Isnin, 15 Jun 2020

ETIKA BATUK DAN BERSIN DENGAN BETUL

Assalamualaikum dan salam ceria untuk semua... 😊


Tahukah anda bahawa menutup mulut saat anda batuk dan bersin mampu menghalang penyebaran bakteria dan virus melalui udara terutamanya ketika berada di tempat yang menjadi tumpuan ramai. Namun sekadar menutup mulut sahaja tidak cukup untuk mengurangkan risiko penyebaran. Anda perlu tahu apakah etika batuk dan bersin yang betul untuk kesan yang lebih efektif dan sama ada anda sihat atau tidak, etika batuk ini perlu diamalkan.

Bagaimana batuk ini sebenarnya terjadi?
Batuk ini sebenarnya tindakbalas yang berlaku apabila sel-sel pada saluran udara di kerongkong mengalami iritasi ataupun berasa tidak selesa. Ada beberapa penyebab macamana batuk ini sebenarnya terjadi:

  1. Jangkitan
  2. Pengeluaran kahak yang berlebihan disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan.
  3. Benda asing termasuk ke dalam saluran pernafasan secara tidak sengaja.
  4. Saluran pernafasan menjadi sempit disebabkan oleh asma.
  5. Cecair dari hidung memasuki saluran pernafasan.


Etika batuk dan bersin yang betul
Jika anda perhatikan sekeliling anda, kebanyakkan orang yang batuk ataupun bersin selalunya hanya menggunakan telapak tangan untuk menutup hidung dan mulut.
Tahukah anda? Walapun anda mungkin dapat menghalang titisan yang keluar dari tersebar, namun begitu virus dan bakteria yang melekat pada tangan anda akan tersebar melalui sentuhan contohnya, ketika bersalaman.
Jadi bagaimana etika batuk dan bersin yang betul? Berikut adalah panduan yang anda boleh amalkan:

  • Pakai penutup hidung dan mulut (face mask) untuk menghalang virus dan bakteria tersebar ataupun melindungi diri anda sendiri.
  • Palingkan muka daripada orang lain dan makanan ketika anda keluar makan bersama dengan keluarga, kawan-kawan ataupun rakan sekerja.
  • Sila hadkan aktiviti yang melibatkan anda untuk pergi ke tempat yang ramai orang.
  • Elakkan daripada menyentuh bahagian muka terutamanya hidung atau mulut.
  • Jika anda tidak memakai penutup hidung dan mulut, sila gunakan tisu atau sapu tangan yang bersih ketika batuk dan bersin dan sila buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah.

Elakkan untuk berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.

Sumber:
http://awalbros.com/umum/etika-batuk-dan-bersin/
http://www.myhealth.gov.my/amalan-batuk-dan-bersin-dengan-betul/
https://www.infosihat.gov.my/index.php/multimedia/poster/item/etika-batuk-bersin-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan