Isnin, 16 Julai 2012

FALSAFAH MINDA KEJAYAAN


Salam Mesra dan Salam Ceria untuk anda semua….

'For things to change I must change first'…… 
Yupp…. Kita mesti berubah untuk Berjaya! Nasib diri tidak akan berubah dan peluang masa depan juga tidak akan berubah melainkan diri kita sendiri yang membawa perubahan terlebih dahulu. Dalam hidup, janganlah kita mengharapkan orang lain atau suasana sekeliling berubah terlebih dahulu daripada kita. Untuk kebaikan diri sendiri, kitalah yang perlu membawa perubahan berkenaan, walaupun orang lain dan keadaan sekeliling tidak berubah. 

Jadi, hari ini,  Ummi ada sedikit perkongsian yang boleh kita sama-sama renungkan iaitu Falsafah Minda Kejayaan yang  boleh kita bina untuk kita sama-sama amalkan dalam menuju kejayaan. 





KUASA MINDA:
  • Minda adalah seperti payung terjun.  Ia berfungsi sebaik sahaja terbuka.
  • Fikir sama ada anda boleh melakukan sesuatu atau tidak boleh, Kedua-duanya anda betul. – Henry Ford
  • Saya tahu saya boleh. Berfikiran positif adalah separuh daripada kerja yang sudah beres.
  • Kebanyakan kegagalan adalah disebabkan oleh had-had yang dicipta oleh individu-individu di dalam minda mereka.
  • Tukar pemikiran anda…. akan mengubah hidup anda.
  • Apa-apa jua yang dibentuk dan dipercayai oleh minda manusia, ianya boleh dicapai.  – Napoleon Hill
  • Tiada siapapun yang akan dapat menjadikan anda berasa rendah diri tanpa kerelaan anda sendiri.  – Eleanor Roosevelt
  • Tidak ada situasi putus harapan; apa yang ada hanyalah orang-orang yang telah putus harapan terhadap situasi tersebut.   – Clare Booth Luce
  • Sesuatu yang pelik tentang kehidupan ; sekiranya anda enggan menerima melainkan yang terbaik, selalunya anda akan mendapatnya. - W. Somerset Maugham
  • Seseorang yang dianggap hebat membuatkan orang lain merasa kerdil. Tetapi, orang hebat yang sebenar adalah orang yang membuatkan semua orang merasa hebat.

KEHIDUPAN:
  • Ketika anda dilahirkan, anda menangis, manakala seluruh dunia dalam kegembiraan. Jalani kehidupan sebaik-baiknya  agar ketika anda meninggal dunia, seluruh dunia menangis dan anda pula dalam kegembiraan.            - Ekspresi orang-orang Cherokee

IMPIAN:
  • Tiada apa yang berlaku melainkan dimulai dengan impian. – Carl Sandbug
  • Masa depan dimiliki oleh mereka yang percaya akan keindahan impian-impian mereka.- Eleanor Roosevelt
  • Tidak pernah terlambat untuk melakukan apa yang diimpikan. – Colonel Sanders
MATLAMAT:
  • Bahaya terbesar untuk kebanyakan kita bukannya kerana sasaran kita terlalu tinggi dan kita tidak dapat mencapainya. Tetapi kerana ianya terlalu rendah dan kita mencapainya.             - Michaelangelo
  • Selalu sasarkan ke langit, kerana sekiranya anda gagal, sekurang-kurangnya anda boleh mencecah awan.

PERANCANGAN:
  • Persiapan hari ini menentukan kejayaan hari esok.
  • Takdir bukannya satu kebetulan, ianya adalah satu pilihan.           - William Jennings Bryan

PELUANG:
  • Anda akan sentiasa terlepas  100% peluang untuk setiap tindakan yang anda tidak ambil.

USAHA:
  • Wawasan tanpa tindakan adalah umpama mimpi di siang hari, tindakan tanpa wawasan adalah satu mimpi ngeri.   – Peribahasa Jepun
  • Sesiapa yang ingin mempunyai sesuatu yang belum pernah dia miliki, perlu melakukan sesuatu dengan baik, apa yang dia belum pernah lakukan.
  • Berapa jauhkan ‘jauh’…dan berapa tinggikah ‘tinggi’. Anda tidak akan ketahui sehinggalah  anda mencubanya.
  • Perjalanan beribu batu mesti bermula dengan satu langkah.    –Lao Tsu
  • Setiap hari adalah satu anugerah…penuh dengan peluang. Hidup setiap hari dengan sepenuhnya. Jadikanlah ia hari terbaik anda.
  • Semua kelihatan mustahil untuk orang yang tidak pernah mencuba apa-apa.   –Jean Louis Etienne
  • Lebih baik gagal cuba melakukan perkara yang betul daripada Berjaya melakukan perkara yang salah.   –Guy Kiyasaki
  • Sehinggalah anda mencuba, anda tidak tahu apa yang anda tidak boleh lakukan.   –Henry James
  • Saya tidak boleh menukar haluan angin, tetapi saya boleh menukar hala layar saya.
  • Mereka yang pandai membuat alas an, jarang yang pandai membuat perkara lain.   – Benjamin Franklin
  • Tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan, tetapi tidak ada kebahagiaan tanpa tindakan.  – Benjamin Disraeli
  • Satu definisi tidak siuman ialah mempercayai bahawa dengan terus melakukan apa yang biasa anda lakukan, anda mendapat hasil yang berlainan.   – Ziz Ziglar

PERUBAHAN:
  • Kadang-kala angin perubahanlah yang membantu kita mengetahui hala tuju sebenar kita.

CABARAN:
  • Anda perlu banyak buat belokan dan mengatasi banyak rintangan untuk mengikuti laluan yang anda inginkan.
  • Setiap halangan adalah batu loncatan untuk Berjaya.
  • Layang-layang terbang tinggi kerana melawan angin bukan mengikutnya.  – Winston Churchill
  • Cabaran terhebat adalah untuk mencabar diri anda sendiri.
  • Semua perkara adalah susah sebelum ianya menjadi mudah.   –Thomas Fuller
  • Kejayaan terhebat kita bukan kerana kita tidak pernah jatuh, tetapi bangkit kembali selepas jatuh.  – Confucius

KEBERANIAN:
  • Keberanian bererti mengambil peluang walaupun kita takut.
  • Keberanian adalah penguasaan ketakutan, bukannya ketiadaan ketakutan.  – Mark Twain
  • Bukan kerana perkara-perkara susah yang menyebabkan kita tidak berani, ianya kerana kita tidak berani menyebabkan ianya menjadi susah.   – Seneca
  • Lakukan apa yang anda takuti dan kematian ketakutan itu sudah pasti berlaku.   – Ralph Waldo Emerson

ISTIQAMAH:
  • Tidak kira  betapa perlahan anda bergerak, asalkan anda tidak berhenti , anda akan tetap sampai ke destinasi.
  • Kejayaan adalah usaha secara  berterusan  daripada satu kegagalan ke satu kegagalan tanpa kehilangan semangat anda.  – Winston Churchill

SYUKUR:
  • Kita jarang memikirkan apa yang kita ada, tetapi sering memikirkan apa yang kita tidak ada

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik kerana kita sememangnya dilahirkan untuk mencipta kejayaan....

wassalam...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan