Isnin, 4 Jun 2012

Pesanan Musim Cuti Sekolah

Salam ceria untuk semua...

Minggu ini kita masih lagi dalam mood cuti sekolah. Hmmmm...bila sebut pasal cuti ni tentunya ramai anak-anak di luar sana yang memang bercuti sakan samai lupa buku. Bagi yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM tentunya pihak sekolah telah membuat perancangan yang baik untuk kalian kan... Biasanya kalau minggu pertama ada kelas atau kem kecemerlangan akademik maka minggu kedua akan diberi cuti untuk rehat.Manakala bagi kelas yang tiada peperiksaan awam tahun ini biasanya guru-guru akan membekalkan dengan 'homework' yang secukupnya....secukup rasa kot...Pesanan Ummi jangan sampai tinggal dua hari lagi sekolah nak buka baru la terhegeh-hegeh nak siapkan homework...Jangan!!!!!



Manafaatkanlah masa cuti anda ini dengan menguruskan masa dengan bijak.Kepada para ibubapa yang sibuk bekerja. Luangkanlah sedikit masa anda untuk anak-anak anda. Ini adalah peluang yang paling baik. Bawa anak balik kampung, atau pergi jalan-jalan ke mana-mana tempat menarik.Kepada yang melangsungkan perkahwinan pula, selamat pengantin baru ummi ucapkan. Ummi pun ada menerima banyak undangan kahwin, sampai tak terlarat dah nak hadiri jemputan..

Satu lagi pesanan ummi ialah berhati-hatilah di jalan raya. Seronok bercuti bersama-sama anak dan keluarga jangan sampai berduka disebabkan kecuaian diri. Jangan lupa baca bismillah dan doa ketika hendak memulakan perjalanan. Kalau dah sampai, ke tempat di tuju, ucapkanlah syukur pula.keada Yang Maha Esa.

OK... ummi nak g jalan2 ni....bye2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan