Sabtu, 7 Julai 2012

Apa Itu Motivasi???

Salam mesra untuk anak-anak pembaca sekalian....

Hari ini Ummi nak berkongsi tentang apa itu motivasi. Ramai pelajar yang menyebut perkataan 'motivasi' namun tahukan anda apakah itu motivasi???

MOTIVASI ITU DORONGAN. IA ADA DALAM DIRI.

Anak-anak, sebenarnya tidak ada orang yang mampu mengubah sikap anda mengenai kejayaan melainkan anda sendiri! Ya...motivasi sebenarnya ada dalam diri anda. Orang lain hanya mampu menyedarkan anda mengenai potensi yang ada pada anda.

Motivasi itu adalah diambil dari perkataan Bahasa Ingeris yang terbit dari dua suku kata iaitu 'motive' dan 'action'. Dalam bahasa yang mudah, ia bermaksud 'bertindak menurut landasan yang betul untuk menuju matlamat kecemerlangan'.



Kalau anda lapar, motivasilah yang menyebabkan anda sanggup bangun dan menuju ke meja makan. Kalau anda mengantuk, motivasilah juga yang menyebabkan anda bangun menuju ke bilik tidur. Motivasi ada pada diri setiap manusia.

Namun, yang jadi masalahnya, kadang-kadang motivasi seseorang itu tidak menghala ke arah kebaikan tetapi keburukuan.Maka orang ini akan berminat untuk ponteng kelas, ponteng sekolah, berpeleseran di pusat-pusat membeli belah atau menghabiskan masa dengan bermain-main.Alangkah ruginya orang yang memiliki motivasi jenis ini....

Justeru itu, motivasi yang betul perlu dibangkitkan dalam diri kita. Berjaya menjadi motto hidup, dan ia patut difahami sungguh-gungguh agar kita dapat menghargai nilainya. Bila kita faham erti kejayaan, maka mudahlah kita memilih jalan yang terbaik untuk menuju kejayaan itu. Tidaklah kita membuang masa melakukan perkara sia-sia.




Dorongan perlu ada adalam diri. Bukan dari luar....


Jenis Motivasi:  

Ada 3 jenis motivasi.
  1. Motivasi Pencapaian
  2. Motivasi Kepimpinan
  3. Motivasi Persahabatan
Ketiga-tiganya punya kekuatan yang beza. Orang yang memiliki Motivasi Pencapaian yang tinggi akan sentiasa mahu mencapai kejayaan yang cemerlang.

Orang yang memiliki Motivasi Pencapaian akan memiliki salah satu dari 4 tanda:
  1. Mempunyai hasrat atau keinginan yang kuat untuk bertanding dengan dirinya sendiri dan menang.
  2. Mempunyai hasrat yang kuat untuk menang bila bertanding dengan orang lain
  3. Matlamat yang mahu dicapainya adalah sesuatu yang unik, luar biasa atau bersistem
  4. Matlamat yang mahu dicapainya mempunyai target yang melibatkan jangka masa yang ditetapkan.
Seseorang yang mempunyai Motivasi Pencapaian yang kuat akan membentuk wawasan yang cemerlang..dan orang sebegini sudah pasti akan berjaya. Contohnya, dia mahu dapat nombor satu dalam tingkatan, atau dapat straight A's dalam peperiksaan.

Dalam fikiran golongan ini akan sentiasa ada khayalan untuk berjaya dan bertindak sebagaimana berikut;
  1. Ada keinginan untuk mendapatkan pencapaian yang cemerlang
  2. Bertindak mencapai keinginan
  3. Menjangka kemungkinan kejayaan
  4. Menjangka kemungkinan kegagalan
  5. Peka pada kelemahan diri
  6. Peka pada halangan persekitaran
  7. Mencari bantuan, nasihat dan panduan
  8. Merasa gembira bila berjaya
  9. Merasa sedih bila gagal
  10. Menumpukan kepada matlamat yang utama
Jika kesemua 10 komponen ini ada, maka Motivasi Pencapaian anda adalah kuat. Sekiranya anda tidak memiliki kesemua komponen ini, jangan risau...kerana motivasi itu boleh dibangkitkan dari dalam diri. Caranya ialah dengan menerapkan 10 komponan ini ke dalam diri selama sekurang-kurangnya 40 hari berturut-turut agar ia sebati. Kemudian, cara berfikir, merasa dan bertindak anda akan berubah menjadi cara orang yang berjaya....percayalah!!!

Motivasi Kepimpinan dan Motivasi Persahabatan juga penting pada setiap manusia. Tetapi tumpuan terhadap motivasi ini sepatutnya lebih rendah berbanding Motivasi Pencapaian jika anda ingin cemerlang dalam pelajaran. Anda perlu jadi cemerlang dalam pelajaran terlebih dahulu sebelum anda mengisi minda untuk benda lain kerana tanpa punya kekuatan ilmu, sukarlah untuk anda mencapai matlamat tersebut.

Jadi, bagaimana kita nak memotivasi kan diri sendiri???
Kenal diri, Kenal apa yang sepatutnya anda mahu dalam hidup...apa yang hendak anda capai. Biasanya manusia memiliki banyak matlamat. Untuk berjaya dengan cemerlang, maka anda seharusnya menumpukan kepada satu matlamat saja pada satu-satu masa hinggalah matlamat itu tercapai.Bak kata Dr Shukri Abdullah, "Untuk mendapat sesuatu yang BESAR, saya mesti sanggup korbankan banyak perkara yang kecil"

Wallahu a'lam.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan