Salam semua...
Seminggu dua ini, Ummi ramai pelajar-pelajar Ummi yang datang bertanya tentang perbezaan antara Asasi, Matrikulasi atau Diploma. Hmmmm...rasa-rasanya dah banyak kali Ummi ceritakan isu ini especially waktu Bimbingan Kelompok dalam kelas. So entry kali ini Ummi share isu ni lah yer...
Matrikulasi
dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar
cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu
tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular
sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program
asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga
memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat
iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi
dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track).
Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika
cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali
perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan
selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22
tahun.
Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Tempoh pembelajaran adalah antara 2 1/2 hingga 3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Namun, jika pelajar dapat menu jukkan prestasi yang cemerlang, pelajar boleh mendapatkan penarafan daripada pihak universiti untuk lompat ke tahun 2 semasa di ijazah. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi.
Sebagai
contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pengajian boleh membuat
keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar
matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi
pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya
untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau
bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi
sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan
peluang pekerjaan.
Tetapi
perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program
asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana
itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini
hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang
dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan
pelbagai bagi tempoh singkat 2 atau 3 semester. Juga diyakini individu sebegini
sebenarnya mempunyai kesungguhan dan
cita-cita diri yang jelas. Tanpa
faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal
mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih
‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar.
Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar
sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi
tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan
peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi
pembaca blog ini harus sedar bahawa program asasi, matrikulasi
dan diploma sememangnya dirancang
berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah
bahawa jerih payah anda dibalas dengan
kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak
‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke
peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan
ijazah.
Contohnya
anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM
2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di
Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah
Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal
mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18
tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing bermula tahun 2008.
Sila rujuk jadual ini untuk perbandingan yang lebih jelas lagi:
Tahun
|
Pelajar A
|
Pelajar B
|
Pertengahan tahun 2008
|
mula belajar di matrikulasi Pengajian Satu Tahun di KPM
|
mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM
|
Pertengahan tahun 2009
|
tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009
mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama.
|
memasuki tahun kedua pengajian diploma
|
Pertengahan tahun 2010
|
sedang
belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM
|
memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
|
Pertengahan tahun 2011
|
sedang
belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun
berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
|
Tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan
pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM.
|
Pertengahan tahun 2012
|
memulakan
pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM.
|
baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
|
Pertengahan tahun 2013
|
Tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam
bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu
juruaudit.
|
sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di
UUM
|
Pertengahan tahun 2014
|
masih
berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah
dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan.
|
mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan
di UUM.
|
Pertengahan tahun 2015
|
masih
bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan
syarat menjadi akauntan bertauliah
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun
bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah
salah satu darinya.
|
tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen
di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2015 dan
bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.
|
Dan
begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah
yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari
pekerjaan. Adalah diharapkan, dari penerangan dan contoh yang diberikan dapat
memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah
laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal
mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.
Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM,
sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit,
dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2
tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke
IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).
sumber: sifu2b.wordpress.com
Ok macam mana? harap
pelajar-pelajar lepasan SPM dapat memikirkan keputusan yang terbaik setelah
membaca mengenai perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan
Kekurangan Matrikulasi dan Diploma di IPT malaysia ini. kalau keliru sangat, buatlah solat istikharah minta petunjuk daripada Yang Maha Esa...Insyaallah semoga anda dapat membuat keputusan yang bijak nanti.
Selamat maju Jaya.
ummi, boon nih ambil STPM sains BIOlogy jer :)
BalasPadammu ni rendah diri sangat la
Padamacu up skit rendah diri 2
kan mu nk lwan aku.haha
STPM pun laluan yg pantas jg utk ke ijazah... gd luck boon. jgn rasa rendah diri. usaha pasti jaya
BalasPadamMonique salah seorang ribuan pelajar Matrikulasi KPM yang ketika itu hanya bercawangan di Koleh Taj, Sungkai, Perak. Pada masa ni, KPM hanya mempunyai 5 Pusat Matrikulasi Induk, selainnya di tempat2 swasta...
BalasPadam1 tahun pengajian di Matrikulasi sememangnya 1 bonus untuk kita tamatkan Ijazah Sarjana Muda (ISM) pd peringkat umur yang muda.
Dulu sering kedengaran ayat lebih kurang macam ni... "tiada guna masuk matriks, sijil pon x laku...bukan boleh mintak keje pon ngan sijil matriks tu"... Benar sijil ni x laku, hilang pon xde sape yg kisah... tapi buat ape lg kita nk pkai sijil matriks kalo kita sudah dapatkan ISM, kan???
so point Monique kat sini, Matriks ni merupakan batu loncatan yg boleh kita gunapakai untuk menempatkan diri kita di Universiti.... sbb tu adik-adik semua kene score bebetul masa kat Matriks, sbb dari situ kita boleh buat pilihan kursus di Universiti. All the best guys!!! :)
Yup...Ummi sependapat dengan apa yang Monique sebutkan tu. Asasi atau Matrikulasi adalah laluan pantas untuk ke Ijazah. Orang yang matlamatnya untuk mendapatkan Ijazah memang kedua2 tempat ini lah laluan atau langkah yang perlu diambilnya. Lagipun dengan usia 19 tahun bagi Ummi bukanlah masa yang sesuai lagi untuk mencari kerja. Lengkapkanlah diri dulu dengan sebanyak atau setinggi mungkin ilmu agar nantinya dapat menjadi pekerja dan berilmu, berkemahiran dan yang paling penting sekali punya kematangan fikiran dan bertanggungjawab.
BalasPadamBoon kena percaya dan yakin dgn diri Boon.... Jgn putus asa...pasti ada kejayaan utk setiap yg gigih berusaha....
BalasPadamaku seruis "menyesal" ambik diploma 3 tahun...pas tu klau nak sambung degree 4 tau 3 tahun lagi..jadi semua 3+3=6thn
BalasPadamwalaupun x dapat matrik..lbh baik masuk form 6 je..1 1/2+3=4 1/2
nak pinjam PTPTN lagi tu..
pe pendapat korang
Itulah sbnrnya yg berlaku...diploma akan ambik masa yg pjg berbanding dgn form 6. Mslhnya, form 6 bg pelajar x glamer...pakai baju sekolah ikut peraturan sekolah.... Padahal form 6 slh satu fast track jg laluan ke ijazah
PadamSdr ddr2.. Amik diploma kursus apa???
BalasPadamSdr ddr2.. Amik diploma kursus apa???
BalasPadamasasi perakauanan ada di U mana eh? saya lepasan spm12, apply UPU takda asasi akaun pun
BalasPadamtumpang tanye, bidang ape yg perlu temuduga? kalau xdpat temuduga.. means kite xdpat masuk U ke? -lepasanspm12
BalasPadamTemuduga biasanya utk bidang pendidikan, seni. Kursus2 yg x perlu temuduga hanya tggu result je
PadamSalam..sy nk mintk pndpat..umr sy da 22 thun..lpas spm sy xd plung dn x de dzeki nk smbung blaja..skrang bru la pluang tu ad..sy ad dpat twaran utk diploma..dan asasi..utuk umur sy skrang,plihan mne yg ptut sy ambil???..kliru sgt skarang ni..
BalasPadamummi saya nak tanya, macam mana kalau nak oversea lepas asasi or matriks? harap boleh jawab..
BalasPadamKalau nak ke overseas dgn tajaan anda perlu memohon melalui penaja.
PadamAs Salam,Ummi...sya dpt tawaran STPM,sya x dapat MATRIK...jdi,STPM laluan yang bagus juga k Ummi??sya lepasan SPM12...mOhon bantuan Ummi,klu sya tamat STPM,peluang untuk sya smbung degree mudah x??berbanding matrik dan asasi??
BalasPadamterima kasih...
Stpm jg merupakan salah satu laluan ke degree. Matrik dan asasi adalah utk pelajar2 camerlang... Manakala form 6 ialah peluang bg pelajar yg tidak berjaya ke matrik atau asasi yg di tempatkan di sekolah2 bg pengajian pra u. Pelajar lulusan stpm kebanyakkanya mudah utk sambung ke degree. Tapi harus diingat bahawa setiap apa pun memerlukan usaha yg gigih. Tanamkn azam dari awal lg utk belajar bersungguh2 demi menjejakkan kaki ke u nanti. Segala apa akan jadi mudah kalau kita bersedia
Padamummi sy budak lepasan spm..sy nak tnye pndapat,yang mane yang terbaik untuk saya amik,diploma perakaunan ke matrik..
BalasPadamSaudari syafiqah blh baca pengalaman drpd komen2 sahabat kita sblm ini. Kalau x silap saya drp saudara ddr2. Diploma mengambil masa 3 tahun. Berbeza dgn matrik yg hanya 1 thn kemudian layak ke degree.
PadamJika anda ada mendengar rungutan ttg matrik susah sbnrnya mana2 belajar tiada yg mudah. Ada pelajar ummi yg spmnya hanya dapat 6A shj tapi bila di matrik beliau berjaya mendapat 4.0. Segalanya x mustahil jika kita berusaha.
assalamualaikum ummi, Di matriks boleh ke kita tanam rasa suka & minat pada subjek sains tu ? walhal, semasa di sekolah, subjek pure sc kita, hanya biasa biasa sahaja -.- sederhana & tidak kuat sgt sbnarnya . hmm, mohon penerangan. saya dapat dip pntadbiran awam yg more to sastera & kmns. kalau saya pilih dip tu, saya akn hilng pure sc sya. kalau sya pilih matriks, sya kena struggle ? mampukah saya -.-
BalasPadamWaalaikummussalam....minat blh dipupuk. Belajar diatrik adalah situasi yg berbeza dgn di sekolah. Namun apa yg penting skali ialah apabila kota punya azam yg kuat beserta dgn kegigihan dan kedungguhan...insyaallah anda akan berjaya. Banyak jg ummi sgr drpd pengalaman bekas-bekas pelajar ummi yg pencapaian mrk meningkat bila di matrik...ada yg masa disekolah x cemerlang biologi tapi bila gmatrik jd cwmerlang bio. Begitu jg aebaliknya. Pokok pangkal atas diri individu itu sendiri.
BalasPadamBidang sains punya keistimewaan dalamelanjutkan pelajaran krn byk cabang yg blh kita ambil kelak. Orang2 sains blh jer ambik bidang sastera. Tapi org sastera x leh...dan kursus2 utk sastera amatlah terhad berbanding dgn sains.
Soal kemampuan bergantung kpd NAK atau TIDAK. pepatah arab kata "man jadda wajada". Tepuk dada tanyalah hati.... Semoga anda berjaya....
Sorry..byk typo.....x pakai cermin mata....hihihi
PadamThanks Ummi for the opinion :D lately ni sye confused byk sgt. Sye rasa nk continue study di Matrik. tapi parents sye prefer most to U. sye baru je check UPU smlm. sye dpt course dip in science. subject utk dip dgn matrik lebih kurang sama je. tp matrik 1 tahun n dip 3 tahun. klau tgk dri masa sye nak matrik. tp dri segi kesenangan 'ada ruang utk bernafas' nmpk mcm dip lebih sesuai. sye confused sgt. tak tahu nk pilih yg mana :( hope u can help me Ummi.
BalasPadamBetul ummi, matrik merupakan laluan pantas untuk saya menghabiskan degree pendidikan saya pada taun depan. Berbanding rakan saya yang mengambil diploma, mereka perlu menghabiskan 3 tahun untuk diploma mereka dan terpaksa menghabiskan 4 tahun lagi untuk menyambung degree pendidikan (for those yang ambil ISMP).Gap untuk menyambung pelajaran mgmbil masa lebih kurang 6 bulan.jadi banyak pembaziran masa disitu contoh perbandingan.
BalasPadam1 tahun program marikulasi+4 tahun ISMP = 5 tahun
dgn
3 tahun diploma + 4 tahun ISMP+ 6 bulan cuti =7 tahun 6 bulan
slalunya budak diploma pandang remeh kat kami sebab kami nih just ada sijil saja.ala buat ape nak sebut pasal sijil, baik ckp psl kite dpt ijazah dlm umur yang muda. hehe. FYI pensyarah UPSI lebih memandang tinggi kpd pelajar lulusan matrikulasi. :D
TQ my dear... Pengalaman sbnr yg telah anda lalui sgt2 menbantu adik2 di luar sana yg masih keliru.
BalasPadamTmbhn pula...ada maklumat yg ummi terima, pelajar diploma yg nak sambung ke ijazah tidak blh terus apply sebaik sj tamat. Mrk perlu tggu kovokesyen terlebih dahulu barulah blh apply...di situ laaaaagi akan bazirkan masa...
Salam sejahtera, terima kasih kerana memberi penerangan yang jelas. Anak saya memperolehi 8A+ dan dia mendapat tawaran Matrikulasi Pahang serta tawaran diploma dalam kejuruteraan mekanikal (aeronautic) di kampus UTM KL. Dia kurang pasti apa pilihan yang sesuai. Tapi selepas membaca tulisan puan, saya yakin Martikulasi adalah lebih sesuai untuk dia. Apa pendapat puan? Saya ingin tunjukkan kepada anak saya apa-apa yang puan terangkan nanti untuk menyakinkan dia. Terima kasih
BalasPadamSalam mesra...pn ho,
BalasPadamSebagaimana yg saya maklumkan di atas kursus diploma memakan masa lebih lama berbanding matrik..meskipun matrik hanyalah sijil namun ia adalah dikhususkan utk pelajar cemerlang sbgai laluan pantas ke ijazah. Komen2 saya sblm ini byk menjawab tentang persoalan ini.
Duduklah berbincang dari hati ke hati tentang minat dan keutamaan anak puan. Apapun saya doakan yg terbaik utk anak puan.
Terima kasih atas nasihat puan. Saya amat hargai. Says ingin tumpang tanya bilakah pelajar matrikulasi boleh memohon masuk ke universiti? Adakah sebelum habis matriks mereka sudah boleh memohon atau kena tunggu keputusan peperiksaan semester kedua? Terima kasih.
BalasPadamAssalamualaikum Pn. Ummi...
BalasPadamterima kasih atas pencerahan ini...
harapnya dapat membantu sedikit sebanyak anak saya yang masih dalam dilemma...
Keputusan SPMnya cuma 5A dan subjek sains ada B,C,D... sedih betul dia sebab apa yang diharapkan tak kesampaian... Cita-cita asal memang nak jadi doktor (Dentist) tapi bila result sains tak kuat saya pun ada kata...agaknya peguam syariah la kot yang boleh...
Masa membuat permohonan, lebih byk dipilih jurusan undang2..tapi impian asal untuk menjadi dentist masih tak terpadam....
Bila tunggu utk sambung belajar...kawan-kawan dah dapat tapi dia tak dpt lagi...
jadi saya terus masukkan ke ting. 6. ....Elok seminggu dapat belajar ting. 6, dapat pula tawaran ke Matrik Sains...kemudian baru je sehari daftar kat Matrik tu dapat pula Diploma Undang-undang...ALHAMDULILLAH.... Tapi berbelah bagi pula jadi hatinya... saya pun risau juga... Tapi saya dah salinkan semua pandangan Pn. Ummi serta beberapa sumber maklumat lain dan akan saya beri untuk dibuat pertimbangan sendiri. Kita hanya ikhtiarkan, usahakan.... pilihan yang akan dibuat....mohon hidayah dan petunjuk daripada Allah jua... Doakan yang terbaik dan moga terbaik jua utk diri, keluarga dan agamanya....Wallahua'alam...
terdapat kesilapan pada entry ni,..
BalasPadamharap dapat diperbaiki,..
:)
terima kasih.
nak tnye. sijil matrik sah utk berapa thn?
BalasPadamSalam Ummi. Kalau lah saya dapat sambung ke matrik dan CGPA saya under 3.80, saya boleh sambung ambil ijazah ke Ummi? Kalau tak boleh, maknanya sijil matrik saya sia-sia shj ?
BalasPadamTerima kasih ummi atas maklumat yang diberi, ia amat berguna untuk saya :)
BalasPadamnk tanya , ada syarat ke someone tu mst capai pointer CGPA berapa-berapa baru boleh apply for university ? mohon pencerahan .. terima kaseh daun keladi :D
BalasPadamAssalm.ummi anak sy dpt 6a termasuk fizik dan math. Addmath dia B. Dia dpt tawaran kpm beranang. Patut terima ka. Sbb makciknya kata uitm accauntancy bagus lg
BalasPadamsalam ummi...setelah membaca kiriman-kiriman diaatas...saya memahami dan minat ke matrik mula timbul...utk pengetahuan ummi saya ditawarkan ke matrik johor dalam jurusan sains...yang membinggungkan saya...waktu spm saya tak ambik biology(ganti dgn ICT)...so apakah waktu di matrik nanti dalam waktu setahun tu saya wajib belajar biology?saya sebenarnya lebih berminat ke bidang sains fizikal...atau waktu lapur diri nanti pihak kolej akan mengasing kan pelajar sains hayat dan sains fizikal?
BalasPadamape perbezaa dan kelebihan pelajar yg masok matrikulasi program dau tahun dgn pelajar tingkatan 6 ?adakah sama apabila mereka masok u atau pelajar tingkatan6 lbih cpt masok u berbanding plajar matrik program 2 tahun ??
BalasPadamSalam, ummi berapa umur untuk ambil matrik/ diploma/ ijazah ?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamulaikum ummi. Betul ke klau kita nk masuk matrik akaun pointer yg kita kena capai 4.0 baru kita boleh smbung buat degree akaun? Bgaimana pulak klau buat diploma akaun? Brapa pointer yg kena capai? Sy nak smbung belajar bidang akaun kt tmpat yg lbih terjamin utk sy smbung buat ke degree bidang perakaunan. Spm sy baru2 ni dpt 7A3B. Sy nk minta pndapat ummi. Terima kasih.
BalasPadamAssalamualaikum umi.saya nak tanya,berapa lamakah tempoh sah laku sijil mtrikulasi untuk memohon ijazah sarjana muda?
BalasPadam