Salam mesra Ummi ucapkan untuk semua...
Hari ini tiba-tiba jer Ummi teringat satu analogi yang pernah Ummi sampaikan kepada anak-anak pelajar Ummi di sekolah. Jadi, untuk entri kali ini Ummi nak share lah analogi tersebut kepada anda semua...
"Guru laksana teko. Murid pula umpama cawan. Kedudukan teko semestinya berada di atas cawan. Jika cawan berada di atas teko, sudah tentu manfaat air tidak akan dapat masuk ke dalam cawan. Begitulah juga, jika cawan berada di bawah teko tetapi kedudukannya agak jauh dari teko, sudah tentulah air tidak akan dapat masuk sepenuhnya ke dalam cawan....malah mungkin akan terpercik keluar dari cawan"
PESAN UMMI (Guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa, SMK Dato' Biji Wangsa) berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran
Khamis, 14 Jun 2012
Khamis, 7 Jun 2012
Meniru orang-orang yang Berjaya 1
Salam ceria semua…..
Hari ini Ummi hendak berkongsi salah satu daripada tip
penting untuk Berjaya iaitu Meniru Orang-orang Yang Berjaya. (Hmmmm…jangan
salah faham….orang-orang ni bukan bermaksud orang-orang yang ada di sawah padi
buat penghalau burung tu yer…)
Kejayaan
bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Ia perlu bermula dalam fikiran
sebelum ia menjadi kenyataan kerana itulah Ummi selalu berpesan kepada
anak-anak Ummi, bahawa “ kita ialah, apa yang kita fikirkan ”. Terdapat
tiga perkara penting yang perlu diketahui sebelum sesuatu kejayaan itu mampu
direalisasikan.
Isnin, 4 Jun 2012
Pesanan Musim Cuti Sekolah
Salam ceria untuk semua...
Minggu ini kita masih lagi dalam mood cuti sekolah. Hmmmm...bila sebut pasal cuti ni tentunya ramai anak-anak di luar sana yang memang bercuti sakan samai lupa buku. Bagi yang akan menduduki peperiksaan awam tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM tentunya pihak sekolah telah membuat perancangan yang baik untuk kalian kan... Biasanya kalau minggu pertama ada kelas atau kem kecemerlangan akademik maka minggu kedua akan diberi cuti untuk rehat.Manakala bagi kelas yang tiada peperiksaan awam tahun ini biasanya guru-guru akan membekalkan dengan 'homework' yang secukupnya....secukup rasa kot...Pesanan Ummi jangan sampai tinggal dua hari lagi sekolah nak buka baru la terhegeh-hegeh nak siapkan homework...Jangan!!!!!
Langgan:
Catatan (Atom)

