Selasa, 19 Mei 2020

Nasihat Sebagai ubat

Salam ceria untuk anak-anak ummi semuanya...

Kita sering kali merasa sukar untuk mendengar kata-kata orang lain..kadang-kadang tidak tahu bagaimana untuk terima nasihat orang....atau mungkin merasakan nasihat orang lain selalunya tidak berguna.

Jika inilah yang anda rasakan...mungkin tips ini dapat membantu anda :-


  1. Jadilah seperti lembah yang rendah. Gunung yang tinggi tidak dapat menakung air, tetapi lembah yang rendah dapat menadah tasik. semakin rendah, semakin menadah ia. Begitu juga manusia. Ketepikan rasa ego dan bangga diri. Rendahkan diri buat seketika bagi 'menadah' nasihat-nasihat yang diberikan. Tidak kira siapa yang memberikan nasihat, ia tetap bernilai. Lembah tidak mengira air hujan, air sungai ataupun mungkin air kumbahan orang lain. Lembah tetap menadah dan terus menadah.
  2. Dedahkan diri kita kepada nasihat. Jangan sembunyikan diri kita daripada dinasihati. Berikan ruang komunikasi kepada semua orang untuk memperkatakan semua perkara. kita mungkin pernah mengkritik orang lain dan merasa idea kita jauh lebih baik. Begitu juga orang lain. Mana tahu idea mereka jauh lebih baik daripada kita. Mana tahu kita tidak sedar berapa banyak kesilapan yang kita lakukan.
  3. Anggap semua nasihat itu berguna. Tetapi tidak semuanya 'betul'. Biasanya nasihat diberi berdasarkan kepada pengalaman. Apabila pengalamannya adalah kejayaan, maka ikutilah nasihatnya. Apabila pengalamannya kegagalan, belajarlah daripada kesilapannya. Kita dapat mengambil manfaat daripada semua aspek, asalkan kita menganggap ia 'berharga' untuk diri.
  4. Yang pahit itu ubat, yang manis itu madu. Semuanya ada faedahnya. Tetapi, tidak semua yang pahit itu ubat. Ia mungkin getah yang beracun. Begitu juga yang manis tak semuanya madu. Sebab, kadang-kadang yang manis boleh menyebabkan kita menghidap penyakit kencing manis. Oleh itu berhati-hatilah dalam menerima nasihat daripada orang lain.
  5. Jangan jadi defensif. Sebaik sahaja menjadi defensif, kita cenderung menolak dan menyanggah semua  
Berlapang dada dan terimalah nasihat sahabat anda dengan hati yang terbuka. Kita tidak nampak diri kita melainkan kita suluh wajah kita dicermin. Sahabat yang baik adalah ibarat cermin yang dapat memberitahu dan menasihati kita ke arah yang lebih baik. Apa yang penting binalah hubungan yang baik dengan kawan-kawan yang positif. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan