Selasa, 5 Mei 2020

AKTIVITI SANTAI YANG BOLEH MERANGSANG MINDA

Assalamualaikum dan Selamat Kekal Di Rumah buat semua 

Kita masih lagi berada dalam Fasa 4 PKP. Masih lagi perlu kekal berada di rumah. Stay home. Stay safe. InsyaAllah kita doakan rantaian covid19 dapat segera putus dengan cepat dan wabak ini berakhir. 

Tentunya anda terasa bosan tidak dapat keluar rumah dan tidak dapat ke sekolah seperti biasa. Ummi juga rindu untuk beraktiviti seperti biasa tetapi sabar dulu kerana kita masih lagi dalam perjuangan berjuang memutuskan rantaian covid19 ini. 

Hari ini ummi nak  cadangkan 3 aktiviti yang pastinya selamat dan santai untuk membantu anda kekal aktif dan bermanfaat untuk perkembangan minda anda.

1- Bermain Permainan Board Games Interaktif

      Antara permainannya adalah seperti sahiba, monopoly, jutaria, saidina, risk, chess, congkak dan sebagainya. 

Secara tak langsung, aktiviti ini membantu anda berfikir secara kreatif dan kritis ketika membuat keputusan.

2- Aktiviti Mewarna

     Aktiviti ini dapat melibatkan semua anggota badan, fikiran dan perasaan anda sehingga anda dapat menggunakan kekuatan otak ketika melakukan aktiviti ini. Apakata kalau anda penat belajar, luangkan sedikit masa anda untuk mewarna. Tentu seronok kan?



3- Bercerita menggunakan role play

     Permainan role play ini baik untuk melatih anda akan peranan orang lain. Ajak adik atau kakak anda untuk bermain permainan ini. Anda boleh bawak watak cikgu, watak mak cik kiah atau siapa saja. Pasti seronok. Permainan ini dapat melatih anda berkomunikasi dengan baik dan sangat digalakkan mempelbagaikan penggunaan bahasa anda. Cuba gunakan bahasa yang standard bagi memperkembangkan lagi Bahasa Melayu anda. Begitu juga jika anda menggunakan Bahasa Inggeris sudah pasti akan dapat meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap. 

Ummi harap anak-anak ummi ada aktiviti yang sihat untuk dibuat pada masa lapang sepanjang PKP ini. 

Semoga bermanfaat😉👌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan