Khamis, 14 Jun 2012

HORMATI GURU

Salam mesra Ummi ucapkan untuk semua...

Hari ini tiba-tiba jer Ummi teringat satu analogi yang pernah Ummi sampaikan kepada anak-anak pelajar Ummi di sekolah. Jadi, untuk entri kali ini Ummi nak share lah analogi tersebut kepada anda semua...

"Guru laksana teko. Murid pula umpama cawan. Kedudukan teko semestinya berada di atas cawan. Jika cawan berada di atas teko, sudah tentu manfaat air tidak akan dapat masuk ke dalam cawan. Begitulah juga, jika cawan berada di bawah teko tetapi kedudukannya agak jauh dari teko, sudah tentulah air tidak akan dapat masuk sepenuhnya ke dalam cawan....malah mungkin akan terpercik keluar dari cawan"




Hmmmm.... faham ker ni???? Apa kaitan analogi ini dengan kehidupan pelajar? Ada kena mengena ker???

Maknanya, jangan lawan guru!!!

Jadi kesimpulan yang dapat diambil di sini;

  1. Dalam menuntut ilmu, pastikan yang kita sebagai murid sentiasa beradab (adab berguru). Hendaklah sentiasa merendah diri.
  2. Jika mahu ilmu, hormatilah insan yang mahu menghulurkan ilmu. Jika ego kita tinggi, tidak mungkin ilmu itu mendapat keberkatannya.( Dalam sesetengah keadaan, mungkin ada yang cawan lebih mahal harganya daripada teko namun walaubagaimana mahal sekalipun cawan tersebut kedudukannya mestilah tetap berada di bawah.)
  3. Apabila berguru, kita hendaklah rapat dengan guru kita. Ilmu akan mudah menyerap jika kita sentiasa mendekatkan diri dengan guru kita.

Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : " Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di atas muka bumi ini dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri."

Ingatlah anak-anak sekalian,
Guru adalah manusia biasa,
apabila kita menghargai dan mengenali mereka dari hati ke hati,
maka kesannya akan lebih mendalam.

Ilmu bukan sekadar lahir di bibir,
sebaliknya ilmu yang benar-benar berkesan
lahir daripada limpahan hati yang ikhlas
dan diterjemahkan dalam kontek kasih sayang...
itulah yang dipanggil ilmu yang berkat...


Sehingga berjumpa lagi...wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan