Khamis, 7 Mei 2020

AYUH TERUSKAN PERJUANGAN

Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua...

Alhamdulillah pengumuman PKPB sedikit sebanyak menampakkan tanda-tanda yang wabak covid19 semakin pulih. Namun begitu kita masih lagi perlu stay at home. Masih lagi belum boleh ke sekolah. 

Bagi anak-anak calon SPM dan STPM jangan buang masa. Teruskan belajar.Ayuh kita teruskan perjuangan! Biarpun tarikh peperiksaan dilanjutkan namun anda semua perlu bersedia awal untuk menjejak jaya.

Anda perlu persediaan yang cukup untuk berjuang dan anda perlu berani untuk menghadapi ujian dan halangan. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentang bukan melemparkan kita ke bawah, sebaliknya menaikkan. Ummi tahu belajar di rumah sememangnya banyak ujian dan halangan tetapi bagi orang yang benar-benar tekad dia akan jadikan halangan itu sebagai satu cabaran untuk dia lebih berusaha dan berjaya.

Untuk mencapai sebuah kejayaan kita perlu korbankan beberapa perkara lain. Ingat... susah dahulu senang lenang kemudian.

Selamat maju jaya... 👌😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan