Khamis, 14 Mei 2020

BELAJAR CARA BAHARU TETAP PERLU ADA ADAB BERGURU

Assalamualaikum dan Salam Mesra buat semua


Pengumuman PM mengenai PKPB dilanjutkan lagi sehingga 4 minggu bermakna lambat lagi lah kita untuk kembali ke sekolah. Makna kata lain, kita masih lagi perlu terus belajar melalui Home Based Learning, belajar jarak jauh secara online bersama guru-guru anda.

Ummi terpanggil untuk berkongsi tajuk ini pada hari ini, berikutan rungutan dan sungutan daripada guru-guru yang kelas pembelajaran online semakin menyepi. Guru-guru terasa seolah-olah mengajar pokok kayu mati. Tiada respon dan feed back daripada pelajar. Jangan lah begitu wahai anak-anak harapan bangsa dan negara. Walaupun anda di rumah tidak berdepan dengan guru kamu, anda juga perlu jaga adab bersama guru. Adab berguru sangat ditekankan dalam Islam tak kiralah cara gaya manapun kamu belajar.


Di sini ingin ummi perturunkan antara adab berguru belajar norma baharu yang ummi petik daripada sahabat ummi, puan Shazura Akhmar;
  1. Beri salam kepada guru atau jawab salam guru anda (assalamualaikum/waalaikummussalam/selamat pagi) walaupun mereka tidak nampak anda. 
  2. Beri respon kepada makluman yang cikgu anda sampaikan contohnya Ya/Tidak, 👌, 👍, Baik cikgu dan sebagainya.
  3. Jangan biarkan cikgu anda tertunggu-tunggu anda online. Hormati masa guru anda. 
  4. Jika anda diberi tugasan, siapkan mengikut masa yang ditetapkan oleh guru. 
  5. Pada akhir pengajaran, jangan lupa ucapkan Terima kasih cikgu, TQ, 🥰. 
Rasanya bukannya susahpun kan. Anda sendiri pun tentunya tidak suka kalau diblue tick oleh kawan-kawan kan 😉
Gambar kenangan yang diambil pada Januari 2020 bersama Mantan Pengetua. Tidak semoat nak bergambar ramai-ramai macam ni bersama Pengetua Baru 😢

Akhir kata untuk hari ini... jangan lupa, dua hari lagi hari keramat semua guru-guru di Malaysia. Jangan lupa ucapkan Selamat Hari Guru buat guru-guru anda. Ummi sendiripun ada guru-guru yang mendidik ummi hingga sampai ke tahap ini. Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang telah mendidikku, dan panjatan doa buat semua yang telah pergi termasuklah guru pertama ummi, almarhum Cikgu Yahya Mohamed, ayahanda ummi yang dikasihi semoga Allah ampunkan dosa-dosanya dan semua guru-guru ummi, semoga Allah tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman... aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan