Ahad, 12 April 2020

Home Based Learning Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh… Salam B’ Wangsa buat semua

Sekadar gambar hiasan (bukan gambar ummi ni ye 😆)

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home-based learning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ianya akan dilakukan secara berterusan sehingga sesi persekolahan dibuka semula.

"Saya telah minta Kementerian Pendidikan supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau home based learning sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini, dan mungkin untuk tempoh yang seterusnya sehinggalah sekolah dibuka.

"Walaupun keadaan di negara kita InsyaAllah akan kembali pulih dengan langkah-langkah yang sedang diambil, kita mesti ingat bahawa bukan negara kita sahaja yang terkesan dengan wabak ini. Seluruh dunia terkesan termasuklah negara-negara jiran kita," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada 10 April yang lalu.

"Semua orang sayangkan anak. Cucu lebih lagilah sayangnya. Jadi, sekolah mungkin tidak akan dibuka lebih awal. Kita mungkin akan tangguhkan dahulu sesi persekolahan sehinggakan kita benar-benar yakin keadaan telah kembali pulih. Sementara itu, anak-anak kita perlu belajar di rumah," ujar Perdana Menteri kita yang sangat prihatin.

Ummi harap anak-anak pelajar sekalian dapat menerima konsep pembelajaran di rumah ini dengan hati yang lapang kerana walaupun dalam keadaan PKP ini kita tetap perlu lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Teruskanlah kekal dan belajar di rumah agar anda tidak tertinggal ke belakang.

Buat Kerja Sekolah di Rumah yang Diberikan oleh Cikgu

Ummi percaya majoriti ramai guru kelas mewujudkan group whatsapp / telegram untuk para pelajar.  Melalui konsep Home Based Learning yang disenut oleh PM baru ini, cikgu-cikgu matapelajaran setiap hari akan  memberikan kerja sekolah yang perlu dilakukan di rumah. Jadi, anak-anak pelajar tetap dapat belajar dan teruslah belajar biarpun hanya di rumah kerana kita tidak dapat jangka bila wabak ini akan benar-benar pulih.

salam sayang daripada ummi 🥰🥰🥰

Tiada ulasan:

Catat Ulasan