Ahad, 15 Julai 2012

APA ITU KAUNSELING?


Salam mesra semua....
Pernah tak anda berkunjung ke Bilik Bimbingan dan Kaunseling di sekolah anda? Jika tidak, kenapa??? Apabila ditanya kenapa....Biasanya jawapan-jawapan yang negatif tentang Bilik bimbingan dan kaunseling akan didengar....Hmmm maknanya anda belum cukup kenal apa itu Unit Bimbingan dan Kaunseling yang lebih sinonim dengan panggilan UBK. Kata orang tak kenal maka tak cinta....nanti kalau dah cinta susah pula ya...asyik nak datang ke Bilik Kaunseling aje kerjanya...So, mari kita belajar serba sedikit mengenai apa itu Bimbingan dan Kaunseling...

  PENGENALAN KEPADA KAUNSELING
Tiga istilah yang sering dikelirukan ;   
·         NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
·         BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
·         KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling.

Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya:
  • ·         Kaunseling adalah nasihat
  • ·         Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
  • ·         Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
  • ·         Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
  • ·         Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
  • ·         Kaunseling untuk orang kaya sahaja
  • ·         Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
  • ·         Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
  • ·         Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
  • ·         Habis terbongkar semua rahsia
Hmmmm...kalau ini lah yang anda fikirkan tentang kaunseling, maknanya anda belum cukup kenal apa itu kaunseling.
 
DEFINISI KAUNSELING
·         Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”.
·         Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. 

·         Kaunseling  dilaksanakan oleh kaunselor profesional  untuk membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. 

·         Di samping itu, kaunseling adalah suatu proses interaksi dua hala yang membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya.  

·         Proses ini akan memberi celik akal kepada klien dalam menentukan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup sehingga dapat memastikan tidakan yang wajar untuk masa depan. 

·         Kaunseling  bukan bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi kaunseling sebenarnya menolong klien ;
  •  Memahami dirinya yang sebenar
  • Mengetahui kelebihan dan kekurangan
  • Apa yang boleh dilakukan dengan mudah
  • Apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah
  • Apa yang tidak boleh dilakukan langsung
·         Secara ringkasnya, kaunseling  ialah suatu proses ;
~ Pertolongan yang profesional
~ Perhubungan dan interaksi dua hala
~ Pembelajaran semula
~ Memahami diri dan alam sekeliling ke arah perubahan kendiri positif 

PANDANGAN TERHADAP TABIAT MANUSIA
·         Kaunselor beranggapan bahawa manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat.
·         Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. 
 
Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling tingkah laku itu sendiri.
  1. Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-penuhnya jahat atau sepenuh-penuhnya baik, tetapi adalah sebagai organisma berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.
  2. Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunya sendiri.
  3. Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru.
  4. Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri.
    TUJUAN KAUNSELING
    Memberi Maklumat
    • · Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
    • ·Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
    •  Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya
    Menggalakkan Celik Akal
    •   Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
    • Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
    • Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
    •  Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
     
    Memberi Sokongan

    ·         Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

    Penyelesaian Konflik
    ·         Mengurangkan ketegangan dan permusuhan  antara dua individu (pihak)
    ·         Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan 
     
    Memperbaiki hubunan klien dengan masyarakat
    ·         Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain
    ·         Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. 
     Jangan sampai jadi begini....

    MATLAMAT KAUNSELING
    • ·         Menolong mengubah tingkah laku
    • ·         Membantu membuat keputusan
    • ·         Membentuk kemahiran daya-tindak
    • ·         Mempercepatkan seseorang menjadi rasional
    • ·         Memperbaiki hubungan interpersonal
    • ·         Memahami dan mengelolakan kecemasan  

    KESIMPULAN
    Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien ;
    ·         Memahami diri dan situasinya
    ·         Mengenal pasti keperluannya
    ·         Menerima realiti hidupnya
    ·         Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya
    ·         Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
    Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Pesanan Ummi....kunjungilah Bilik bimbingan dan Kaunseling untuk mendapatkan Perkhidmatan daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling anda. Kami bersedia untuk mendengar, kami cuba faham dan kami akan cuba bantu....apa-apa yang kita bincangkan adalah rahsia bersama..... 

Ok...harap dapat membantu anda memahami makna kaunseling sebenar....hingga berjumpa lagi...wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan