Selasa, 28 April 2020

KITA MASIH DALAM PKP. KEKAL BELAJAR JANGANLAH JEMU

Assalamualaikum dan Salam Kasih Sayang buat semua 😊

Apa khabar anak ummi semuanya? Kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ini merupakan fasa 3 yang terakhir. Maknanya, esok masuk fasa ke 4 kita dalam PKP ini. 

Rindu nak ke sekolah? Sabar lah dulu ya. Kita duduk di rumah, stay home, stay safe tapi dalam pada itu kita kekal belajar di rumah. Jangan sibuk nak ke sekolah tapi cuba usahakan diri untuk terus belajar. InsyaAllah nanti akan tiba masamya kita dapat kembali ke sekolah seperti biasa. Cuma buat masa ini kita kena banyakkan bersabar dengan ujian Allah ini.

Saya percaya ramai anak-anak pelajar kini dah mula rindu nak ke sekolah...kan??😊

 Allah beri dugaan setimpal dengan kemampuan kita.. Kerana Dia yang menciptakan kita, Dia jugalah yang lebih mengetahui keupayaan kita. Allah juga tidak pernah menzalimi diri kita tetapi kitalah yang sering menganiaya diri kita sendiri.

Aturan Allah semuanya sempurna dan tiada sedikit pun yang pincang. Tapi kita manusia sering saja bertindak di luar batasan. Suruhan Allah tidak kita patuhi, larangan Allah pula kita langgar sesuka hati kita. Sudahnya, diri kita sendiri yang terhukum. Menanggung akibat dari setiap apa jua yang telah kita lakukan. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Seandainya bukan di dunia, akhirat setia menanti.

Belajar jangan berhenti wahai anak-anakku.  Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Belajar dari mereka yang dekat dengan kita, belajar dari mereka yang terlebih dahulu mengenal dunia. Belajar dari setiap apa jua yang berlegar dari sekeliling kita, mengambil ibrah dari setiap peristiwa. Belajar dari buku dan kitab, dari Al-Quran. Belajar dari alam, ciptaan Ilahi yang pelbagai. Buat anak-anak pelajar sekolah belajarlah dengan guru-guru mata pelajaranmu yang disalurkan melalui atas talian. Belajar cara baharu.  Jadi, belajar janganlah jemu. Buatlah ulangkaji, buat latihan demi latihan untuk perbaiki prestasi mata pelajaran khususnya yang lemah. Latihan matematik wajib buat tiap-tiap hari. 

Ingat ya... jika lemah atasilah kelemahan itu. Jika lelah carilah tempat untuk berpaut. Kemudian teruskan langkah. Jika kalah jangan terus mengalah. Berlari lebih laju. Jika gagal jangan terus menyerah. Ubah strategi.

Belajar untuk menjadi lebih baik, jangan berputus asa. Wahai anak-anak harapan bangsa dan negara. Belajarlah lagi.

Nah... ummi up lagi gambar untuk hilangkan rindu kat sekolah 😊

Semoga kita akan cepat kembali pulih seperti sedia kala. 
Salam sayang daripada ummi 😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan