Ahad, 19 April 2020

SENAMAN DI RUMAH.

Assalamualaikum dan Salam kasih sayang buat semua 😍

Kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Jangan stress-stress jangan moody-moody ya! Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah bertujuan untuk membasmi penularan wabak Covid-19.

Ramai yang ummi dengar rungutan dan keluhan yang dibuat melalui laman sosial yang merungut hanya bangun, makan dan tidur, sekali gus bimbang akan kenaikan berat badan dalam tempoh ini. Alasan mereka tidak dapat keluar jogging, berzumba atau ke gym seperti yang biasa mereka buat sebelum ini.

tiada alasan untuk anda tidak bersenam

Bagaimanapun, sebenarnya dengan duduk di rumahpun ada boleh bersenam bagi mengekalkan anda kekal sihat dan cergas. Ummi sendiripun baru sahaja selesai berzumba sendiri di rumah.  Anda pun boleh lakukan 4 senaman ringkas waktu pagi yang akan ummi kongsi di bawah ini yang sememangnya banyak manfaat kepada anda.

Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi:
 • Meningkatkan kecergasan otak.
 • Menguatkan sistem ketahanan tubuh.
 • Meredakan sakit kepala.
 • Elak stress.
 • Meningkatkan daya konsentrasi / fokus
 • Membantu membentuk tubuh ideal.
 • Menyihatkan jantung.
 • Memperlambatkan proses penuaan semulajadi.

4 Senaman Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Setiap Pagi, 6 Minit Saja!

1. Squats

Salah satu kebaikan senaman squats adalah ia sangat berkesan untuk membakar lebih banyak lemak. Lebih banyak otot yang anda ada di tubuh anda, lebih banyak kalori anda akan membakar semasa latihan dan semasa berehat.


2. Push Ups

Senaman push-ups membantu menguatkan otot. Apabila anda lakukan push up, dengan automatiknya anda sedang menguatkan otot-otot di bahagian lengan, peha, betis dan abdomen.


3. Plank

Selain menguatkan otot abdomen, senaman plank boleh mengurangkan risiko kecederaan di bahagian belakang dan tulang belakang (spine). Peningkatan metabolisme juga akan berlaku kerana terdapat lebih dari 1 otot yang terlibat semasa melakukan plank.


4. Bicycle Crunch

Senaman bicycle crunch ini menguatkan otot perut. Ia juga sangat cepat untuk membakar kalori tubuh.

Semoga senaman ini dapat melegakan stress anda dalam masa anda kekal di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan