Khamis, 24 Mei 2012

Perbezaan antara Asasi, Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dan Diploma


Salam semua...
Seminggu dua ini, Ummi ramai pelajar-pelajar Ummi yang datang bertanya tentang perbezaan antara Asasi, Matrikulasi atau Diploma. Hmmmm...rasa-rasanya dah banyak kali Ummi ceritakan isu ini especially waktu Bimbingan Kelompok dalam kelas. So entry kali ini Ummi share isu ni lah yer...
Matrikulasi dan program asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program diploma. Matrikulasi keutamaan adalah program satu tahun (PST) walaupun ada juga program dua tahun (PDT). Matrikulasi yang popular sekarang ialah matrikulasi KPM. Namun begitu program asasi seperti program asasi sains atau program asasi undang-undang atau program asasi perakaunan juga memberi peluang lepasan SPM melangkau ke peringkat ijazah dalam tempoh singkat iaitu 1 tahun (2 semester) . Kedua-dua peluang pembelajaran ini, matrikulasi dan program asasi dikenali sebagai program laluan pantas (fast track). Bayangkan dalam usia 19 tahun pelajar dari kedua-dua program ini, jika cemerlang, layak memasuki program ijazah aliran sains (3 tahun kecuali perubatan 4-5 tahun) atau perundangan (3 tahun) atau perakaunan (4 tahun) dan selepas tamat belajar, bakal memasuki dunia pekerjaan di usia muda, 21-22 tahun.


Diploma pula terbuka kepada semua lepasan SPM dan semua aliran dan jenis persekolahan. Tempoh pembelajaran adalah  antara 2 1/2 hingga  3 tahun. Hanya selepas tamat atau bergraduat dari diploma, barulah pelajar lepasan diploma boleh mengikuti program ijazah dalam bidang yang mereka minati, sama ada aliran sains/teknikal atau aliran sastera. Namun, jika pelajar dapat menu jukkan prestasi yang cemerlang, pelajar boleh mendapatkan penarafan daripada pihak universiti untuk lompat ke tahun 2 semasa di ijazah. Ada banyak peluang belajar disediakan dalam kategori diploma oleh itu pelajar boleh merancang kerjaya mereka dari awal lagi.
Sebagai contoh, pelajar diploma perakaunan selepas tamat pengajian boleh membuat keputusan sama ada terus sambung belajar atau terus bekerja. Sebaliknya pelajar matrikulasi dan program asasi tidak boleh berhenti belajar kerana dari segi pengiktirafan, sijil matrikulasi dan program asasi itu hanya sah kegunaannya untuk kemasukan ke IPT. Jika mereka memilih untk bekerja sementara waktu atau bagi tempoh yang lama, pelajar-pelajar lepasan matrikulasi dan program asasi sebenarnya hanya memiliki kelayakan SPM. Begitulah bezanya dari segi taraf dan peluang pekerjaan.
 
Tetapi perlu diingat di sini, pelajar-pelajar yang memohon matrikulasi dan program asasi sememangnya diandaikan akan terus belajar ke peringkat ijazah, dan kerana itulah pihak KPM dan IPTA yang menawarkan program-program laluan pantas ini hanya memilih pelajar cemerlang. Ini kerana dipercayai pelajar sedia cemerlang dalam SPM akan mampu menangani kehidupan dan proses pembelajaran yang ketat dan pelbagai bagi tempoh singkat 2 atau 3 semester. Juga diyakini individu sebegini sebenarnya mempunyai kesungguhan dan cita-cita diri yang jelas. Tanpa faktor ini, maka ada segolongan kecil pelajar lepasan SPM yang menyesal mengikuti program matrikulasi maupun program asasi kerana didapati lebih ‘demanding’ dan agak sukar menerima perubahan yang mesti dilakukan pelajar. Program diploma pula, walaupun turut dipohon oleh pelajar cemerlang dan pelajar sederhana, proses pembelajarannya telah direncanakan dan dipanjangkan bagi tempoh 3 tahun. Maka pelajar-pelajar diploma ada sedikit ruang ‘bernafas’ dan peluang membetulkan keadaan jika mengalami kegagalan atau kejatuhan prestasi.
Tetapi pembaca blog ini harus sedar bahawa program  asasi,  matrikulasi  dan diploma sememangnya dirancang berdasarkan dasar dan falsafah yang berbeza. Jika anda memilih matrikulasi atau program asasi ketahuilah bahawa jerih  payah anda dibalas dengan kepantasan memasuki bidang ijazah dan dunia pekerjaan manakala program diploma, walaupun tidak ‘menyesakkan nafas’ pelajar tetapi dari segi persaingan, akan terlewat masuk ke peringkat ijazah dan seterusnya lambatmemasuki bidang pekerjaan sebagai lepasan ijazah.
Contohnya anggaplah ada 2 orang pelajar, pelajar A dan Pelajar B merupakan lepasan SPM 2007 kini mencari peluang belajar di IPTA. Pelajar A ditawarkan matrikulasi di Kolej Martrikulasi Labuan, pelajar B ditawarkan diploma perakaunan di UiTM Shah Alam. Kedua-duanya adalah pelajar cemerlang dan kedua-duanya berpakat bakal mengikuti program ijazah perakaunan di UUM.
Di usia 18 tahun ini, kedua-duanya memulakan pengembaraan masing-masing bermula tahun 2008. Sila rujuk jadual ini untuk perbandingan yang lebih jelas lagi:
 
Tahun
Pelajar A
Pelajar B
Pertengahan tahun 2008
mula belajar di matrikulasi Pengajian Satu Tahun di KPM
mula belajar di peringkat diploma perakaunan di UiTM

Pertengahan tahun 2009
tamatkan pengajian matrikulasi dengan CGPA 3.80 dan Julai 2009 mula mengikuti program ijazah perakaunan di UUM di tahun pertama. 

memasuki tahun kedua pengajian diploma
Pertengahan tahun 2010
sedang belajar di tahun kedua ijazah perakaunan di UUM

memulakan pembelajaran di tahun ketiga program diploma beliau.
Pertengahan tahun 2011
sedang belajar di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM.
Pelajar A sekarang ini senior 3 tahun berbanding rakannya Pelajar B yang baru menjadi pelajar junior.
Tamat diploma dengan CGPA 3.80 juga dan mulai Julai 2011 mulakan pengajian beliau di tahun pertama ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2012
memulakan pembelajaran di tahun keempat dan terakhir program ijazah perakaunan di UUM.
baru memasuk tahun kedua pengajian ijazah perakaunan di UUM juga.
Pertengahan tahun 2013

Tamat pengajian dengan CGPA 4.00, menunggu konvokesyen dalam bulan Ogos dan sejak Julai dah bekerja di Ernst & Young sebagai pembantu juruaudit.
sedang melanjutkan pelajaran di tahun ketiga ijazah perakaunan di UUM
Pertengahan tahun 2014

masih berkerja di Ernst & Young dan kecekapannya menyebabkan beliau telah dinaikkan jawatan dan tangga gaji yang lebih lumayan.
mula belajar di tahun keempat, tahun terakhir ijazah perakaunan di UUM.
Pertengahan tahun 2015

masih bekerja di E&Y dan memasuki tahun ketiga bertugas untuk melengkapkan syarat menjadi akauntan bertauliah
* Syarat untuk mejadi akauntan bertauliah ialah pengalaman 3 tahun bekerja minimum dalam bidang perakaunan yang diiktiraf. Juruaudit adalah salah satu darinya.
tamat pengajian degan CGPA 4.00 dan sedang menunggu konvokesyen di bulan Ogos 2015. Mula bekerja di Price Waterhouse sejak Julai 2015 dan bakal mencipta kerjaya sebagai akauntan bertauliah juga.

Dan begitulah seterusnya. Dengan andaian persaingan yang sihat, dan tiada masalah yang menghalang kedua-dua mereka menangguhkan pembelajaran dan mencari pekerjaan. Adalah diharapkan, dari penerangan dan contoh yang diberikan dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk membuat keputusan mana satukah laluan yang lebih sesuai kepada dirinya. Setiap keputusan itu bakal mempengaruhi peluang dan kejayaan anda di masa hadapan.
Tambahan : Jika pelajar B sambung belajar ke peringkat ijazah di UiTM, sebagai pemegang diploma UiTM, beliau layak mendapat pengecualian jam kredit, dan tempoh masa belajar boleh disingkatkan kepada 3 tahun (6 sem) atau 3 1/2 tahun (7 sem), tertakluk kepada syarat UiTM. Sebaliknya jika sambung belajar ke IPTA lain, pelajar B terpaksa mengharungi pembelajaran genap 8 sem (4 tahun).
sumber: sifu2b.wordpress.com
Ok macam mana? harap pelajar-pelajar lepasan SPM dapat memikirkan keputusan yang terbaik setelah membaca mengenai perbezaan antara Matrikulasi dan Diploma serta Kelebihan dan Kekurangan Matrikulasi dan Diploma di IPT malaysia ini. kalau keliru sangat, buatlah solat istikharah minta petunjuk daripada Yang Maha Esa...Insyaallah semoga anda dapat membuat keputusan yang bijak nanti. 
Selamat maju Jaya.

42 ulasan:

  1. ummi, boon nih ambil STPM sains BIOlogy jer :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mu ni rendah diri sangat la
      acu up skit rendah diri 2
      kan mu nk lwan aku.haha

      Padam
  2. STPM pun laluan yg pantas jg utk ke ijazah... gd luck boon. jgn rasa rendah diri. usaha pasti jaya

    BalasPadam
  3. Monique salah seorang ribuan pelajar Matrikulasi KPM yang ketika itu hanya bercawangan di Koleh Taj, Sungkai, Perak. Pada masa ni, KPM hanya mempunyai 5 Pusat Matrikulasi Induk, selainnya di tempat2 swasta...

    1 tahun pengajian di Matrikulasi sememangnya 1 bonus untuk kita tamatkan Ijazah Sarjana Muda (ISM) pd peringkat umur yang muda.

    Dulu sering kedengaran ayat lebih kurang macam ni... "tiada guna masuk matriks, sijil pon x laku...bukan boleh mintak keje pon ngan sijil matriks tu"... Benar sijil ni x laku, hilang pon xde sape yg kisah... tapi buat ape lg kita nk pkai sijil matriks kalo kita sudah dapatkan ISM, kan???

    so point Monique kat sini, Matriks ni merupakan batu loncatan yg boleh kita gunapakai untuk menempatkan diri kita di Universiti.... sbb tu adik-adik semua kene score bebetul masa kat Matriks, sbb dari situ kita boleh buat pilihan kursus di Universiti. All the best guys!!! :)

    BalasPadam
  4. Yup...Ummi sependapat dengan apa yang Monique sebutkan tu. Asasi atau Matrikulasi adalah laluan pantas untuk ke Ijazah. Orang yang matlamatnya untuk mendapatkan Ijazah memang kedua2 tempat ini lah laluan atau langkah yang perlu diambilnya. Lagipun dengan usia 19 tahun bagi Ummi bukanlah masa yang sesuai lagi untuk mencari kerja. Lengkapkanlah diri dulu dengan sebanyak atau setinggi mungkin ilmu agar nantinya dapat menjadi pekerja dan berilmu, berkemahiran dan yang paling penting sekali punya kematangan fikiran dan bertanggungjawab.

    BalasPadam
  5. Boon kena percaya dan yakin dgn diri Boon.... Jgn putus asa...pasti ada kejayaan utk setiap yg gigih berusaha....

    BalasPadam
  6. aku seruis "menyesal" ambik diploma 3 tahun...pas tu klau nak sambung degree 4 tau 3 tahun lagi..jadi semua 3+3=6thn

    walaupun x dapat matrik..lbh baik masuk form 6 je..1 1/2+3=4 1/2

    nak pinjam PTPTN lagi tu..

    pe pendapat korang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sbnrnya yg berlaku...diploma akan ambik masa yg pjg berbanding dgn form 6. Mslhnya, form 6 bg pelajar x glamer...pakai baju sekolah ikut peraturan sekolah.... Padahal form 6 slh satu fast track jg laluan ke ijazah

      Padam
  7. Sdr ddr2.. Amik diploma kursus apa???

    BalasPadam
  8. Sdr ddr2.. Amik diploma kursus apa???

    BalasPadam
  9. asasi perakauanan ada di U mana eh? saya lepasan spm12, apply UPU takda asasi akaun pun

    BalasPadam
  10. tumpang tanye, bidang ape yg perlu temuduga? kalau xdpat temuduga.. means kite xdpat masuk U ke? -lepasanspm12

    BalasPadam
    Balasan
    1. Temuduga biasanya utk bidang pendidikan, seni. Kursus2 yg x perlu temuduga hanya tggu result je

      Padam
  11. Salam..sy nk mintk pndpat..umr sy da 22 thun..lpas spm sy xd plung dn x de dzeki nk smbung blaja..skrang bru la pluang tu ad..sy ad dpat twaran utk diploma..dan asasi..utuk umur sy skrang,plihan mne yg ptut sy ambil???..kliru sgt skarang ni..

    BalasPadam
  12. ummi saya nak tanya, macam mana kalau nak oversea lepas asasi or matriks? harap boleh jawab..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak ke overseas dgn tajaan anda perlu memohon melalui penaja.

      Padam
  13. As Salam,Ummi...sya dpt tawaran STPM,sya x dapat MATRIK...jdi,STPM laluan yang bagus juga k Ummi??sya lepasan SPM12...mOhon bantuan Ummi,klu sya tamat STPM,peluang untuk sya smbung degree mudah x??berbanding matrik dan asasi??
    terima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stpm jg merupakan salah satu laluan ke degree. Matrik dan asasi adalah utk pelajar2 camerlang... Manakala form 6 ialah peluang bg pelajar yg tidak berjaya ke matrik atau asasi yg di tempatkan di sekolah2 bg pengajian pra u. Pelajar lulusan stpm kebanyakkanya mudah utk sambung ke degree. Tapi harus diingat bahawa setiap apa pun memerlukan usaha yg gigih. Tanamkn azam dari awal lg utk belajar bersungguh2 demi menjejakkan kaki ke u nanti. Segala apa akan jadi mudah kalau kita bersedia

      Padam
  14. ummi sy budak lepasan spm..sy nak tnye pndapat,yang mane yang terbaik untuk saya amik,diploma perakaunan ke matrik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudari syafiqah blh baca pengalaman drpd komen2 sahabat kita sblm ini. Kalau x silap saya drp saudara ddr2. Diploma mengambil masa 3 tahun. Berbeza dgn matrik yg hanya 1 thn kemudian layak ke degree.
      Jika anda ada mendengar rungutan ttg matrik susah sbnrnya mana2 belajar tiada yg mudah. Ada pelajar ummi yg spmnya hanya dapat 6A shj tapi bila di matrik beliau berjaya mendapat 4.0. Segalanya x mustahil jika kita berusaha.

      Padam
  15. assalamualaikum ummi, Di matriks boleh ke kita tanam rasa suka & minat pada subjek sains tu ? walhal, semasa di sekolah, subjek pure sc kita, hanya biasa biasa sahaja -.- sederhana & tidak kuat sgt sbnarnya . hmm, mohon penerangan. saya dapat dip pntadbiran awam yg more to sastera & kmns. kalau saya pilih dip tu, saya akn hilng pure sc sya. kalau sya pilih matriks, sya kena struggle ? mampukah saya -.-

    BalasPadam
  16. Waalaikummussalam....minat blh dipupuk. Belajar diatrik adalah situasi yg berbeza dgn di sekolah. Namun apa yg penting skali ialah apabila kota punya azam yg kuat beserta dgn kegigihan dan kedungguhan...insyaallah anda akan berjaya. Banyak jg ummi sgr drpd pengalaman bekas-bekas pelajar ummi yg pencapaian mrk meningkat bila di matrik...ada yg masa disekolah x cemerlang biologi tapi bila gmatrik jd cwmerlang bio. Begitu jg aebaliknya. Pokok pangkal atas diri individu itu sendiri.
    Bidang sains punya keistimewaan dalamelanjutkan pelajaran krn byk cabang yg blh kita ambil kelak. Orang2 sains blh jer ambik bidang sastera. Tapi org sastera x leh...dan kursus2 utk sastera amatlah terhad berbanding dgn sains.
    Soal kemampuan bergantung kpd NAK atau TIDAK. pepatah arab kata "man jadda wajada". Tepuk dada tanyalah hati.... Semoga anda berjaya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry..byk typo.....x pakai cermin mata....hihihi

      Padam
  17. Thanks Ummi for the opinion :D lately ni sye confused byk sgt. Sye rasa nk continue study di Matrik. tapi parents sye prefer most to U. sye baru je check UPU smlm. sye dpt course dip in science. subject utk dip dgn matrik lebih kurang sama je. tp matrik 1 tahun n dip 3 tahun. klau tgk dri masa sye nak matrik. tp dri segi kesenangan 'ada ruang utk bernafas' nmpk mcm dip lebih sesuai. sye confused sgt. tak tahu nk pilih yg mana :( hope u can help me Ummi.

    BalasPadam
  18. Betul ummi, matrik merupakan laluan pantas untuk saya menghabiskan degree pendidikan saya pada taun depan. Berbanding rakan saya yang mengambil diploma, mereka perlu menghabiskan 3 tahun untuk diploma mereka dan terpaksa menghabiskan 4 tahun lagi untuk menyambung degree pendidikan (for those yang ambil ISMP).Gap untuk menyambung pelajaran mgmbil masa lebih kurang 6 bulan.jadi banyak pembaziran masa disitu contoh perbandingan.

    1 tahun program marikulasi+4 tahun ISMP = 5 tahun

    dgn

    3 tahun diploma + 4 tahun ISMP+ 6 bulan cuti =7 tahun 6 bulan

    slalunya budak diploma pandang remeh kat kami sebab kami nih just ada sijil saja.ala buat ape nak sebut pasal sijil, baik ckp psl kite dpt ijazah dlm umur yang muda. hehe. FYI pensyarah UPSI lebih memandang tinggi kpd pelajar lulusan matrikulasi. :D

    BalasPadam
  19. TQ my dear... Pengalaman sbnr yg telah anda lalui sgt2 menbantu adik2 di luar sana yg masih keliru.
    Tmbhn pula...ada maklumat yg ummi terima, pelajar diploma yg nak sambung ke ijazah tidak blh terus apply sebaik sj tamat. Mrk perlu tggu kovokesyen terlebih dahulu barulah blh apply...di situ laaaaagi akan bazirkan masa...

    BalasPadam
  20. Salam sejahtera, terima kasih kerana memberi penerangan yang jelas. Anak saya memperolehi 8A+ dan dia mendapat tawaran Matrikulasi Pahang serta tawaran diploma dalam kejuruteraan mekanikal (aeronautic) di kampus UTM KL. Dia kurang pasti apa pilihan yang sesuai. Tapi selepas membaca tulisan puan, saya yakin Martikulasi adalah lebih sesuai untuk dia. Apa pendapat puan? Saya ingin tunjukkan kepada anak saya apa-apa yang puan terangkan nanti untuk menyakinkan dia. Terima kasih

    BalasPadam
  21. Salam mesra...pn ho,
    Sebagaimana yg saya maklumkan di atas kursus diploma memakan masa lebih lama berbanding matrik..meskipun matrik hanyalah sijil namun ia adalah dikhususkan utk pelajar cemerlang sbgai laluan pantas ke ijazah. Komen2 saya sblm ini byk menjawab tentang persoalan ini.
    Duduklah berbincang dari hati ke hati tentang minat dan keutamaan anak puan. Apapun saya doakan yg terbaik utk anak puan.

    BalasPadam
  22. Terima kasih atas nasihat puan. Saya amat hargai. Says ingin tumpang tanya bilakah pelajar matrikulasi boleh memohon masuk ke universiti? Adakah sebelum habis matriks mereka sudah boleh memohon atau kena tunggu keputusan peperiksaan semester kedua? Terima kasih.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum Pn. Ummi...
    terima kasih atas pencerahan ini...
    harapnya dapat membantu sedikit sebanyak anak saya yang masih dalam dilemma...
    Keputusan SPMnya cuma 5A dan subjek sains ada B,C,D... sedih betul dia sebab apa yang diharapkan tak kesampaian... Cita-cita asal memang nak jadi doktor (Dentist) tapi bila result sains tak kuat saya pun ada kata...agaknya peguam syariah la kot yang boleh...
    Masa membuat permohonan, lebih byk dipilih jurusan undang2..tapi impian asal untuk menjadi dentist masih tak terpadam....
    Bila tunggu utk sambung belajar...kawan-kawan dah dapat tapi dia tak dpt lagi...
    jadi saya terus masukkan ke ting. 6. ....Elok seminggu dapat belajar ting. 6, dapat pula tawaran ke Matrik Sains...kemudian baru je sehari daftar kat Matrik tu dapat pula Diploma Undang-undang...ALHAMDULILLAH.... Tapi berbelah bagi pula jadi hatinya... saya pun risau juga... Tapi saya dah salinkan semua pandangan Pn. Ummi serta beberapa sumber maklumat lain dan akan saya beri untuk dibuat pertimbangan sendiri. Kita hanya ikhtiarkan, usahakan.... pilihan yang akan dibuat....mohon hidayah dan petunjuk daripada Allah jua... Doakan yang terbaik dan moga terbaik jua utk diri, keluarga dan agamanya....Wallahua'alam...

    BalasPadam
  24. terdapat kesilapan pada entry ni,..
    harap dapat diperbaiki,..

    :)

    terima kasih.

    BalasPadam
  25. nak tnye. sijil matrik sah utk berapa thn?

    BalasPadam
  26. Salam Ummi. Kalau lah saya dapat sambung ke matrik dan CGPA saya under 3.80, saya boleh sambung ambil ijazah ke Ummi? Kalau tak boleh, maknanya sijil matrik saya sia-sia shj ?

    BalasPadam
  27. Terima kasih ummi atas maklumat yang diberi, ia amat berguna untuk saya :)

    BalasPadam
  28. nk tanya , ada syarat ke someone tu mst capai pointer CGPA berapa-berapa baru boleh apply for university ? mohon pencerahan .. terima kaseh daun keladi :D

    BalasPadam
  29. Assalm.ummi anak sy dpt 6a termasuk fizik dan math. Addmath dia B. Dia dpt tawaran kpm beranang. Patut terima ka. Sbb makciknya kata uitm accauntancy bagus lg

    BalasPadam
  30. salam ummi...setelah membaca kiriman-kiriman diaatas...saya memahami dan minat ke matrik mula timbul...utk pengetahuan ummi saya ditawarkan ke matrik johor dalam jurusan sains...yang membinggungkan saya...waktu spm saya tak ambik biology(ganti dgn ICT)...so apakah waktu di matrik nanti dalam waktu setahun tu saya wajib belajar biology?saya sebenarnya lebih berminat ke bidang sains fizikal...atau waktu lapur diri nanti pihak kolej akan mengasing kan pelajar sains hayat dan sains fizikal?

    BalasPadam
  31. ape perbezaa dan kelebihan pelajar yg masok matrikulasi program dau tahun dgn pelajar tingkatan 6 ?adakah sama apabila mereka masok u atau pelajar tingkatan6 lbih cpt masok u berbanding plajar matrik program 2 tahun ??

    BalasPadam
  32. Salam, ummi berapa umur untuk ambil matrik/ diploma/ ijazah ?

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Assalamulaikum ummi. Betul ke klau kita nk masuk matrik akaun pointer yg kita kena capai 4.0 baru kita boleh smbung buat degree akaun? Bgaimana pulak klau buat diploma akaun? Brapa pointer yg kena capai? Sy nak smbung belajar bidang akaun kt tmpat yg lbih terjamin utk sy smbung buat ke degree bidang perakaunan. Spm sy baru2 ni dpt 7A3B. Sy nk minta pndapat ummi. Terima kasih.

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum umi.saya nak tanya,berapa lamakah tempoh sah laku sijil mtrikulasi untuk memohon ijazah sarjana muda?

    BalasPadam