Salam mesra untuk anak-anak pembaca sekalian....
Hari ini Ummi nak berkongsi tentang apa itu motivasi. Ramai pelajar yang menyebut perkataan 'motivasi' namun tahukan anda apakah itu motivasi???
MOTIVASI ITU DORONGAN. IA ADA DALAM DIRI.
Anak-anak, sebenarnya tidak ada orang yang mampu mengubah sikap anda mengenai kejayaan melainkan anda sendiri! Ya...motivasi sebenarnya ada dalam diri anda. Orang lain hanya mampu menyedarkan anda mengenai potensi yang ada pada anda.
Motivasi itu adalah diambil dari perkataan Bahasa Ingeris yang terbit dari dua suku kata iaitu 'motive' dan 'action'. Dalam bahasa yang mudah, ia bermaksud 'bertindak menurut landasan yang betul untuk menuju matlamat kecemerlangan'.
PESAN UMMI (Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa, SMK Dato' Biji Wangsa) berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran
Sabtu, 7 Julai 2012
Ahad, 1 Julai 2012
Otak Kanan, Otak Kiri
Salam anak-anak semua...
Hari ini Ummi nak cerita sedikit mengenai organ yang sangat penting yang ada pada kita iaitu otak. Hmmm.... tentunya anak-anak biasa mendengar orang menyebut tentang otak kanan dan otak kiri kan...Jadi, mari kita tengok apakah dia otak kanan dan otak kiri tersebut...
Hari ini Ummi nak cerita sedikit mengenai organ yang sangat penting yang ada pada kita iaitu otak. Hmmm.... tentunya anak-anak biasa mendengar orang menyebut tentang otak kanan dan otak kiri kan...Jadi, mari kita tengok apakah dia otak kanan dan otak kiri tersebut...
Otak manusia terbelah menjadi dua bahagian. Kedua bahagian otak tersebut adalah berbeza tugasnya. Otak kanan bertanggung jawab terhadap tubuh dan bahagian kiri pula sebaliknya. Hal ini bererti bila otak kanan seseorang lebih dominan, maka orang tersebut cenderung menjadi kidal atau aktif dengan bahagian tubuh kiri. Kedua-dua belahan otak ini berbeza fungsi..
Selasa, 19 Jun 2012
Susah dahulu, senang kemudian
Bismillahirrahmanirrahim….
Assalamualaikum…..
Salam ceria untuk anda semua....hari ini, suka Ummi nak berkongsi satu rangkap peribahasa Melayu untuk
kita kongsi bersama ;
“Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-lenang
kemudian.”
Susah
Belajar hanya setahun dua saja, kemudian akan jadi senang seumur hidup.
Janganlah
terpengaruh oleh keseronokkan yang sebentar cuma.
Membuang
masa, banyak bermain dan banyak berehat hanya akan memberikan rasa keseronokkan
yang sebentar saja. Apalah sangat, seronok
hari ini jika selepas itu anda akan gagal selama-lamanya.
Langgan:
Catatan (Atom)

