Selasa, 19 Jun 2012

Susah dahulu, senang kemudian


Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum…..

Salam ceria untuk anda semua....hari ini, suka Ummi nak berkongsi satu rangkap peribahasa Melayu untuk kita kongsi bersama ;


“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-lenang kemudian.”


Susah Belajar hanya setahun dua saja, kemudian akan jadi senang seumur hidup.

Janganlah terpengaruh oleh keseronokkan yang sebentar cuma.
Membuang masa, banyak bermain dan banyak berehat hanya akan memberikan rasa keseronokkan yang sebentar saja. Apalah sangat,  seronok hari ini jika selepas itu anda akan gagal selama-lamanya. 

Khamis, 14 Jun 2012

HORMATI GURU

Salam mesra Ummi ucapkan untuk semua...

Hari ini tiba-tiba jer Ummi teringat satu analogi yang pernah Ummi sampaikan kepada anak-anak pelajar Ummi di sekolah. Jadi, untuk entri kali ini Ummi nak share lah analogi tersebut kepada anda semua...

"Guru laksana teko. Murid pula umpama cawan. Kedudukan teko semestinya berada di atas cawan. Jika cawan berada di atas teko, sudah tentu manfaat air tidak akan dapat masuk ke dalam cawan. Begitulah juga, jika cawan berada di bawah teko tetapi kedudukannya agak jauh dari teko, sudah tentulah air tidak akan dapat masuk sepenuhnya ke dalam cawan....malah mungkin akan terpercik keluar dari cawan"


Khamis, 7 Jun 2012

Meniru orang-orang yang Berjaya 1


Salam ceria semua…..

Hari ini Ummi hendak berkongsi salah satu daripada tip penting untuk Berjaya iaitu Meniru Orang-orang Yang Berjaya. (Hmmmm…jangan salah faham….orang-orang ni bukan bermaksud orang-orang yang ada di sawah padi buat penghalau burung tu yer…)

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap.  Ia perlu bermula dalam fikiran sebelum ia menjadi kenyataan kerana itulah Ummi selalu berpesan kepada anak-anak Ummi, bahawa “ kita ialah, apa yang kita fikirkan ”.  Terdapat tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu direalisasikan. 

Isnin, 4 Jun 2012

Pesanan Musim Cuti Sekolah

Salam ceria untuk semua...

Minggu ini kita masih lagi dalam mood cuti sekolah. Hmmmm...bila sebut pasal cuti ni tentunya ramai anak-anak di luar sana yang memang bercuti sakan samai lupa buku. Bagi yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM tentunya pihak sekolah telah membuat perancangan yang baik untuk kalian kan... Biasanya kalau minggu pertama ada kelas atau kem kecemerlangan akademik maka minggu kedua akan diberi cuti untuk rehat.Manakala bagi kelas yang tiada peperiksaan awam tahun ini biasanya guru-guru akan membekalkan dengan 'homework' yang secukupnya....secukup rasa kot...Pesanan Ummi jangan sampai tinggal dua hari lagi sekolah nak buka baru la terhegeh-hegeh nak siapkan homework...Jangan!!!!!