Ahad, 19 April 2020

JOM BANTU IBUBAPA DI RUMAH SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Assalamualaikum dan salam mesra



Kita telah masuk ke Fasa ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan untuk menangani wabak Covid-19. Wabak ini  telah membantutkan hampir 90% tugasan harian kebanyakan individu di seluruh dunia. Sekolah ditutup, ibu bapa perlu melakukan tugasan kerja di rumah, malahan hubungan sosial dan pergerakan terbatas.



Hal ini, sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada semua individu, tidak kiralah anak kecil mahupun individu dewasa, termasuk juga golongan ibu bapa.



Apa yang membimbangkan adalah bila mana tekanan yang dihadapi golongan ibu bapa turut memberikan impak kepada anak-anak.



Pesan Ummi buat anak-anak, cuba elakkan daripada menimbulkan ketegangan kepada ibubapa anda. Bagaimana caranya?  Anda boleh ringankan beban ibubapa dengan membantu mereka di rumah.



Banyak benda yang boleh anda lakukan untuk ringankan beban ibubapa anda.


  1. Tolong Ibu memasak. Sepanjang cuti PKP ini, anda ada banyak masa lapang selain belajar secara online melalui Home Based Learning yang cikgu-cikgu anda usahakan. Seusai anda belajar, bolehlah anda bantu Ibu anda memasak. Anda tentu akan rasa seronok kerana berpeluang untuk belajar memasak dan mungkin boleh mencuba pelbagai resepi baru bersama ibu anda.
  2. Tolong cuci pinggan mangkuk. Bila dah memasak tu tentunya ada banyak pinggan mangkuk yang perlu dicuci buka. Sebagai anak yang baik, basuhlah pinggan mangkuk tanpa disuruh. ini akan menyenangkan hati ibu anda selepas penat seharian di dapur.
  3. Tolong kemaskan bilik tidur. Lipat selimut anda dan kemaskan tempat tidur bebaik sahaja anda bangun setiap hari. 
  4. Tolong jemur dan lipat baju. Rasanya tugas ini tak lah berat untuk anak-anak lakukannya kan. Menjemur kain bukannya ambil masa yang lama begitu juga dengan melipat baju. Anda boleh santai-santai tolong lipat kain baju sambil anda menonton televisyen bersama keluarga. Tentu seronok bukan.
Hmmm apa lagi yang boleh anda tolong?? Tanyalah ibu ayah anda. Ada tak apa-apa yang boleh saya tolong? Sudah tentu pertanyaan ini akan mendatangkan rasa bahagia di hati ibu ayah anda. Jadi, apa lagi? 
Petua HEBAT untuk Ibubapa semasa PKP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan