Ahad, 12 Januari 2014

Watawa soubil haq

Salam ukhuwwah buat anak-anak ummi semua...

Selamat memulakan hari pertama di minggu ke 3 persekolahan tahun ini. Semoga anak-anak semua bersemangat dalam menuntut ilmu dan mengejar cita-cita.

Dalam melayari bahtera kehidupan, semua ibubapa sentiasa berdoa agar zuriat mereka menjadi anak-anak yang baik. In sya Allah ummi yakin bahawa setiap curahan kasih sayang dan didikan ilmu yang diberikan, anak-anak ummi menjadi hamba Allah yang soleh.

Namun ummi ingin berpesan dan terus berpesan agar anak-anak tidak akan lupa akan kehidupan yang kadang-kadang membuat dirimu di atas dan kadang-kadang di bawah. Umi berpesan kerana ummi juga pernah melaluinya. Ini juga ketana sifat manusia itu sendiri memang pelupa.

Ingatlah anak-anak sekalian, kita akan hanyut dengan lautan duniawi jika tidak berpaksikan diri dengan paku keimanan dan membatasi nafsu jiwa dengan ketaqwaan. Perkukuhkanlah amalan-amalan kita. Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung di akhirat kelak... in sya Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan