjagaan diri di rumah akan dapat memberikan ketenangan kepada anda dalam mengharungi tempoh perintah kawalan ini. Seandainya anda berasa terlalu tertekan, hubungi doktor atau profesional untuk mendapat nasihat dan sokongan. Jangan biarkan diri anda mengharunginya sendiri kerana keadaan yang kita lalui sekarang adalah satu situasi luar biasa untuk semua individu.




14 AKTIVITI KEKAL BERADA DI RUMAH

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang ...

Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19 ini ummi ingin berkongsi tentang aktiviti-aktivi yang boleh anda lakukan di rumah.


  1. Solat Berjemaah bersama keluarga
  2. Mengaji Al Quran bersama keluarga
  3. Menelaah, mengulangkaji, membuat latihan latih tubi soalan-soalan topikal
  4. Mengemas rumah secara bergotong-royong (membersih atau mendekorasi rumah kediaman anda)
  5. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan kekal berhubung melalui pelbagai aplikasi atas talian {whatsapp, vedio call, SMS, dan sebagainya}
  6. Memasak dengan mencuba pelbagai resepi baru dengan cara yang sederhana
  7. Membaca buku/ebook/majalah online/blog kegemaran
  8. Menghadiri seminar atau kelas secara atas talian
  9. Membantu adik-adik mengulangkaji pelajaran
  10. Bermain permainan interaktif dengan keluarga
  11. Menonton rancangan kegemaran yang bermanfaat bersama keluarga (tv atau Youtube)
  12. Bermain game online secara berjadual
  13. Senaman (zumba, aerobik, kick boxing, braingym di rumah)
  14. Aktiviti Art atau bercerita mengenai kisah bermanfaat bersama keluarga
stay home .... stay save..... insya Allah kita akan putuskan rantaian wabak Covid-19 segera