Rabu, 17 Julai 2013

Ramadhan Bulan Mendidik Diri Sendiri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah bersyukur kita kerana masih berkesempatan meneruskan hidup... Syukur juga kerana kita kini berada di bulan Ramadan yang mulia….

“Ramadhan kareem..."


Ramadhan adalah bulan yang penuh berkat, rahmat, dan ampunan. Melakukan kebajikan pada bulan Ramadhan, akan diberi ganjaran oleh Allah dengan sejumlah ganjaran. Secara tepatnya, pahalanya jadi berlipat kali gandanya.

Rasulullah SAW telah menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud :- “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Di mana Allah mewajibkan kepada kamu berpuasa, kerana pada bulan Ramadan dibukakan semua pintu syurga, dikuncikan pintu-pintu neraka dan di belenggukan syaitan, dan juga terdapat suatu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan, barang siapa terlepas daripada mendapat kebajikan pada malam ini, bererti tertegahlah kepada segala bentuk kebaikan.”

Yang menghairankan bagaimana kejadian buruk masih lagi berlaku, sedangkan di bulan Ramadan segala syaitan dan kuncu-kuncunya telah dirantai dan dibelenggu, umpat mengumpat misalnya menjadi bualan mulut, kata-kata dan kata-kata kesat masih meniti di bibir-bibir mulut, malah yang mengaibkan lagi ada juga sebahagiannya yang sanggup melakukan perkara-perkara yang mencemarkan imej Islam.

Ramadhan  adalah salah satu bulan yang penuh cabaran dan penuh dengan peraturan. Namun begitu, ia juga salah satu bulan yang menjanjikan kerahmatan dan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Jika di sekolah, kita perlu patuh kepada peraturan dan tidak boleh dilanggar. Ia membuatkan kita sentiasa menjaga tingkahlaku, sekaligus membuatkan kita lebih terkawal dan berdisiplin dalam sekolah. Begitulah  Ramadhan, bulan di mana kita cuba untuk mengenal lebih dalam lagi perihal diri dan memberi pendidikan kepadanya. Dalam bulan Ramadhan, diberikan cabaran untuk berpuasa. Bukan hanya berlapar dan dahaga tetapi juga menghindarkan perkara-perkara yang dapat membatalkan puasa. Di samping kita meningkatkan lagi amalan-amalan ibadah yang lain.

Justeru, ini memberikan peluang untuk menentukan sejauh mana kita mematuhi peraturan.        Dengan mendapatkan tanda aras tersebut, kita mampu untuk menilai sejauh mana ikhlas, sabar, taat, patuhnya diri sendiri kepada sesuatu arahan.

Kita mampu untuk menipu orang lain tetapi 
bukan diri sendiri.


Ramadhan  
mendidik kita untuk sentiasa mendisiplinkan diri dan mengambil peluang. Semua sudah sedia maklum bahawa dalam bulan Ramadhan turunnya pelbagai kebaikan dan rahmat seperti yang telah dijanjikan. Juga, dalam bulan ini, segala amal baik mendapat kebaikan berlipat kali ganda.

Jadi, walaupun dalam keadaan badan yang mungkin sedikit lemah kerana tidak makan dan dahaga, ia sepatutnya tidak membataskan kita untuk melaksanakan tugasan harian seperti biasa. Apa yang menyedihkan ada segelintir masyarakat yang berpuasa tetapi tidak solat! Amalan puasa bagi orang yang tidak solat, rosak dan tidak diterima Allah kerana ibadah lain hanya akan dilihat Allah selepas ibadah solat. Jadi, walaubagaimana letih atau lesunya kita berpuasa jangan sekali-kali kita meninggalkan solat kerana solat adalah merupakan perkara rukun ke 2 yakni yang wajib kita laksanakan. Hadis Nabi Saw. yang bermaksud ; “
Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa yang disebabkan akhlak mazmumah itu. Alangkah ruginya bagi orang yang berpuasa tetapi tidak solat kerana mereka tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga sahaja.

Oleh itu tingkatkanlah segala amalan dan jadikanlah setiap  tugasan harian yang dilakukan kerana ibadah kepada Allah Taala kerana dengannya kita akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

Sememangnya banyak perkara yang boleh kita pelajari dalam bulan Ramadhan. Jadikanlah  amalan dan tabiat yang kita lakukan di sepanjang Ramadhan sebagai satu tabiat dalam bulan lain. Insya-allah akan menjadi lebih baik kita hari ini dari semalam. Jadikan 
pendidikan dari    bulan Ramadhan untuk mempelajari tentang diri sendiri dan sentiasa mengambil peluang untuk membaikinya.



Isnin, 15 Julai 2013

Permohonan Matrikulasi untuk pelajar SPM 2013

Permohonan Matrikulasi untuk pelajar SPM 2013 telah dibuka bermula 1 Julai 2013 hingga 10 Oktober 2013.
Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my/ dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI ( Permohonan Melalui Internet)

Cara memohon matrikulasi online:

  • Beli Nombor Pengenalan Individu (PIN) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di mesin ATM BSN (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
  • Nombor Pengenalan Individu (PIN) akan tercetak di slip yang dikeluarkan bank.
  • Harga Nombor Pengenalan Individu (PIN) – RM 6.00
  • Pelajar lain dinasihatkan beli sendiri bagi mengelak sebarang masalah
  • Jangan lupa, bawa Kad Pengenalan. Sekiranya tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.

Sila ambil perhatian : Permohonan hanya boleh dikemaskini sebanyak 3 kali. Tolong beri perhatian pada perkara ini kerana masalah kerap berlaku. Bila dah isi, tak perlu nak buka tengok lagi, tunggu saja. Pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014, aplikasi ini akan dibuka untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Keputusan permohonan kemasukkan ke Matrikulasi akan diumumkan pada awal atau pertengahan bulan April 2014.


Apa tunggu lagi...

Sabtu, 8 September 2012

Petua Memberi Tumpuan Semasa P&P



Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:  

· Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut.  Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

· Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat. 

· Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

· Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

· Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

· Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

· Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

· Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

· Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU. 

· Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas


· Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.  

· Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan. Gunakan kaedah labah-labah ketika di dalam kelas. cuba baling segumpal kertas ke arah labah-labah. labah-labah akan bergerak menuju ke arah kertas sebaik sahaja kertas itu melekat pada sarangnya. namun labah-labah akan segera meninggalkan kertas tersebut apabila didapatinya kertas itu bukanlah makanannya. jika kamu baling kertas buat kali yang kedua, labah-labah tadi tidak akan lagi pergi kepada kertas itu kerana ia tahu kertas tidak boleh dimakan. Labah-labah pun tahu fokus..... :-) 

·     Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas