Isnin, 6 Januari 2014

Salam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....

Tahun baru 2014 menjelma kini. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2013. Kalau azam 2013 sudah tercapai.....Alhamdulillah. Perlu kita bersyukur...namun, jangan hanya bersyukur sahaja, sebaliknya perlu difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ianya tidak boleh diulangi, ia disebut sebagai kejayaan yang "secara tidak sengaja". Kejayaan tidak sengaja biasanya tidak kekal lama dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.

Namun, dalan kita sibuk merangka azam yang akan kita laksanakan tahun ini, suka ummi ingatkan anak-anak supaya kita semua termasuklah ummi sendiri menyusun strategi untuk lebih mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa. Bagi yang tak tinggal solat...alhamdulillah namun perkuatkan azam tahun ini untuk soat diawal waktu. Bagi anak-anak yang sering missed solat...inilah masanya untuk memulakannya.

Kita mengharapkan ganjaran Allah di Akhirat kelak melalui amalan baik yang kita suka lakukan. Namun anakku, semua amalan itu sia-sia sahaja tatkala solat diabaikan.

Hadis Nabi Muhammad saw. yang berbunyi:
'Sesungguhnya amalan pertama yang dihisab bagi seseorang hamba pada Hari Kiamat kelak ialah SOLAT. Jika solatnya baik, maka dia akan menang dan berjaya. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan binasa dan rugi'.

Semoga kita tidak termasuk dalam galongan orang-orang yang rugi....
hayya alas solah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan