Isnin, 22 Jun 2020

KENAPA ANDA PERLU ADA JADUAL WAKTU

Assalamualaikum dan salam mesra buat anda!

Ada yang bertanya kenapa perlu ada jadual waktu. Kenapa tidak kita belajar dengan bebas tanpa ada ketetapan jadual? Perlukah ada jadual waktu yang khusus?

Jawapannya memang perlu! Untuk berjaya, kita perlu Ada Jadual Waktu yang khusus untuk kita sendiri. 

Kenapa perlu?

Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang pelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:

1.    Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
2.    Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3.    Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
4.    Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5.    Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
6.    Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
7.    Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
8.    Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9.    Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
10.  Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.
Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;

1.    Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
2.    Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
3.    Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
4.    Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
5.    Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
6.    Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
7.    Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
8.    Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
9.    Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
10.  Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.

Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.
Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;
  • Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
  • Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
  • Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )

Isnin, 15 Jun 2020

ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... 😊


Tahukah anda bahawa menutup mulut saat anda batuk dan bersin mampu menghalang penyebaran bakteria dan virus melalui udara terutamanya ketika berada di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Namun sekadar menutup mulut sahaja tidak cukup untuk mengurangkan risiko penyebaran. Anda perlu tahu apakah etika batuk dan bersin yang betul untuk kesan yang lebih efektif dan sama ada anda sihat atau tidak, etika batuk ini perlu diamalkan.

Bagaimana batuk ini sebenarnya terjadi?
Batuk ini sebenarnya tindakbalas yang berlaku apabila sel-sel pada saluran udara di kerongkong mengalami iritasi ataupun berasa tidak selesa. Ada beberapa penyebab macamana batuk ini sebenarnya terjadi:

  1. Jangkitan
  2. Pengeluaran kahak yang berlebihan disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan.
  3. Benda asing termasuk ke dalam saluran pernafasan secara tidak sengaja.
  4. Saluran pernafasan menjadi sempit disebabkan oleh asma.
  5. Cecair dari hidung memasuki saluran pernafasan.


Etika batuk dan bersin yang betul
Jika anda perhatikan sekeliling anda, kebanyakkan orang yang batuk ataupun bersin selalunya hanya menggunakan telapak tangan untuk menutup hidung dan mulut.
Tahukah anda? Walapun anda mungkin dapat menghalang titisan yang keluar dari tersebar, namun begitu virus dan bakteria yang melekat pada tangan anda akan tersebar melalui sentuhan contohnya, ketika bersalaman.
Jadi bagaimana etika batuk dan bersin yang betul? Berikut adalah panduan yang anda boleh amalkan:

  • Pakai penutup hidung dan mulut (face mask) untuk menghalang virus dan bakteria tersebar ataupun melindungi diri anda sendiri.
  • Palingkan muka daripada orang lain dan makanan ketika anda keluar makan bersama dengan keluarga, kawan-kawan ataupun rakan sekerja.
  • Sila hadkan aktiviti yang melibatkan anda untuk pergi ke tempat yang ramai orang.
  • Elakkan daripada menyentuh bahagian muka terutamanya hidung atau mulut.
  • Jika anda tidak memakai penutup hidung dan mulut, sila gunakan tisu atau sapu tangan yang bersih ketika batuk dan bersin dan sila buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.

Elakkan untuk berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.

Sumber:
http://awalbros.com/umum/etika-batuk-dan-bersin/
http://www.myhealth.gov.my/amalan-batuk-dan-bersin-dengan-betul/
https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/poster/item/etika-batuk-bersin-2

Rabu, 10 Jun 2020

MENGENALPASTI STRESS

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua

Kita sering mendengar orang menyebut tentang stress. Tapi tahukah anda Tahap bagaimanakah yang dikatakan stress? Jom kita semak diri kita. Jika anda tanda-tanda stress anda boleh datang berjumpa Guru Bimbingan Kaunseling anda untuk khidmat sesi atau bimbingan.

DEFINISI STRES
Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang kepada perubahan / cabaran. Stres boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina, bangsa atau agama. Tindakbalas yang tidak sihat terhadap stres boleh berlaku apabila individu mengalami stres yang melampaui tahap yang boleh diterimanya.

TANDA-TANDA STRES

i) Fizikal
• Kering mulut
• Gementar
• Susah tidur
• Cepat letih
• Kurang selera makan
• Sakit kepala
• Lenguh-lenguh badan

ii) Emosi
• Gelisah
• Cepat marah
• Lemah semangat

iii) Tingkahlaku
• Merokok berlebihan
• Makan belebihan
• Bertindak secara impulsif
• Mudah terkejut
• Menyalahguna dadah

iv) Fikiran
• Bimbang
• Kurang daya tumpuan
• Mudah lupa
• Takut gagal
• Rendah diri

PUNCA STRES
Punca-punca atau faktor-faktor yang boleh menyebabkan stres ialah:

i) Dalam Diri Sendiri
• Cita-cita / harapan yang terlalu tinggi
• Harga diri yang rendah
• Kurang keyakinan diri
• Takut untuk gagal
• Perbandingan dengan orang lain
• Kehendak individu tidak tercapai

ii) Psikologi
• Jenis personaliti
• Tragedi
• Kehilangan orang yang dikasihi
• Tidak berpijak di bumi nyata

iii) Biologi
• Penyakit fizikal kronik
• Perubahan pada tubuh
• Kecederaan
• Tidak cukup rehat
• Malnutrisi 

iv) Sosial
• Berpindah rumah, konflik perkahwinan atau penceraian
• Tempat kerja - beban kerja
- tempat kerja kurang selesa - jenis pekerjaan
- kurang penghargaan
• Persekitaran
- jiran yang bermasalah - sanitari yang teruk

Ada tak mana-mana tanda di atas? Kalau ada jangan segan. Berjumpalah Guru Bimbingan Kaunseling anda. InsyaAllah kami akan mendengar, kami akan cuba faham dan kami akan bantu anda. 😉

Kaedah 10B untuk bantu menangani stres



Fasa 6: Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Assalamualaikum warahmatullah semua...  Salam PKPP. 


Hari ni adalah hari pertama fasa ke 6, fasa baru, fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Bermula hari ini tiada lagi pdrm dan pihak askar membuat kawalan pergerakan kerana kita berganjak ke fasa pemulihan. 

Ummi ucapkan selamat menjalankan aktiviti dengan cara baharu. Norma dan normal baharu. Amalkan normal baharu demi memutuskan rantaian Covid 19: 
Pakai pelitup muka, 
selalu mencuci tangan dgn air dan sabun / hand sanitizers, 
amalkan penjarakan sosial 
serta elakkan 3S (kawasan sempit, tempat sesak, sembang dekat)

Petang ini nanti akan diumumkan bilakah tarikh sekolah dibuka yang akan dimulai dengan tingkatan 5 dan 6. Tingkatan lain akan dibuka secara berperingkat. Apapun kekalkan dengan Normal baharu semoga kita dapat putuskan rantaian covid19 ini dengan secara menyeluruh. 

Semoga  kita semua dipelihara oleh Allah dari segala musibah... aamiin